Bagi mereka yang bercuti atau liburan ke Kuala Lumpur, memang banyak tempat menarik boleh dikunjungi.
Sama ada check-indi hotel mewah atau sekadar day trip ataupun melayan tekak menikmati sajian enak di mana-mana kafe mewah atau hispter di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang sekadar mahu mencuba suasana baru, boleh berkunnjung ke kafe yang terletak di tepian Tasik Titiwangsa, White & Black Lakeside Titiwangsa KL.
Kafe baru ini menjadi tarikan penggemarnya yang mahukan suasana santai dan mendamaikan walaupun berada dalam kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur.
Bagi para peminat pemandangan kehijauan taman pasti akan menyukai tempat ini.
Kafe White & Black Lakeside Titiwangsa KL , menggunakan warna hitam & putih sebagai tema dekorasi dalaman, membuatkan mata kita tertangkap dengan mudah akan pemandangan kehijauan landskap sekitar Taman Tasik Titiwangsa di bahagian luar kafe dan kebiruan langit serta kebiruan air.
Pendek kata, kafe ini memang satu pelengkap dan ruang terbaik untuk kita menikmati keindahan taman tasik yang terletak di tengah kota ini.
Walaupun begitu dinasihatkan untuk datang waktu pagi atau petang, sambil menghirup secangkir kopi.
Sambil itu boleh lihat komuniti setempat beriadah, berbasikal dan berjogging. Memang seronok dapat menikmati momen sebebini terutama kala hujung minggu.
Alamat:
White & Black Lakeside Titiwangsa,
5PG4+MF, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur
Sumber: FB Backpackers Buddies Malaysia (Via Surgaroute)
Artikel Lain:
Repeat Datang Semporna Sabah Sebab Best. Lelaki Kongsi Itinerary 5H4M, Layan Staycation Sini!