
Dua dalam satu, dapat hiking sambil makan. Ini bonus bagi anda yang suka bercinta dengan alam, pemandangan yang indah dan dapat merasa suasana dusun durian.
Haa… biasanya kalau nak makan durian mesti lah nak cari yang isinya warna menggoda, kuning diraja!
Jadi di Dusun Tok Lee anda boleh makan durian sambil menikmati pemandangan cantik.
Lagi menarik, anda diberi peluang kutip sendiri durian yang baru jatuh, segar dan pastinya sedap!
Eh, bukan durian sahaja yang anda boleh jamu tekak, di sini juga ada nasi lemak ‘seksi’ dan air kelapa. Elok benar terus sarapan di dusun ini.
Ada sungai juga dan sesuai untuk anda yang suka hiking dan camping, cukup sesuai nak santai-santai bersama keluarga tersayang.
Yang nak datang, boleh terus cari lokasinya:
Dusun Tok Lee, Kemensah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umpama Di Kayangan. Blue Lagoon Destinasi Wajib Kalau Jejak Kaki Di Iceland

Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk. Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Info
- Sebelum memasuki kolam, semua pengunjung dimestikan membersihkan badan terlebih dulu di bilik mandi berasingan untuk lelaki dan perempuan yang disediakan di dalam bangunan utama.
- Berbanding kebanyakan kolam renang yang melarang orang ramai mengenakan kemeja T kain kapas ketika berendam, Blue Lagoon bagaimanapun lebih fleksibel di mana pengunjung dibenarkan memakainya. Maka untuk orang Muslim, lokasi ini dibenarkan untuk anda ‘bertutup’.
- Bagi pengunjung yang berhasrat membawa pulang khasiat ini untuk diri sendiri mahupun sebagai cenderamata buat kenalan, produk penjagaan kulit berasaskan lumpur silika dan air Blue Lagoon dijual di lobi utama pusat berkenaan.
- Jika merancang untuk berkunjung ke kawasan ini, pengunjung digalakkan untuk pergi lebih awal kerana ia sangat sibuk pada waktu siang. Anda boleh menggunakan bas ulang-alik iaitu kira-kira 50 minit dari Reykjavik.
Sumber Foto: Google Image
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahun Baru Imlek? Tahun Baru Apa Tu? Tak Pernah Dengar Pun..

Libur terjumpa perkataan ‘Tahun Baru Imlek’ dalam kalendar cuti Indonesia. Kami ni dah la mudah terkejut, lalu curious, apa kebenda imlek ni? Paham pun tidak.
Ada pesta makan-makan ke? Berbekalkan kebijaksanaan yang ada, kami pun menggooglelah sebab nak tahu apa ke benda imlek tu..
Dah hasilnya…. Tahun baru imlek ni sebenarnya tahun baru Cina!! Imlek ni digunakan dalam masyarakat Indonesia untuk merujuk kepada perayaan tahun baru yang disambut oleh masyarakat tionghua di sana.
Hek elehh.. Itu rupanya.. So salah seorang daripada kami pun bertanya la dengan kawan dia yang fasih berbahasa Cina untuk mendapatkan kepastian sebab perkataan tu tak pernah dengar di Malaysia.
Menurut kawan kepada kawan kami ni, perkataan tu biasa dituturkan oleh orang-orang lama. Selama dia bercakap bahasa mandarin ni, jarang sangat dia dengar Cina Malaysia menggunakan perkataan imlek kalau merujuk kepada sambutan tahun baru. Sebab tu kita jarang dengar.
Kami pun apa lagi? Ohhh sahajalah beramai-ramai.. Macam budak-budak baru tahu satu benda baru, macam tu la keadaan kami.
Jadi, kalau nama pun tak sama dengan tahun baru cina di Malaysia, ada apa-apa lagi tak yang berlainan?
Sebenarnya tak ada apa yang berbeza dengan sambutan tahun baru Cina di Malaysia. Semuanya sama sahaja daripada segi berkumpul ahli keluarga pada malam makan besarnya, angpaunya, tarian singanya, buah mandarinnya dan perhiasan bertemakan warna merah, semuanya sama sahaja.
Yang berbeza hanya nama panggilan sahaja. Di Malaysia dipanggil Tahun Baru Cina manakala di Indonesia dipanggil Tahun Baru Imlek.
So sekarang kami dah faham, tak ada bila ke sana nanti terkebil-kebil bila orang tanya tak “tak sambut tahun baru imlek mas?”, hahaha.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Tawan ‘Puncak Gunung Keriang’? Jom Mendaki 59 Anak Tangga Di Muzium Padi Kedah

Terletak di ‘negeri jelapang padi’, Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, Alor Setar dan mempamerkan artifak serta mesin-mesin penanaman serta pemprosesan padi. Pengunjung diberikan pengenalan terhadap elemen kebudayaan, penyelidikan serta dan pembangunan tentang teknologi padi.
Bangunan berbentuk Gemai Padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.
Turut menarik perhatian ialah struktur pembinaan muzium tersebut yang menyerupai gantang, digunakan untuk menyukat berat beras. Muzium ini menerangkan proses penanaman padi, memaparkan pelbagai jenis padi, peralatan dan alat yang digunakan dalam penanaman padi sepanjang zaman dan di pelbagai negara.
Pada aras 3 pengunjung perlu menaiki 59 anak tangga, dibuat 'seakan' sampai ke puncak Gunung Keriang. Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap. Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Ruang pemerhatian diaras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan terletak diatas platform berputar.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sumber: Muzium Kedah | Foto: FB Muzium Padi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI