Healing Ke Jogjakarta Bersama Geng, Ketahui Bajet, Makanan Dan Tempat Menarik

Share

Ada banyak tempat menarik di Jogjakarta dan tidak keterlaluan jika dikatakan masyarakatnya bijak memanipulasi keindahan alam sekitarnya dengan membina pelbagai struktur binaan yang dikhususkan untuk paparan dalam media sosial.

Ada beberapa lokasi yang wajib dikunjungi jika mahu merakamkan pemandangan indah dari atas bukit. Jom baca perkongsian daripada Puan Maznah Abdul Jalil baru-baru ini, lengkap!

Healing Ke Jogjakarta Bersama Geng

Saya nak kongsikan detail trip ke Jogjakarta termasuk budget, itineary, kisah perjalanan dan contact number ground pakej. Ini bajet untuk 6 orang.

Tiket flight – RM3000
Pakej – RM3420
Makan – RM500
Shopping & Sourvenir – RM500
Total – RM7420
Seorang – RM1237

Itinerary Dan Kisah Travel 4 Hari 3 Malam

Hari 1 :

Gerak dari KLIA jam 3.00 petang. Sampai Airport Jogjakarta jam 5.00 ptg. Dan masa dekat Jogja pulak lambat 1 jam. Selepas sampai di airport driver kami dah siap tunggu dgn pegang kertas nama.

Selepas jumpa driver, kita terus masuk van nak teruskan perjalanan ke hotel. Sebelum tu juga driver ada beritahu kalau airport Jogja sudah pindah dari bandar ke Kulonprogo, ambil masa Satu jam setengah sampai bandar.

Sampai malam jadi singgah dinner dulu. Driver recommend untuk dinner di Waroeng Spesial Sambal (SS), rupa-rupanya di kedai ini ada 34 jenis sambal. Jadi kita order lah macam-macam sambal biar boleh raso-raso. Muka semua merah padam sebab pedas. Tapi sedap!

Kita pun ada order ikan bakar, ayam, jus nangka dan telor bakar yang sedap Semua dalam Rp 295.000 atau dalam RM100. Ya, tak habis pun RM100 untuk makan 6 orang sampai kenyang sangat.

Selepas makan kita terus check in dan rehat, sebab esok driver ajak keluar awal biar tak rushing.

Hari 2 :

Mula perjalanan menuju Goa Pindul. Untuk pakej yang sudah kita bayar Goa Pindul sudah include, tapi disebabkan di sini ada banyak aktiviti, kita add on aktiviti mencabar Off Road guna jeep 4X4 di Sungai Oya.

Betul-betul mencabar dan adventure betul. Memang best sebab jeep masuk dalam sungai sampai basah baju. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Selepas aktiviti Off Road, sambung pula aktiviti di Goa Pindul, mula pula aktiviti masuk sungai guna tayar, sorang satu tayar macam pelampung. Memang best dan layan sungai dalam Goa Pindul. Selepas settle aktiviti di Goa Pindul kami terus pergi ke Pantai Timang.

Sebelum sampai, driver suggest untuk order siap-siap, biar sampai terus tinggal makan. Disebabkan dekat kawasan Pantai Timang ini susah nak cari kedai makan, driver cakap kita kena makan lobster, sebab ini favourite tourist bila datang ke sini. Betul lah, bila sampai je lobster terus dah terhidang. Memang sangat menyelerakan dan kuah lauknya sangat sedap.

Selepas makan, terus guna jeep pula lagi ke Pantai Timang, tak jauh mana pun, dalam 15 minit tapi jalannya sangat offroad.

Sampai di Pantai Timang, terus disambut ombak besar, driver cakap bulan 7-8 angin dari Australia tengah kuat. Sebab itu ombak dekat Pantai Timang pun kuat, Pantai Timang laut hindi dan pemandangannya sangat indah.

Dekat pantai timang, kami pergi ke seberang guna gondola. Sebetulnya kasihan tengok warga tempatan yang tarik manual guna tali, tapi bila tak naik diaorang tak ada kerja.

Ini adalah salah satu sumber rezeki diaorang dari aktiviti travelling ke sini. Jadi kena reda. Menggeletar kaki dan memang best menyeberang Pantai Timang.

Sampai dekat seberang, ada pulau kecil Pantai Timang, rupanya dah ada local guide yang bantu siap-siap kita ambil gambar dan video. Memang power semua guide dekat sini, dia bagi tau semua spot nak bergambar.

Bila pergi guna gondola, baliknya kami guna jambatan, biar boleh rasa semua. Ikut jambatan lagi kecut perut sebab rasa panjag pula. Dengan ombak kuat dan cantik.

Lepas settle aktiviti di Pantai Timang, kami balik ke bandar Jogja. Sepatutnya sebelum sampai bandar kami pergi Heha Sky View, tengok view malam bandar Jogja dari atas. Tapi jalan jem, tak sempat pulak nak pegi, sebab ada maintenance jalan.

Dinner pulak driver recommend makan kat Bakmi Jawa, dia cakap biar boleh rasa pengamalan makanan wong jowo. Memang sedap!

Malam tu kami layan live band dan suara diaorang memang padu.

Hari 3 :

Mula awal pagi dalam jam 7.30 terus ke Merapi Tour. Kemudian terus naik jeep dan disajikan dengan sisa-sisa letusan gunung berapi. Lepas itu melawat muzium di situ.

Lepas itu kami terus ke Plaosan Temple. Reka bentuk temple sangatlah cantik. Driver suruh kami jadi model dan apa lagi mulalah aksi bergambar.

Lunch pula layan makan daging wagyu di Auce. Murah gila. Baru dalam RM35. Tapi janganlah expect daging premium ya. Daging wagyu level biasa tapi oklah untuk memenuhi perut di kala lunch. Steamboat pun ada.

Lepas tu, sambung pulak melantak aiskrim gelato di Tempo Gelato yang viral kat tiktok. Ada lebih 50 perasa aiskrim.

Pemandu sambung bawak kami ke kedai ole-ole dan bakpia. Terus bawa ke kilangnya. Memang automatik dapat harga murah dan fresh baked bakpia. Bakpia ni makanan khas jogja yang mmg sedap dan wajib bawak balik. Dia ada banyak perisa. Kami beli perisa cheese dan coklat. Ruginya tak beli banyak masa kat sana.

Sebelum malam, shopping di Malioboro. Dan penuhlah manusia di sini tapi sangatlah happening. Kat sini mmg terlalu banyak kedai jual sourvenir dari yang murah kepada yang kayangan. Batik di Malioboro ni memang buat rambang mata.

Sebelum balik hotel, semua pun dah kembali kelaparan sebab penat shopping. Selepas itu kami try street food kat area Malioboro. Cuba nasi goreng kambing. YSedap!

Tapi tengok cara goreng macam simple. Rasa kayangan, harga kampung. Sambil makan dihidangkan dengan busker area street food ini yang memenuhi kedai kuliner.

Hari 4 :

Lepas breakfast, kami kemas barang semua dan driver dah standby. Kami di bawa ke Taman Sari. Ini adalah tempat refreshing raja. Tempat raja usha gundiknya mandi. Kalau dia berkenan, kesian kat gundik tu kena pick oleh raja. Itulah sejarah ringkas.

Lepas selesai melawat Taman Sari, kami lunch terakhir sebelum berangkat ke airport. Driver bawa kami lunch ke Ayam Penyet Masbudi. Ayam Penyet lagi lah nampaknya. Nasib baik sedap.

Lepas kenyang, gerak ke airport jam 5 petang. Kami tinggalkan Jogja dengan sejuta kenangan manis. Memang nak repeat lagi. Jogja tunggu aku datang!

Sesiapa nak ambil pakej diorang ni boleh contact dia terus. Ini nombor diaorang.
http://www.wasap.my/628174722462

Sedikit pesanan kepada abang driver Marta yang tak penat bercerita pasal keindahan Jogja, memang buat kami kagum. Abang Marta macam professional fotografer. Gambar dan video dia ambil punyalah cantik.

Okay, kalau anda ada plan nak bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, boleh masukkan Jogjakarta sebagai destinasi patut pergi. Selamat berlibur!

Oleh
Nadia