Banyak sungguh tempat santai-santai menarik yang close to mother nature di Perak, salah satunya Pantai Ban Pecah Tanjung Piandang.
Apa yang uniknya pasal Ban Pecah ni ialah daratan dan lautannya dipisahkan oleh batas yang dijadikan laluan utama untuk menyusuri pesisiran pantai.
Di depannya nun luas terbentang lautan biru Selat Melaka. Manakala, di belakangnya pula terdapat kampung-kampung dan juga bendang yang subur tanahnya.
Pemandangan di Ban Pecah ini memang sangat cantik. Tempatnya santai dan boleh menenangkan jiwa sesiapa saja yang datang berkunjung. Bukan sahaja boleh hirup udara segar dari angin laut. Pada masa yang sama boleh lihat kehijauan sawah padi juga.
Ban Pecah ni kalau tak jelajah habis, sampai ke sudah anda tak tahu ada port mandi manda. Jadi, sampai di sini anda kena jelajah dari hujung persisiran pantai ke hujung persisiran pantai.
Baru anda akan jumpa hidden gem di Ban Pecah ni. Di sebelah kanan persisiran pantai ada warung dan bot-bot nelayan. Manakala di sebelah kiri persisiran pantai pula ada Pantai Ban Pecah.
Nak tahu lokasinya, terletak di jalan antara Kuala Kurau ke Tanjung Piandang di daerah Kerian.
Nanti kalau masuk ke negeri Perak, jangan lupa singgah sini ya!