Boleh dikatakan peratusan tertinggi rakyat di kawasan Guatemala (Amerika Tengah) merupakan mereka yang datang daripada status keluarga yang susah dan miskin. Untuk menjalani kehidupan seharian pun sudah cukup susah, ini kan perlu terbeban dengan segala bentuk bayaran yang perlu dijelaskan jika ada waris keluarga telah pun meninggal dunia.
Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah!

Setiap hari, pekerja tanah perkuburan menggunakan tukul besi untuk memecahkan kubur mereka yang telah meninggal dunia termasuk bayi dan kanak-kanak kerana keluarga si mati terlalu miskin dan tidak mampu membayar sewa tapak kubur anggaran AS$24 (RM105).

Enam tahun selepas mayat orang dewasa atau kanak-kanak disemadikan di tanah perkuburan di Guatemala, setiap ahli keluarga perlu membayar kos sewaan tapak kubur selama empat tahun lagi.

Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah!

Ads

Sekiranya sewa tidak dibayar, kubur itu akan dipecahkan dan keranda di dalamnya akan dibuka. Mayat-mayat yang masih berpakaian atau dibalut dengan selimut ini dikeluarkan dari keranda dan dikumpul dalam beg plastik.

Waris akan diminta untuk mengambil semula mayat ahli keluarga kesayangan mereka tetapi banyak mayat yang tidak dituntut berakhir di sebuah kubur besar yang dicampak begitu sahaja. Dek kerana itu, menjadi pemandangan biasa sekawan burung hering akan dilihat terbang mengelilingi sebuah tanah perkuburan utama di Guatemala.

Ads

Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah!

Bunyi seakan kejam bukan? Tetapi dek kerana tempat yang terhad, karenah birokrasi dan adanya kematian baru, pekerja di tanah perkuburan terpaksa melakukan rutin mengeluarkan mayat tersebut setiap kali untuk membuat kubur baru. Itu juga merupakan sumber rezeki kepada mereka yang mendiami negara yang sangat miskin.

Ads

Tidak menghormati dan keganasan sudah dilihat sebagai sesuatu yang normal di Guatemala. Sesiapa sahaja boleh melihat sendiri bagaimana mereka membuang mayat ke dalam kubur besar tanpa mempedulikan waris si mati yang bersedih. Ahli keluarga hanya diberitahu melalui telegram. Mereka terlalu daif untuk menampung sewa tapak berkenaan dan terpaksa redha dengan undang-undang tersebut.

Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah! Hidup Di Guatemala Sangat Sukar. Jika Ada Yang ‘Meninggal’ Lagi La Susah!

Amalan memindahkan mayat ini dipercayai sudah berlaku sekurang-kurangnya hampir 20 tahun. Kesan perang saudara berdarahberpuluh tahun lalu, separuh daripada penduduk Guatemala hidup dalam kemiskinan.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI