
Isi Kandungan
ToggleWow, ada hidden gem di Dabong Ini antara yang best anda nak buat dekat Kelantan, salah satu lagi tempat popular di Dabong, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park.
Hidden Gem di Dabong
Dekat sini, ada staycation unik bentuk pipe. Selain staycation, dekat sini boleh buat aktiviti outdoor seperti ATV & Zipline.
Paling menarik dekat sini, Zipline sebab bukan setakat terbang saja, tetapi siap ada pakej drone. Murah pulak tu. Total sekali dengan drone RM30.
Layan ATV Dengan Harga Berpatutan
Harga ATV pulak RM35 je per pax. Murah sangat gais. Selain tu, anda boleh berkelah dan mandi Air Terjun dekat sini. Pondok pula boleh sewa per jam. Jangan risau, makanan pun ada jual juga dalam ini.
Owh ya, kalau nak cuba Train To Dabong pun boleh. Ramai pun cakap naik train ke sana syok sambil makan-makan. Jom, cuba!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Ketam, Klang Lubuk Penggemar Seafood & Hasil Laut. Ini 4 Aktiviti Wajib Buat Di Sini

Selangor memang tidak pernah kalah dalam menawarkan destinasi pelancongan tumpuan pelancong. Daripada alam semula jadinya yang indah, aktiviti riadah sehinggalah pusat rekreasi yang meriangkan, Selangor ada segalanya!
Pulau Ketam yang terletak di Klang merupakan destinasi yang menarik untuk dikunjungi yang mana pengunjung dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan di sini sambil menikmati suasana pantai yang nyaman dan mendamaikan.
Kawasan ini merupakan perkampungan nelayan yang didiami oleh masyakarat Cina. Pulau Ketam merupakan antara destinasi pelancongan utama Selangor terletak di Klang yang menjadi tarikan pelancong. Kedudukan Pulau Ketam sangat strategik dikelilingi tiga pelabuhan utama yang menjadi laluan masuk laut ke negara ini iaitu Pelabuhan Barat, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Utara.
Pengangkutan utama ke pulau ini adalah feri atau bot laju melalui Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, Selangor. Seawal jam 8.30 pagi, feri pertama memulakan perjalanan ke pulau itu yang mengambil masa sekitar 40 minit. Untuk sampai ke Pulau Ketam, anda perlu menaiki feri (RM14 dua hala) seorang atau bot laju (RM20 dua hala) seorang. Selain itu, Jeti Pulau Ketam turut menjadi pintu masuk warganegara asing yang menggunakan perkhidmatan feri ke negara seperti Indonesia.
Di Pulau Ketam, tidak ada penggunaan kenderaan lain seperti kereta kecuali basikal, skuter elektrik atau motosikal. Perhubungan antara Pulau Ketam dengan bandar Klang hanya dengan bot atau feri. Menangkap hasil laut adalah pekerjaan utama namun, terdapat sebilangan penduduk menjalankan perniagaan seperti membuka kedai runcit, restoran dan homestay.
- Makan-Makan – Pulau Ketam merupakan destinasi ideal menjamu selera. Terdapat banyak kedai makan menawarkan hidangan laut istimewa dengan harga yang murah dan berbaloi. Tidak sah kalau ke Pulau Ketam tanpa menikmati makanan laut terutama ketam kerana hasil laut baru ditangkap yang segar. Ketam di pulau ini dikatakan mempunyai rasa yang lebih manis kerana di sekitar Pulau Ketam terdapat banyak kawasan paya bakau.
- Memancing – Pulau Ketam juga merupakan destinasi memancing paling popular bagi mereka yang mempunyai sampan. Di sini pelbagai spesies ikan boleh diperolehi sekiranya pemancing itu mengetahui kawasan padang pancing, masa, pasang surut air, umpan, dan mempunyai peralatan yang sesuai. Siakap merah atau nama tempatannya sepang merah juga banyak terdapat disini.
- Hasil Laut Segar – Pulau Ketam juga banyak menghasilkan produk hasil laut dan antara yang menjadi tumpuan adalah udang kering. Menariknya di sini, pengunjung dapat melihat pemilik kilang memproses udang kering dengan cara tersendiri. Pengunjung boleh juga meneroka pulau dengan menaiki bot persiaran dan melawat ke sangkar ikan sekitar pulau.
- OOTD & Berbasikal – Selain itu, aktiviti dan tarikan yang boleh dilakukan di sini adalah seperti menyewa basikal dan mengayuh sekitar kampung, bergambar di kawasan mural dan kuil Cina, melihat dan merasai kehidupan suasana perkampungan nelayan, dan banyak lagi.
Foto: Google Image
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Ke Thailand, Sunflower Garden Di Bagan Datuk, Perak Pun Cantik. Port OOTD Cun Nak Bergambar!

Sebelum ini ramai ke Thailand untuk melihat kecantikan ladang bunga matahari, seakan menjadi ‘trend’ jika bercuti ke Lopburi sebuah daerah di Thailand.
Namun di negara kita juga telah muncul beberapa ladang bunga matahari ‘mini’ yang tidak kurang menariknya. Antaranya ladang bunga matahari yang terletak di negeri Perlis.
Lokasinya berada di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik. Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini.
Bagi pencinta bunga matahari, ada lagi lokasi untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut. Anda boleh ke Sunflower Garden Bangan Datuk, Perak sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar.
Lokasi ini sangat dicadangkan untuk anda yang suka ‘berOOTD’ untuk dikongsi dalam media sosial. Tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari ini juga berpatutan, hanya RM10 seorang.
Alamat: Sunflower Garden. A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datuk, Perak.
Waktu Operasi: 8 pagi – 7 mlm
Tiket Masuk:
RM 13 (Dewasa)
RM 10 (7 – 12 thn)
RM 5(3 – 6 thn)
- Parkir: Percuma
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terawih Dalam Hutan, Mandi Sungai Lepas Moreh. Camping Di Pondok Warisan Ibrahim Ipah Macam Balik Kampung Sendiri, Syok!

Camping di bulan Ramadan bukan sesuatu yang baru buat camper yang gemarkan aktiviti sebegini. Dapat pula campsite yang best dengan pemilik yang cukup sporting dan baik. Memang rasa macam balik kampung sendiri.
Walaupun masih baru dalam aktiviti camping, Jaja Ayoi memilih Pondok Warisan Ibrahim Ipah sebagai campsite buat kali kedua. Menurut wanita ini, aktiviti tersebut membuatkan dia berasa tenang.
Berkongsi pengalaman camping di bulan puasa, menariknya dia dan seorang lagi teman yang camping di situ berpeluang berterawih dalam suasana hutan menghijau. Selepas moreh sempat mereka semua mandi sungai yang ada.
Terasa umpama pulang ke kampung halaman sendiri bila berada di campsite ini. Jaja juga menyatakan bakal kembali ke sana pada hari raya nanti.
Terawih Dalam Hutan, Mandi Lepas Moreh. Camping tapi macam balik kampung sendiri!
Alhamdulillah cabar diri kali kedua camping di tempat yang sama. Beginner. Tapi nampaknya setiap bulan memang akan camping ni. Feeling dia sangat tenang. Benarlah pepatah “Grounding with nature is the best healing”.
CO terbaik. Pak wahab dan mak mek. Datang campsite mereka macam rasa balik kampung. Layanan. Borak sampai pukul 2 pagi. Moreh bersama. Memang seronok.
Kami dua family sahaja di campsite. Tenang. Allah beri kesempatan terawih di dalam hutan. Alhamdulillah.
Malam pukul 10 buat kerja gila mandi 2 family. Ada lampu spotlight hala ke sungai. Toilet memang terbaik. Coverage hp (maxis) ada.
Dah cakap dengan CO. Raya confirm repeat lagi! Walaupunn tekak kering setting khemah setting tempat makan semua tapi memori tu tak kan boleh hilang terutama nya untuk anak anak
Kredit: Jaja Ayoi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI