Hilton Garden Inn Puchong merupakan hotel terbaharu yang menawarkan tempat penginapan selesa dan pelbagai kemudahan moden. Ia ‘sempurna’ khusus buat komuniti perniagaan menjalankan pelbagai urusan berkaitan sambil berlibur.
Dibangunkan di lokasi strategik yang sedang berkembang, Hilton Garden Inn Puchong merupakan hotel pilihan menyediakan tempat penginapan terbaik untuk tetamunya. Ia dianggap paling sesuai dan selesa untuk menginap sekiranya anda ingin meneroka daerah ini.
Lokasinya hanya 25 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terletak di atas sebuah pusat membeli-belah terkenal Parkson M Square Mall. Tersedia juga kemudahan shuttle percuma dari hotel untuk tetamu yang ingin ke pusat membeli-belah terkemuka iaitu IOI Mall dan Sunway Pyramid.
Saujana Mata Memandang
Terdapat 255 buah kamar keseluruhan di Hilton Garden Inn Puchong iaitu jenis King Deluxe Room Lake View, King Deluxe Room, King Guest Room Lake View, King Guest Room, Twin Guest Room Lake View, dan Twin Guest Room.
Setiap jenis bilik mempunyai pengalaman permandangan sisi keseluruhan yang berbeza dari jendela. Jika memilih bilik penginapan jenis ‘Lake View’, bilik tersebut akan mempunyai permandangan sebuah tasik indah yang terbentang luas.
Di kesemua bilik pula lengkap dengan sambungan Wi-Fi percuma, barangan mandian Crabtree & Evelyn, televisyen LCD 43 inci, sambungan USB, bilik mandi bertub, pengering rambut, seterika wap dan seni reka dalaman yang unik, elegan serta moden.
Pilihan Tepat Kumpulan Perniagaan
Ads
Selain itu, Hilton Garden Inn Puchong menyediakan perkhidmatan terbaik kepada tetamunya di kawasan Puchong yang pesat membangun sesuaiu untuk ahli korporat bagi urusan perniagaan mereka.
Terdapat kemudahan dewan utama untuk penganjuran majlis-majlis tertentu serta ruang bermesyuarat yang lengkap dengan kemudahan teknologi canggih. Ia boleh memuatkan seramai 130 orang dalam satu masa.
Kemudahan Pelbagai
Ads
Bagi yang mahu bersenam pula, tersedia pusat kesihatan (gym) yang dibuka 24 jam demi memenuhi kehendak para tetamu yang aktif.
Terdapat sebuah kolam renang yang turut dilengkapi dengan sebuah jakuzi dan kolam renang untuk kanak-kanak. Waktu operasi kolam renang ini pula dari jam 7 pagi hingga 10 malam.
Tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti renang pada sebelah siang dek sibuk dengan urusan kerja, tetamu masih sempat untuk berenang sambil beriadah pada malam hari di temani hamparan langit yang terbentang luas.
Ads
Untuk menjamu selera, sebuah restoran, The Garden Grille dengan pilihan makanan menarik dan lazat tersedia untuk mengisi perut bermula waktu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
Jika tidak mempunyai masa untuk turun makan ke restoran, pesanan untuk menghantar makanan ke bilik tetamu juga disediakan hingga ke lewat malam hari. Sebuah kios kedai serbaneka Pavillion Pantry juga dibuka 24jam untuk memberi kemudahan kepada individu yang menginap di sini.
Secara keseluruhan, hotel ini sangat sesuai buat pengunjung atau anda yang ingin bersantai sambil berkerja dalam keadaan yang berbeza. Hilton Garden Inn Puchong adalah pilihan paling tepat. Harga istimewa yang ditawarkan untuk menginap di sini bermula dari RM180++
Hubungi:
Hilton Garden Inn Puchong
Lokasi: Level 6, Jalan DM2, Taman Desa Millennia 47150 Puchong, Selangor
PENGALAMAN berkunjung ke Wilayah Nusa Tenggara Timur (WNTT), Indonesia baru-baru ini amat berharga sekali kerana dapat menyaksikan pelbagai keindahan dan keajaiban ciptaan Allah di dunia ini.
Lawatan ke Danau Kelimutu, Perkampungan Wae Rebo, pelayaran dari Labuan Bajo ke Taman Negara Komodo (Komodo National Park), Pulau Padar, Gili Lawa, Pink Beach, Pulau Kelor, Pulau Rinca, Pulau Kanawa dalam wilayah berkenaan bersama 16 pelancong lain dari Malaysia amat menyeronokkan walaupun ia terlalu mencabar fizikal serta mental peserta.
Pengalaman luar biasa
Penulis yang hanya mengenali 16 orang lagi rakan pelancong dari Malaysia hanya mula berjumpa dan berkenalan menerusi trip berkonsepkan “open trip” yang dikendalikan warga Indonesia yang mengiklankannya dalam laman sosial Instagram. Tujuan utama menyertai rombongan ini ialah untuk melihat dan meneroka sendiri wilayah Indonesia yang kurang dilawati pelancong luar dan tempatan.
Ia amat berbeza dengan destinasi-destinasi lain yang agak popular di Indonesia seperti Jakarta, Bandung dan Bali. Memilih Flores sebagai destinasi pelancongan sempena cuti panjang semester Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun ini kerana kebanyakan tempat menarik yang ada di wilayah berkenaan yang masih belum dilawati pelancong.
Oleh itu kebanyakan tempat yang dilawati masih berada dalam keadaan terpelihara. Kejernihan air lautnya mampu mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Manakala keindahan pulau-pulau yang berada dalam wilayah Flores juga mampu memukau pengunjung yang datang ke sini. Antara tempat paling menarik ialah Danau Kelimutu kerana di situ terdapat kawah yang terbentuk daripada letusan gunung berapi pada suatu ketika dahulu. Terdapat tiga kawah di situ mengandungi air yang warnanya mampu berubah-ubah.
Perkampungan Adat Wae Rebo pula ialah sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah pergunungan dan pengunjung perlu mendaki lebih kurang empat jam untuk sampai ke destinasi berkenaan. Kampung ini kaya dengan adat dan masih menjalani kehidupan mengikut tradisi nenek moyang mereka di samping ia bebas daripada segala bentuk pencemaran serta mampu memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung.
Pulau Rinca pula ialah salah satu pulau yang berada dalam Taman Negara Komodo. Pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman bertemu dengan Biawak Komodo yang semakin pupus populasinya di dunia ini. Pulau Padar merupakan sebuah pulau yang menjanjikan pemandangan yang sangat mengujakan.
Pendakian hampir 40 minit langsung tidak terasa kepenatannya kerana keterujaan penulis terhadap keindahan landskap pulaunya sepanjang pendakian itu. Pantai Pink menjadi salah satu lokasi snorkelling terbaik di wilayah Flores dengan pasir di pesisiran pantai yang berwarna merah jambu. Pengunjung dapat melihat pemandangan di sekeliling Pulau Kelor dengan mendaki lebih kurang 30 minit ke tempat yang lebih tinggi di situ.
Perjalanan rombongan ini dibahagi kepada dua iaitu melalui darat serta belayar merentas lautan luas. Ia mengambil masa tiga jam perjalanan dari lapangan terbang Ende untuk ke Danau Kelimutu, manakala 15 jam perjalanan dari Danau Kelimutu ke Perkampungan Adat Wae Rebo. Ketika menyertai perjalanan ke pulau-pulau terbabit rombongan kami memilih untuk belayar dari pelabuhan Labuan Bajo dan tinggal di atas kapal selama tiga hari dua malam. Dua buah van digunakan untuk perjalanan darat yang mampu memuatkan semua ahli rombongan dalam keadaan yang selesa.
Perjalanan secara pelayaran pula ialah dengan menaiki dua buah kapal yang serba lengkap dengan kemudahan asas seperti bilik tidur, tandas dan dapur.Oleh kerana ini kali pertama menjejakkan kaki di (WNTT) kami mengikuti segala yang dirancang pemandu pelancong kami, Marco Pearly Andalusia daripada syarikat pelancongan tempatan Indonesia, Margojoyo Travel and Tour. Dia merupakan seorang warga Indonesia yang sangat membantu apabila berjaya memberikan informasi lengkap setiap destinasi persinggahan dan menyusun segala perancangan perjalanan mengikut kehendak kami.
Setiap pelancong membelanjakan RM2,500 termasuk tiket kapal terbang dan makan minum bagi menyertai program menarik itu. Berikutan tempat-tempat yang dilawati merupakan destinasi pelancongan yang sudah sekian lama diimpikan, setiap ahli rombongan berasa sangat teruja dan gembira.
Sesetengahnya masih tidak percaya yang mereka sudahpun sampai ke tempat idaman masing-masing selama ini. Penulis dapat melihat sendiri keindahan sesebuah tempat yang sangat sukar untuk dilihat di tempat lain. Setiap objek yang dilihat sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Pengalaman dapat meluangkan masa selama hampir satu minggu bersama orang-orang yang baru dikenali sepanjang perjalanan juga sangat sukar dilupakan kerana mereka dianggap seperti ahli keluarga sendiri.Perjalanan yang agak lama dari satu tempat ke satu tempat merupakan cabaran yang harus kami hadapi dan keadaan jalan yang bersimpang siur menyebabkan ada dalam kalangan ahli rombongan yang mengalami sakit kepala sehingga menyebabkan muntah-muntah. Selain itu, tahap kecergasan seseorang juga diuji di sepanjang perjalanan yang memerlukan ahli rombongan mendaki untuk sampai ke setiap destinasi.
Sepanjang pelayaran kami berada di atas kapal, kami disajikan dengan aneka makanan laut yang sangat segar dan dimasak dengan begitu enak sekali. Kami juga dibawa untuk makan di restoran-restoran tempatan yang mengikut cita rasa kami sendiri. Oleh kerana trip kali ini khusus untuk melihat keindahan alam, penulis tidak berkesempatan meluangkan masa ke lokasi membeli belah. Namun begitu, cukuplah segala kenangan yang dilalui dan rakaman beberapa gambar menarik sahaja dibawa pulang ke tanahair.
Teks & Foto : AZZIM ZAHID AZMI
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap tahun, negara kita akan mengalami musim tengkujuh di mana beberapa negeri mengalami banjir dan pada ketika itu juga berlakunya musim angin monsun. Apabila berlakunya banjir dan angin monsun, kebanyakkan aktiviti tidak dapat dilakukan termasuklah sukan.
Kali ini satu berita baik untuk peminat sukan papan luncur, apabila Dato’ Seri Haji Sharkar Bin Haji Shamsudin iaitu Penasihat Kelab Malaysia Surf League dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri telah melancarkan kelab dan liga papan luncur (surfboards) di Cherating, Kuantan, Pahang.
Ia akan diadakan sebagai acara antarabangsa tahunan yang akan diadakan pada empat lokasi yang berbeza di seluruh Malaysia iaitu Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah
Sebelum ini, kita hanya dapat lihat peminat sukan air ini hanya bermain dalam kelompok yang kecil dan suara mereka tidak di dengari oleh pihak yang sepatutnya. Antara satu faktor sukan ini kurang mendapat sambutan kerana ia masih baru di kalangan masyarakat kita. Sukan ini hanya di dapati pada negara luar seperti Amerika Syarikat, Australia, German dan yang lain-lain lagi.
[/et_pb_text][et_pb_image admin_label=”Image” src=”https://cdn.libur.com.my/2017/01/3-2.jpg” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”left” force_fullwidth=”off” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”] [/et_pb_image][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”] Oleh itu, kelab MSL bakal menganjurkan acara antarabangsa ini dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi membangunkan imej belia Malaysia ke peringkat antarabangsa. Selain itu, ia juga dapat menjadi salah satu platform yang sangat baik bagi Sukan Pelancongan dalam usaha untuk mencapai sasaran kerajaan negeri Pahang iaitu mensasarkan sebanyak 15 juta pelancong domestik dan antarabangsa. [/et_pb_text][et_pb_image admin_label=”Image” src=”https://cdn.libur.com.my/2017/01/1-2.jpg” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”left” force_fullwidth=”off” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”] [/et_pb_image][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]
Empat negeri dipilih sebagai tuan rumah kerana memiliki pantai yang panjang dan indah serta ketinggian ombak besar semulajadi yang sesuai untuk dilakukan sukan luncur air ini. Liga ini akan dijangkan akan bermula pada November tahun ini.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk turut sertai dan menjadi salah seorang ahli MSL. Mana tahu mungkin anda peluncur air yang terbaik mereka cari dan mewakilkan negara untuk berentap di peringkat antarabangsa? Tahniah dan semoga berjaya dengan apa yang diusahakan itu dari seluruh warga kerja Libur!
D’Virtual Park yang terletak di Jalan Meranek, Kota Samarahan Sarawak yang juga taman tema realiti maya (VR) pertama di Borneo dibuka kepada orang ramai.
Namun kapasiti pengunjung akan dikurangkan dalam satu masa. Langkah itu sejajar dengan pelaksanaan prosedur keselamatan dan kesihatan ditetapkan kerajaan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Mengikut prosedur terbabit, para pengunjung disyaratkan memakai penutup hidung dan mulut apabila memasuki premis serta mengamalkan penjarakan sosial manakala kakitangan taman akan bertindak mengendalikan orang ramai bagi sesi menikmati perjalanan atau pengembaraan secara realiti maya, ketika beratur serta di kafe.
Pengunjung yang ingin memasuki Taman Tema VR dengan kos bernilai RM13 juta ini juga perlu membuat tempahan tiket awal bagi mengelak beratur di pintu masuk dan sebelum memasuki taman. Selain itu, kod imbasan QR juga akan dilaksanakan bagi tujuan pengesanan kontak.
D-Virtual Park itu beroperasi dalam sembilan blok bangunan tiga tingkat yang menawarkan kira-kira 10 perjalanan pengembaraan hiburan secara realiti maya dengan VR Elevation D’Luxe terbukti antara yang paling popular. Tarikan lain termasuk VR Speed Cruiser, VR Quad Squad, VR Gyrate, VR D’Battleship, VR Knight Rider, VR Giant Slide, VR Trekker, VR Gatling Gun serta Enchanted Chamber.
Orang ramai juga berpeluang menikmati pengalaman hiburan seperti eSports Centre dan skrin layar Teater Hologram yang direka khusus serta memaparkan pengalaman sinematik paling berevolusi. Taman itu yang menyasarkan pengunjung berusia 15 hingga 45 tahun, turut menempatkan SD X Studio, SD X FabLab, SDX-Arena, GiGA Virtual-Cafe dan D-Tamu. Ia dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam.