Buat anda yang bakal menjejakkan kaki buat kali pertama ke Ho Chi Minh City (HCMC) tanpa khidmat pemandu pelancong, berikut beberapa tip mudah untuk anda membiasakan diri dengan bandar yang paling pesat membangun di Vietnam ini.
Kenalpasti kawasan di Ho Chi Minh City ?️
Umumnya, bandar Ho Chi Minh boleh dibahagikan kepada beberapa daerah (District) utama. Ada 24 district secara keseluruhan iaitu 19 central district dan 5 suburban district. Perlu diketahui bahawa kebanyakan lokasi pelancongan berada di kawasan District 1.
Hotel banyak berada di District 1 ?
Jika ingin mencari tempat penginapan, anda boleh mencuba hotel mahupun hostel di sekitar District 1. Walaupun mungkin harganya lebih mahal berbanding District lain, ia adalah lebih mudah kerana anda tidak perlu mengambil teksi setiap hari untuk bersiar-siar di kawasan bandar. Apabila sudah berada di District 1, kebanyakan tempat tarikan pelancongan bolah diakses dengan berjalan kaki sahaja.
Ads
Naik pengangkutan awam ? ?
Jika anda ingin menjimatkan wang dan tidak mahu menyewa teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, terdapat sebuah bas awam yang boleh membawa anda dari terminal ke District 1. Sebaik selesai pemeriksaan kastam di balai ketibaan, keluar dari terminal, belok ke kanan dan terus berjalan sehingga anda melihat sebuah kiosk Burger King. Berhadapan dengan kiosk tersebut di seberang jalan, terdapat sebuah bas bernombor 152 yang akan menunggu. Bas tersebut akan melalui District 1. Dengan tambang hanya Đ5000 (Dong Vietnam) iaitu tidak sampai RM1.00, anda boleh terus ke District 1. Cuma sediakan wang kecil secukupnya sebelum menaiki bas tersebut.
Cuba ingat struktur bangunan di sana ?️
Ads
Mungkin agak membantu jika anda dapat mengenal pasti beberapa bangunan utama di sana, contohnya pasar Ben Thanh, bangunan Saigon Opera House dan Muzium Ho Chi Minh City. Anda boleh melihat gambar-gambar bangunan tersebut di internet sebelum memulakan pengembaraan. Sebaik tiba di HCMC, anda sudah boleh mengenalpasti bangunan-bangunan tersebut dan menjadikan ia mercu tanda ketika membaca peta.
Pasar Ben Thanh sebagai landmark anda dari lapangan terbang ?
Jika anda mengambil bas dari lapangan terbang untuk ke District 1, jadikan Pasar Ben Thanh mercu tanda anda. Apabila pasar tersebut dengan sebuah bulatan besar di hadapannya sudah kelihatan, bermakna anda telah tiba ke destinasi. Anda boleh turun dari bas di stesen yang terletak berhadapan dengan pasar dan bulatan tersebut.
Ads
Berjalan dengan yakin (atau pura-pura yakin)
Sebaik turun dari bas, berjalanlah dengan yakin untuk mencari hotel anda. Ingat, jadikan Pasar Ben Thanh mercu tanda ketika membaca peta. Peta HCMC sebenarnya mudah dinavigasi kerana jalanraya di sana tersusun kemas dan lurus, malah terdapat nama jalanraya di setiap lorong. Jangan kelihatan seperti orang yang kesesatan atau mencari halatuju. Satu tip penting: jika anda sudah berada di Pasar Ben Thanh, dan tempat penginapan anda juga berada di District 1, percayalah anda pasti tidak jauh daripada lokasi tujuan anda.
Ambil beca atau teksi motorsikal kalau tak mampu jalan kaki ?
Jika tubuh anda cergas dan tidak merasa terbeban dengan bagasi, anda boleh berjalan kaki dan tidak perlu mengambil khidmat pemandu beca (cyclo, disebut “siklo”) mahupun teksi motosikal (xeom) yang sentiasa mendekati para pelancong untuk menghantar ke destinasi. Jika anda mengambil khidmat cyclo atau xe-om, kemungkinan besar mereka akan membawa anda berpusing sekitar bandar sebelum menghantar anda ke hotel yang sebenarnya tidak jauh langsung dari lokasi anda mula menaiki cyclo atau xe-om tadi.
Awas, upahnya mungkin agak mahal tau.. ? ? ?
Sebagai upah membawa anda ‘bersiarsiar’ tadi, mereka mengenakan bayaran mahal yang boleh mencapai puluhan ringgit. Bagaimanapun, bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman meredah trafik HCMC dengan menaiki cyclo atau xe-om – selain memiliki bajet yang banyak – maka tidak menjadi halangan untuk mencubanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak menjamu selera dalam bas sambil ditemani pemandangan indah sawah padi yang menghijau? Semua ni korang boleh dapat di N16 Café yang terletak di Sekichan Selangor.
Unik dan tersendiri, bas yang diletakkan di atas kontena ini merupakan café yang menawarkan pelbagai hidangan enak untuk dinikmati para pengunjung. Masuk sahaja ke dalam bas pasti hadir nostalgia menaiki bas sekolah atau bas antara bandar suatu masa dahulu.
Antara makanan yang korang boleh nikmati kat sini adalah seperti kek, pastri dan minuman menyegarkan. Sementara menunggu makanan atau selepas menikmati makanan, korang mesti teruja nak ambil gambar dari setiap sudut yang ada. Boleh bergambar di luar atau di dalam bas yang cukup Instagramable untuk bergambar dan muat naik di media sosial.
Waktu operasi
11.30am-6.00pm (tutup selasa &Rabu)
Alamat: Jalan Tali Air 4 Sekinchan Tanjung Karang, Tanjong Karang, Selangor.
Betong dan Pattani yang terletak di Selatan Thailand antara destinasi yang semakin mendapat tempat dihati pengembara dari Malaysia amnya. Kedudukan yang tidak jauh daripada sempadan membuatkan kedua tempat ini menjadi singgahan buat yang ingin meneroka lebih banyak tempat menarik di wilayah di Selatan Thailand.
Azlina Wahab dan juga dua lagi wanita baru-baru ini membuat DIY trip ke Pattani dan Betong selama tiga hari dua malam. Perancangan utama ketiga-tiga wanita ini sebenarnya untuk menjejaki awan nano di Iyerwang, Betong tapi sudah alang-alang sudah memasuki Thailand, mereka turut singgah di Pattani dan melawat beberapa tempat yang menarik.
Memasuki sempadan melalui Durian Burung, di Daerah Padang Terap Kedah dan keluar semula melalui sempadan Pengkalan Hulu, Perak, ikuti perkongsian mereka bertiga ini:
Trip Diy Ke Pattani & Betong, Thailand
Just 3 of us, bawa kereta masuk ikut border durian burung, keluar ikut border Pengkalan hulu, Perak.
1st day
Chop border durian burung
Lunch sakom beach
Check in hotel @the Wood pattani
Sun set @telok semelei
2nd day
Breakfast depan hotel
Bang Lang National Park
Halabala lake
Check in hotel di betong
Mlm selfie @ mongkolit Tunnel
3rd day
4 am gerak ke iyerweng(solat subuh kat tempat parking)
5.30 naik tut tut ke sky walk tengok sun rise .
Winter Garden
Gerak balik ikut border Pengkalan hulu.
Plan utama nak tengok awan nano kat iyerwang, pattani tu nasi tambah .
Ini villa yang berkonsepkan bali di Pantai Klebang, Melaka. Bila anda masuk ke halaman rumah, ada muzik ala balinese yang memang betul-betul menggambarkan suasana di Bali.
Kembali Villa Melaka
Dari sudut dekorasi ruang rumah, semua berkonsepkan Bali. Baik dari dalam dan luaran rumah. Perabot dan design rumah memang sangat cantik. Yang penting memang setiap sudut cantik sangat kalau nak ambil gambar.
Kelengkapan dapur untuk memasak. Untuk anda enjoy waktu makan-makan, disediakan juga bbq set jika anda rasa nak buat bbq. Tv lengkap dengan netflix dan wifi di seluruh kawasan rumah.
Ada private pool yang sangat luas, kemudian banyak board games yang disediakan untuk yang bawa keluarga.
Dari sudut kebersihan, anda memang akan selesa, daripada ruang tamu, dapur, bilik dan juga tandas.
Ya, kira ini tempat yang cantik dan selesa untuk bawa keluarga tersayang atau nak buat family gathering atau sebarang majlis tertentu.
Villa ini ada 5 bilik (2 bilik with bathtub). Kawasan rumah yang bersih. Nak masak pun disediakan kawasan masak dengan semua kelengkapan lain untuk memasak. Paling best, konsep yang diwujudkan. Memang rasa macam dekat Bali.
Untuk keluar berjalan ke bandar hilir ambil masa dalam 15 minit sahaja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...