Penat hilang bila dapat menyaksikan pemandangan yang sangat indah tatkala berjaya mendaki sampai ke puncaknya.
Dan khusus buat kaki hiking, masukkan Empangan Bengoh antara senarai wajib dicuba tatkala bercuti ke Sarawak. Ini kerana di sini, hutannya sangat cantik, umpama berada dalam cerita fantasi Maleficient selain seakan-akan duduk dalam filem Jurassic Park bila berada di dalam hutan ini.
Baca perkongsian dari Nizar Latif yang berkongsi pemandangan sangat indah saat mendaki di Empangan Bengoh, hidden gem Padawan yang belum dicemari lagi alamnya dua tahun lalu.
A trip to 'Jurassic World of Sarawak', hidden gems of Padawan: Bengoh Dam.
Highlight of this trip:-
Bengoh Dam
Perjalanan dari Kuching mengambil masa 50 minit ke sejam. Kalau hujung minggu memang ramai orang, bersabarlah menunggu giliran masuk di pintu pagar. Ambil masa untuk tulis nama dan rekod suhu.
Kampung Sting
Ads
Naik bot selama 20 minit dan hiking lebih kurang 15-20 minit juga. Tiba di sini, perkampungan orang Bidayuh di atas bukit. Cantik, tenang dan nampak seluruh kawasan empangan dari sini. Turut ada homestay (RM20 semalam) jika mahu bermalam di sini.
Klings/Curtain Waterfall
5 minit naik bot dari tempat mula pendakian Kampung Sting. Hiking dalam 30 minit. Kena lalu tiga jambatan buluh. Cantik sungguh air terjun ni.
Ads
Susung Waterfall
Hiking dalam 20 minit lagi dari Klings Waterfall. MashaAllah this is the highlight of this trip. Rasa macam dalam fairy tales, dalam Jurassic Park, dalam cerita Maleficient. Hilang ketaq kaki hiking setelah lihat pemandangan indah ini.
Kos (dikira dari Bintulu):-
Flight Btu Kch Btu: RM167
(Termasuk penginapan dua malam di Tune Hotel)
Hornbill's Nest: RM66
(Tune Hotel jadi pusat kuarantin pula. AA mohon refund duit hotel kami)
Ads
Kereta sewa dan minyak: RM 90 + RM 40 / 3
Tour guide Bengoh Dam: RM 50 per pax
(Boleh whatsapp 013-8487730 Jacklin Simo atau search page Bayan Atuh Ecotourism)
Lain-lain (makan minum grab): RM 50
JUMLAH KESELURUHAN: RM 373.00
Tips and trick:-
1. Mula hiking dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Boleh bungkus makanan siap-siap atau bawa bekalan secukupnya.
2. Disarankan pakai kasut adidas kampung/paya. Kalau kasut sukan biasa agak licin.
3. Jika pergi pada hujung minggu dan ramai orang, boleh cadangkan kepada tour guide untuk mula hiking di Kg Sting kemudian baru ke air terjun. Dapat elakkan dari kesesakan untuk ambil gambar. (biasanya akan ke air terjun dulu).
Boleh tengok lebih banyak gambar atau video di ig story highlight Jurassic World di sini:-https://instagram.com/nizarlatif17
Semoga bermanfaat.
Kredit :- Nizar Latif / fb Backpackers Buddies Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Singgah Yoyo Rakit di Pulau Layang, Ulu Tiram, Johor ini akan jadikan percutian anda cukup menarik. Cuma ambil masa 3-5 minit sahaja dari jeti untuk sampai ke sini.
Yoyo Rakit di Pulau Layang
Bagi anda yang takut naik bot pun boleh pergi lah kat sini. Selamat! Sebenarnya ini adalah tempat kaki pancing, tapi boleh je nak datang santai-santai dengan family atau kawan.
Yang memancing teruskan memancing, anak dan isteri anda boleh layan view kat sana. Sambil itu boleh lah buat aktiviti lain. Main dam haji ke, atau bbq, santai-santai main masak-masak ala camping kalau malas nak angkut banyak barang.
BAYARAN MASUK:
DEWASA : RM 30
KANAK-KANAK : RM 15 (6-12 years)
Owh ya, kat atas tu pun ada kedai makan juga. Lepak makan sambil menikmati pemandangan laut. Sungguh, di Sungai Layang anda boleh rasai sunrise dan sunset yang cantik.
Jadi, jangan kata Ulu Tiram tak ada tempat best untuk buat aktiviti bersama keluarga, boleh ke sini dengan bawa anak-anak merasa percutian sambil memancing dan layan view rumah atas air.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ribuan obor-obor merah yang aneh dan jarang dilihat, ditemui terdampar sepanjang Pantai Mawilla, lokasi pantai perkelahan terkenal sejak minggu lepas.
Ramai pihak tertanya-tanya bagaimana spesies dengan rupa pelik itu boleh muncul di sepanjang kira-kira 400 meter pinggir Pantai Mawilla. Jabatan Perikanan Labuan telah mengkategorikan kehadiran haiwan laut itu sebagai fenomena yang jarang berlaku.
Obor-obor itu telah dikenal pasti oleh pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran sebagai Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) atau lebih dikenali dengan nama ‘Sea Tomato’. Spesies ini tidak diketahui mempunyai sengatan yang berbahaya kepada manusia, tetapi tentakel mereka masih boleh menyengat selepas haiwan itu mati.
Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit, alahan dan ketidakselesaan. Justeru, orang ramai dinasihati tidak menyentuh obor-obor walaupun telah mati. Mereka juga diingatkan tidak masuk ke dalam air berrhampiran lokasi obor-obor itu terdampar, kerana kemungkinan masih terdapat kumpulan obor-obor di kawasan itu.
Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.
Bila sebut Phuket, bagi yang pernah menjejakkan kaki ke lokasi ini pasti terpegun dengan keindahan pantainya. Ini termasuklah Pulau James Bond selain Kepulauan Phi Phi. Phuket, antara detinasi pelancongan popular bagi pelancong luar negara.
Mudah dimasuki oleh negara-negara Asean seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan negara-negara lain seperti Australia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, daerah dengan keluasan 540 km persegi ini menawarkan banyak lokasi indah termasuklah destinasi bulan madu.
Ini termasuklah Keemala Resort, resort percutian mewah yang menawarkan syurga pemandangan dari atas pokok (hutan hujan) yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. Untuk ke Keemala Resort, pengungjung boleh menaiki perkhidmatan teksi di lapangan terbang sebelum dihantar terus ke resort serba mewah ini.
Menawarkan empat jenis reka bentuk penginapan, antaranya ialah Clay Pool Cottage,Tent Pool Villas, Tree Pool House dan Bird’s Nest Pool Villas yang kesemuanya mengadap hutan hujan termasuk pemandangan gunung yang cukup indah pemandangannya. Malah setiap satu resort mempunyai kolam renang persendirian.
Apa yang menariknya, pengunjung bukan saja “berhubung dengan alam semulajadi” tetapi di Keemala Resort ada pelbagai aktiviti boleh dicuba termasuklah spa. Bagi yang mahu mandi manda di pantai, boleh ke Kemala Beach yang terletak hanya 1.5 km dari resort ini. Jika mahu pergi jauh terutama ke Patong, jarak pemanduan hanya mengambil sekitar 20 minit sahaja dari resort ini.
Bahkan di resort serba mewah ini, pelbagai acara boleh dilakukan termasuk mengadakan majlis sambutan hari jadi, majlis pelancaran produk dan sebagainya. Bahkan bagi sukakan cabaran hidup sihat, boleh lakukan jungle tracking dan lain lagi.
Apa yang pasti, pemandangannya cukup indah, sesuai sebagai destinasi bulan madu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!