Melihat air terjun dari jarak dekat sememangnya memberi kepuasan tersendiri.
Jenis air terjun di negara kita agak unik kerana selalunya berada di tengah-tengah batuan sementara kiri dan kanannya terdapat rimbunan kehijauan pokok tumbuh-tumbuhan yang hidup meliar. Setiap air terjun mempunyai keindahan dari segi bentuknya tersendiri dan jika berpeluang ke negeri Pahang, jangan lupa untuk singgah di beberapa lokasi air terjunnya yang begitu cantik dan unik. Antaranya:
Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan
Foto: Google Image
Pahang mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka antaranya Air Terjun Sungai Pandan. Terletak di Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan juga dikenali sebagai atau Air Terjun Panching oleh penduduk setempat merupakan destinasi beriadah popular. Kawasan ini juga merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan. Lokasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Jika dilihat pada air terjun yang mengalir, pasti membuatkan ramai terpesona. Mana tidaknya, landskap air terjun yang terbentuk di sini begitu cantik dan unik.
Air Terjun Pelangi, Sg Lembing
Foto: Google Image
Ads
Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media. Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Air Terjun Jerangkang, Maran
Foto: Google Image
Destinasi reakreasi ini terletak kira-kira 55 kilometer dari Kuantan, Pahang cukup tersohor dalam kalangan pemburu air terjun apabila mendapat pelbagai jolokan antaranya ‘Hilton, Infinity pool dan Shang Ri La’ kerana menyajikan pemandangan air terjun bertingkat selain kolam biru kehijauan. Namun begitu, untuk sampai ke sini, pengunjung perlu melalui trek sejauh lebih tiga kilometer menelan masa dua jam perjalanan sebelum sampai ke ‘base camp’ tingkat 20.
Ads
Air Terjun Berkelah, Maran
Foto: Google Image
Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Air Terjun Berkelah, Maran Air Terjun Berkelah, Maran. Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun. Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter.
Air Terjun Lata Jarum, Raub
Ads
Foto: Google Image
Air terjun ini terletak di Hutan Lipur Lata Jarum, daerah Raub, Pahang. Air Terjun Lata Jarum ini juga berdekatan dengan taman rekreasi Pulau Chekas. Kawasan ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan suasana alam semulajadi dan jauh dari kesibukan kota. Selain keindahan dan kecantikan air terjun serta permandangan di sini, keistimewaan lain yang ada di sini ialah kewujudan bunga reflesia. Namun tidak selalu dapat ditemui, kewujudan reflesia di kawasan ini mengikut musim tertentu.
Aktiviti candat sotong, di perairan Terengganu sentiasa popular, bukan sahaja buat kaki pancing tetapi juga bagi orang awam biasa yang ingin merasai sendiri pengalaman 'menangkap' haiwan laut ini.
Musim mencandat di perairan Terengganu, kebiasaannya bermula dari April hingga Julai. Sejak aktiviti berkenaan dijadikan produk pelancongan, jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini sepanjang tempoh musim mencandat sotong dilaporkan meningkat berkali ganda. Sebahagian besar daripada pelancong akan mengambil pakej mencandat sotong biarpun ramai dalam kalangan mereka tidak pernah melakukan aktiviti itu. Mereka tetap berasa teruja meskipun ada di antara mereka tumbang kerana mabuk laut.
Aktiviti candat sotong biasanya bermula, ketika matahari mula terbenam, kira-kira jam 7 malam dan berterusan hingga jam 5 pagi. Aktiviti candat sotong juga sangat ideal dilakukan ketika 'bulan terang'. Suasana di lokasi candat sotong sungguh meriah, kerana terdapat deretan puluhan pelbagai saiz bot pencandat, ada yang bersaiz besar, sederhana dan kecil, masing-masing memasang lampu, seolah-olah satu pesta air sedang berlangsung.
Jika anda bercadang untuk mencuba aktiviti ini, dicadangkan untuk memilih operator yang berlesen dan memiliki kepakaran mengajar anda mencadat sotong. Ini antara port popular mencandat sotong di Terengganu:
Perairan Pulau Perhentian, Besut
Pulau Chepu, Setiu
Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus
Pulau Gemia, Marang
Pulau Kapas, Marang
Kg. Gong Balai, Marang
Rantau Abang, Dungun
Kuala Dungun, Dungun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada tarikan baru di Muzium Negeri Terengganu ketika ini jika anda datang berkunjung ke sini. Mungkin ada yang masih kurang mengenali budaya negeri Terengganu, jarang-jarang kita dapat saksikan tradisi masyarakat Melayu di negeri ini.
Kalau anda ingin mengetahui lebih banyak mengenai warisan tradisi masyarakat Terengganu, jangan lepaskan peluang ke muzium ini sekarang. Istana Tengku Long dan Istana Tengku Nik yang berusia lebih 100 tahun merupakan antara warisan Melayu Terengganu yang menanti pengunjung di 'Kampung Budaya Terengganu'.
Produk pelancongan terbaru Terengganu ini dibuka secara percuma kepada pengunjung bermula 6 September 2020 dan selepas itu bayaran sebanyak RM15 dikenakan bagi warganegara dewasa dan RM10 kanak-kanak. Bagi bukan warganegara pula, bayaran sebanyak RM30 bagi dewasa, dan RM 20 untuk kanak-kanak, manakala warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) masing-masing sebanyak RM10.
Kampung Budaya Terengganu yang berkonsepkan muzium hidup itu merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk mewujudkan 'one stop centre' yang menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh Terengganu. Berlatarbelakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, kampung budaya ini merupakan kesempatan terbaik bagi pelancong untuk beramai-ramai datang ke Terengganu dan merasai pengalaman percutian bersejarah. Kampung Budaya Terengganu ini juga merupakan platform terbaik untuk anak-anak muda mengenali sebahagian dari tradisi nenek moyang mereka kerana selain dapat merasai kepelbagaian suasana masyarakat di Terengganu, terdapat juga permainan dan peralatan tradisional yang tidak pernah dilihat oleh generasi hari ini.
Lapan elemen penting dalam warisan sejarah Melayu Terengganu dipamirkan iaitu Rumah Bujang Berserambi atau Istana Tengku Nik; Rumah Limas Belanda; Rumah Bujang Berpeleh; Rumah Bujang Berserambi Selasar; Rumah Limas Bungkus atau Istana Tengku Long; Galeri Pelayaran; Rumah Nelayan dan Laman Warisan, Kampung Budaya Terengganu turut menempatkan dua perahu besar tinggalan sejarah. Setiap elemen tersebut, mempunyai identiti yang sinonim dengan setiap daerah di Terengganu dan diuruskan oleh pejabat daerah masing-masing yang digelarkan 'bapa angkat'.
Selain pameran rumah asal tradisional negeri, pengunjung kampung budaya itu juga akan turut disajikan dengan pelbagai demonstrasi dan aktiviti kesenian negeri seperti demonstrasi pembuatan laksa Terengganu menggunakan alat tradisional 'kebok' dan sukan rakyat sepak bulu ayam.
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi merangsang minda kanak-kanak, aktiviti outdoor sememangnya amat digalakkan. Ini kerana anak kecil dapat meneroka banyak perkara ketika melakukan pelbagai aktviti yang mampu merangsang otak, tenaga dan pergerakan mereka meneroka perkara baru.
Sesuai dengan itu, Fanpekka yang terletak di dalam pusat membeli belah Aeon Mall Tebrau City adalah lokasi sesuai ibu bapa membawa anak-anak melakukan aktiviti mampu merangsang minda mereka.
Mempunyai keluasan seluas 27,500 kaki persegi, taman tema berkonsepkan edutainment yang direka dengan konsep dari Finland (salah satu negara yang sistem pendidikannya terbaik di dunia), ini dijadikan sebagai taman tema permainan generasi akan datang bagi ibu bapa dan anak-anak kecil.
Taman permainan Fanpekka ini dipisahkan menjadi 4 kawasan utama di mana kanak-kanak dapat belajar melalui permainan agar sesuai dengan minat dan keperibadian mereka sambil mempromosikan aktiviti fizikal, cara menyelesaikan teka-teki dan belajar melalui permainan ‘role-playing’.
Jadi tatkala mak ayah pergi bershoping, bawalah anak-anak ke sini untuk mereka mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup mereka.
Orang kata bercuti di Rome, Itali antara yang best dan memuaskan untuk menikmati pemandangan di sana.Namun perlulah bersedia dan jaga-jaga dengan pickpocket, boleh dikatakan...