Banyak sungguh tempat santai-santai menarik yang close to mother nature di Perak, salah satunya Pantai Ban Pecah Tanjung Piandang.
Apa yang uniknya pasal Ban Pecah ni ialah daratan dan lautannya dipisahkan oleh batas yang dijadikan laluan utama untuk menyusuri pesisiran pantai.
Di depannya nun luas terbentang lautan biru Selat Melaka. Manakala, di belakangnya pula terdapat kampung-kampung dan juga bendang yang subur tanahnya.
Pemandangan di Ban Pecah ini memang sangat cantik. Tempatnya santai dan boleh menenangkan jiwa sesiapa saja yang datang berkunjung. Bukan sahaja boleh hirup udara segar dari angin laut. Pada masa yang sama boleh lihat kehijauan sawah padi juga.
Ban Pecah ni kalau tak jelajah habis, sampai ke sudah anda tak tahu ada port mandi manda. Jadi, sampai di sini anda kena jelajah dari hujung persisiran pantai ke hujung persisiran pantai.
Baru anda akan jumpa hidden gem di Ban Pecah ni. Di sebelah kanan persisiran pantai ada warung dan bot-bot nelayan. Manakala di sebelah kiri persisiran pantai pula ada Pantai Ban Pecah.
Nak tahu lokasinya, terletak di jalan antara Kuala Kurau ke Tanjung Piandang di daerah Kerian.
Nanti kalau masuk ke negeri Perak, jangan lupa singgah sini ya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayar RM150 Satu Bot, Layan Day Trip Camping Ke Pulau Ular, Kuantan. Pantai Bersih & Air Jernih Jadi Tarikan!
Seperti yang kita tahu negeri Pahang sudahpun bertukar ke fasa 4. Jadi, banyak aktiviti boleh dilakukan di sini termasuk aktiviti rekreasi bersama keluarga.
Mengambil kesempatan ini, sahabat di Facebook Nur Natasha Abdullah telah menhabiskan cuti hujung minggu dengan melakukan day trip camping ke Pulau Ular Kuantan.
Tidak perlu pergi jauh dan bajet mahal, sebaliknya momen camping di sini bersama ahli keluarga juga boleh mencetus rasa kegembiraan dan keseronokan berganda.
Melihat perkongsian gambar-gambar diambil kawasan percutian camping ini sangat cantik ibarat berada di pulau peranginan poupar lain.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang pergi ke sini dengan menaiki bot dari jeti di Sg Ular dengan perjalanan selama 5 hingga 10 minit sahaja.
Day Trip Camping Ke Pulau Ular, Kuantan
Naik boat di jeti Sg Ular. 5-10 min aje kot naik bot (tak tengok pulak berapa lama tadi naik bot ).
Satu bot return RM150 boleh muat 10 orang. Pantai bersih, air jernih (macam tak percaya je ade pantai air jernih macam ini kat kuantan).
Air pon tak dalam sebab pantai dia landai aje. Kat sini tandas awam tak de. Pandai-pandai la settle sendiri.
Kalau nak datang memang kena bawa khemah sebab tempat redup tak banyak. Kitorang bawak makanan siap-siap dan panaskan je kat sini.
Sampah macam biasa bawak balik ya
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menginap Di Lokasi Strategik Ini Memudahkan Anda Melancong Ke Kuala Lumpur
Menginap di V E Hotel & Residence, Bangsar South yang menjanjikan penginapan yang sangat memuaskan di Kuala Lumpur dengan reka bentuk moden. Menyediakan kemudahan, keselesaan dan akses mudah buat pelancong perniagaan di Bangsar South, sebuah hab komersial dan gaya hidup yang kian berkembang maju di kota Kuala Lumpur.
Inapan ideal di tengah kota
V E Hotel & Residence Bangsar South (V E Bangsar South) ialah jenama hotel empat bintang merupakan pilihan tepat buat sesiapa jua yang mencari inapan strategik di tengah kota . Terletak berdekatan dengan KL Sentral, stesen Transit Aliran Ringan utama di bandar yang menghubungkan terus ke kereta api ekspres menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hotel ini menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk bergerak. Dengan sejumlah 337 buah bilik mewah dan bilik suite penjuru yang serba lengkap berserta 90 bilik kediaman servis apartmen dan berkelengkapan penuh yang mempunyai satu serta dua bilik tidur, hotel ini merupakan pilihan tambahan yang amat tepat buat kawasan yang semakin berkembang maju.
Pelbagai pilihan untuk penginapan
Direka dengan penuh teliti, V E Bangsar South menampilkan ruang lobi yang luas berserta tiga kaunter penyambut tetamu bagi menjamin proses daftar masuk dilakukan dengan pantas. Tetamu boleh memilih bilik mewah, bilik suit atau bilik mewah perniagaan yang menyediakan akses kepada kemudahan istirehat yang bersifat peribadi.
tetamu boleh menempah kediaman hotel yang mempunyai satu atau dua buah bilik tidur dengan kemudahan daftar masuk dan lif yang berasingan
Memasuki ke ruang apartmen satu bilik, memberikan keselesaan buat anda yang datang bersama keluarga. Apa yang menariknya ruang tamu dilengkapi dengan set sofa dan juga TV LCD untuk lepak santai sambil menonton program kesukaan.
Di lantai yang sama ruang dapur dan ruang makan tersedia buat pengunjung. Lengkap dengan kabinet dapur serta peralatan elektrik seperti peti sejuk, microwave dan mesin basuh memberi kemudahan. Ruang bilik juga dilengkapi dengan TV LCD. Tilam yang empuk memberikan anda istirehat yang sebenar. Bilik ini dilengkapi dengan wardrobe dan juga bilik air. Anda tidak perlu berebut kerana di luar bilik juga disediakan tandas.
Kemudahan amenity yang pelbagai
V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden yang memberi tumpuan terhadap penyediaan keperluan yang tepat, seperti katil yang besar, sambungan WiFi yang bagus, kemudahan dan ameniti yang amat teliti, perkhidmatan yang penuh perhatian serta lokasi yang strategik. Direka dengan gaya pancuran air yang mengagumkan, podium ini menempatkan restoran hotel untuk menjamu selera sepanjang hari, dikenali sebagai The Straits Estate, berserta tiga bilik menjamu selera peribadi, sebuah bar kawasan terbuka dan ruang istirehat, kolam yang amat luas, serta gimnasium yang serba lengkap dan dibuka 24 jam.
Design restoran yang classy..
Di sini terdapat empat in-house kafe dan restoran iaitu The Straits Estate, Kiosk The Deli, Veranda Bar & Lounge dan Poolside Cafe. Restoran The Straits Estate dibina menghadap central garden courtyard dengan sebuah kolam yang menambah suasana tenang. Manakala di lobi Kisosk The Deli, pengunjung boleh menikmati hidangan ringkas seperti gourmet sandwich, salad dan pastries bersama pilihan snek tradisional tempatan. Anda boleh singgah menikmati minum petang di sini sambil menghirup kopi atau teh.
Swimming sambil minum cocktail
Bagi yang suka berenang, jangan lepaskan peluang. Santai di area kolam renang memberi pandangan yang menarik sambil menikmati bangunan-bangunan di sekitar Bangsar South. Kolam untuk kanak-kanak turut disediakan . Kesemua kemudahan ini terletak di tingkat tiga.
Turut sesuai untuk event korporat
Untuk mesyuarat dan sebarang acara, V E Bangsar South terletak berhampiran dengan Pusat Persidangan & Acara Connexion, pengurus acara terkemuka yang mengurus kemudahan yang memiliki pelbagai fungsi menarik dan mampu memuatkan sehingga 2,000 peserta, selain mudah diakses terus dari hotel. Sesungguhnya hotel ini amat tepat untuk pelancong komersial dan kumpulan perniagaan, V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden. Terima kasih V E Hotel & Residence Bangsar South untuk penginapan yang sangat selesa.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cari Makan Di Taiping? Ini 8 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah
Taiping ada senarai yang sangat panjang untuk destinasi makan. Ada banyak lagi tempat lain yang menjadi pilihan warga tempatan menghabiskan waktu santai sambil menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, ini lokasi ‘wajib’ ramai singgah untuk menjamu selera jika berada disini.
Warung Muhibbah
Lokasi ideal untuk sarapan pagi di Taiping pastinya di Warung Muhibbah. Warung terbuka yang dibina ringkas dan terletak di pinggir jalan kadang-kadang menyimpan rahsia dapur keluarga yang hebat. Warungnya sederhana tetapi menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang disajikan di situ memang enak memenuhi selera. Nasi lemak berlauk menjadi menu utama, namun hidangan lain seperti soto juga ada disediakan. Disebabkan keenakan nasi lemak di warung ini, tidak hairanlah walaupun hanya warung sederhana di tepi jalan, ia amat popular. Warung nasi lemak ini dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengahari. Sejak awal pagi sebaik perniagaan bermula ramai sudah berbaris untuk menjamu selera. Pastikan singgah di sini untuk memulakan hari anda!
Doli Kuey Teow Goreng
Ini tempat yang sentiasa meniti di bibir penggemarnya. Bisnes keluarga di Jalan Tupai ini menumpukan pada kelazatan kuetiau goreng yang kaya dengan rencah. Kuetiau dengan kerang dan udang memang jadi buruan ramai, tidak kira penduduk tempatan atau pengunjung luar daripada Taiping memang akur dengan kelazatannya.
Ansari Famous Cendol
Orang Taiping sejati mesti tahu tentang lokasi cendol popular di Jalan Barrack ini. Sudah tiga generasi mereka ini menghidangkan kesegaran cendol dan keenakan pasembor kepada pelanggan. Pilih saja cendol kegemaran anda samada yang klasik seperti jagung manis, kacang merah, pulut atau durian.
Roti Bakar Arang Fadzil House
Kalau ke Pokok Assam, menu wajib cuba adalah telur goyang bersama kepingan roti yang dibakar menggunakan arang. Smokey taste pada roti yang dihidang bersama telur separuh masak dan ditambah kacang panggang memang tiada tandingannya dalam kamus orang yang gemar bersarapan.
Restoran Mergastua
Kalau bawa anak-anak ke Zoo Taiping & Night Safari, dan kemudian terasa lapar, bolehlah melangkah masuk ke Restoran Mergastua untuk melunaskan keinginan selera. Pilihan masakan tempatan, Barat dan Asia Selatan menanti dalam suasana yang selesa. Jangan lupa untuk mencuba nasi ayam Hainanese dan juga briyani yang sangat menyelerakan.
The Gate Cafe
Kafe ini sudah beroperasi lebih daripada 15 tahun di Jalan Maharajalela sejak 2004, kafe mesra pelanggan ini menjadi tumpuan anak muda untuk bersosial dari siang ke malam, diiringi menu lazat yang pelbagai.
The Train Chicken Wings Sandwich
Senang saja nak cari lokasi ini. Ia berada berhampiran stesen KTMB Taiping dan stesen kereta api lama. Cari premis Nombor 1, aroma kepak ayam enak dengan peraman istimewa gaya Buffalo, Thai atau Jepun sedia menyambut anda.
Restoran Nafis Kitchen
Terletak berhampiran Dataran Warisan, lokasi restoran ini mudah ditemui. Ada pelbagai seleksi menu kegemaran tempatan disediakan, dan pada malam hari anda boleh memesan hidangan utara Thailand.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI