Memilih Villa Bari Loft Terengganu ini seolah-olah anda sampai di negara orang, dengan resort di depan pantai memang akan rasa healing dan syok berdamai dengan alam.
Tempat ini berkonsepkan ala Bali tetapi lebih dekat dan jimat bajet anda sebab lokasinya masih dalam Malaysia.
Sesiapa nak feeling berada di Lombok boleh sangat ke sini. Pemandangan sangat cantik, jalan kaki sedikit sahaja, boleh mandi laut terus.
Suasana Bilik Pun Best
Tahap keselesaan bilik, memang padu. Setiap bilik dilengkapi bathtub dan termasuk sarapan pagi.
Sesuai untuk anda yang nak staycation dengan tenang, suasana kampung, mandi kolam, dan main tepi pantai yang private boleh datang ke sini.
Owh ya, paling best ada pantai privasi untuk anda yang stay sini, tenang sangat! Tengok, selak langsir, terus nampak kolam renang untuk mandi.
Jadi untuk anda yang nak lari dari kesibukan kota, boleh lah healing di Terengganu sambil menyinggah beli keropok lekor. Yang penting kena booking awal, risau penuh.
Lokasi:
Villa Bari Loft, Terengganu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Ciri Travel Charger Yang Wajib Ada Sentiasa Dalam Luggage Bag Anda
Kehabisan bateri smartphone sewaktu travel sememangnya menjadi satu masalah negara lebih-lebih lagi kepada mereka yang tak boleh lekang daripada dunia mayanya.
Tapi tahukah anda? Ada berapa jenis pengecas gadget yang ada? Untuk pengetahuan anda, ada banyak lambakkan charger daripada pelbagai bentuk dan jenama di pasaran.
Yang mana bagus untuk kegunaan melancong? Kerap kali kita lihat ada rakan-rakan kita yang bawa bukan setakat satu gadget, tapi banyak! Kadang-kadang tu bukan setakat rakan-rakan, malah diri kita sendiri pun sama bawa dua tiga gadget sewaktu melancong.
Multiple USB Port
Jadi demi menjimatkan ruang dan mudah untuk kita organize barang-barang, dicadangkan kepada anda untuk bawa charger yang boleh mengecas lebih daripada satu device serentak.
Kebanyakkan charger yang terkini menggunakan port USB. Hanya perlu bawa kepala charger dan extra cable USB untuk mengecas gadget anda.
Itu lebih menjimatkan ruang, masa dan menjamin kesemua gadget yang kita bawa mempunyai bateri yang cukup untuk pengembaraan pada esok hari.
Fast charging
Sekarang teknologi dah semakin berkembang pesat maka keluarlah pelbagai jenis produk terbaik yang ada di pasaran. Anda hanya perlu memperuntukkan beberapa minit dalam sehari untuk mencari dan menggodek semua ecommerce yang ada dalam internet untuk cari pengecas fast charging ni.
Kalau boleh dapatkan pengecas fast charging yang boleh mengecas beberapa peranti sekaligus sebab ia lebih menjimatkan ruang dan masa menunggu untuk peranti anda siap dicas.
Fast charging ni bagi Libur sangat membantu. Anda tak perlu melangok menunggu lama untuk peranti anda 100% fully charge. Teknologi fast charging ni boleh mengecas peranti anda dalam masa singkat sahaja, lebih kurang sejam berbanding semalaman berbanding pengecas biasa.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buru Fajar & Awan Karpet Di Gunung Kerunai / Kenderong
TENGOK SAMPAI BAWAH, ADA VIDEO & GAMBAR CUN!
Kerap saya lihat gambar cantik di puncak Kerunai dan Kenderong; terutamanya video serta gambar matahari terbit dan awan tebal hanya di bawah kaki (awan karpet). Awan di sini tebal dan gebu, mungkin kerana kedudukan kedua-dua gunung ini dilitupi hutan tebal dan berhampiran hutan Royal Belum. Saya berharap hutan ini tidak akan diteroka oleh pembalak atau dijadikan chalet atau resort berhampiran!
Yang rendah ialah si adik Kerunai, yang tinggi si abang Kenderong. Foto: http://renbowlala.blogspot.my
Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai merupakan gunung yang tidak terletak atas mana-mana banjaran. Ia tersergam di kawasan Grik dan boleh di lihat jelas dari pekan Grik jika cuaca cerah dan tidak berkabus. Kedua-dua gunung ini hanya bersebelahan, juga dikenali sebagai K2 Perak atau Kembar Dua. Gunung Kenderong berketinggian 1223M dan Gunung Kerunai berketinggian 1000M dari aras laut.
Gunung Kenderong dikatakan lebih sukar didaki berbanding Kerunai. Untuk ke puncak Kenderong perlu mendaki curam sehingga 60-80 darjah. Ramai pendaki mengatakan ini cabaran terhebat sebelum dapat ke puncak dan menikmati indah ciptaan Allah.
Kedua-dua gunung dilitupi hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Selamat memburu sunrise/sunset dan awan karpet dan bersama jaga hutan kita.
MATAHARI TERBIT & AWAN KARPET DI GUNUNG KENDERONG
Sunrise @ Puncak Gunung Kenderong, Gerik, Perak
Matahari terbit dari puncak Gunung Kenderong, Gerik Perak. Awan tebal cuma bawah kaki.Video: Nora & FriendsFoto : Kenderong Pahat#libur #kenderong #visitperak
Posted by Majalah Libur on Monday, 24 July 2017
Gunung Kenderong terletak di Kampung Pahat mempunyai ketinggian setinggi 1,223 meter (4,012 kaki). Gunung ini pernah terbakar sebanyak dua kali diyakini kerana api perkhemahan yang tidak dipadam sepenuhnya. Harap kita sama beringat tentang ini demi memelihara alam kita.
MATAHARI TERBIT & AWAN KARPET DI GUNUNG KERUNAI
Sunrise & Awan di Gunung Kerunai
Sunrise & Awan Karpet @ Gunung Kerunai. Hayati indah ciptaan Allah & fahami melalui al-quran. LIBUR sokong kempen World #QuranHour 31 Ogos ini. Walau dimana anda berada, luangkan masa anda. Baca,amal,faham.Video: Mohamad Khairullah / Bunny Hikers #libur #QuranHour #kerunai
Posted by Majalah Libur on Monday, 14 August 2017
Gunung Kerunai yang terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,000 meter (3,280kaki).
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saksikan Keindahan Sunset Dari Atas Pokok, Jom Staycation Rumah Hutan Di Rainforest Tree House
Kita sering menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam di pantai. Suasananya ketika itu sangat indah ditambah bunyi desiran ombak. Terasa romantik ditambah kalau pergi berbulan madu. Jika menyaksikan matahari naik dan terbenam itu biasa bagi seseorang, apa kata cuba menikmati keindahan ini di puncak pokok pula. Terasa lebih rare kan.
Dan semua pemandangan indah ini korang boleh lihat kalau bercuti ke Rainforest Tree House yang terletak di Kulai, Johor. Jadi bagi yang tengah merancang ke Johor dan mencari tempat penginapan yang berkonsepkan hutan, inilah lokasi boleh singgah.
Untuk info, Rainforest Tree House merupakan tempat penginapan yang berkonsepkan hutan tetapi ia memberikan value yang sangat menarik. Ianya seolah-olah membuatkan anda berada dalam ‘survival mood travel’. Apa yang lagi menarik, sesetengah biliknya berada di atas pokok. Kalau ada mood gayat, abaikan tapi rugilah kerana viewnya memang berbeza.
Mesti sejuk kan bila nak tidur pada waktu malam. Apabila tibanya pagi, anda boleh menyaksikan terbitnya matahari dan demikian juga pada waktu senja. Part nyamuk memang banyak tapi jangan risau kerana setiap katil disediakan sekali dengan kelambu, di mana anda dapat tidur tanpa sebarang gangguan nyamuk.
Penginapan disini pasti akan memebuatkan anda berasa lain kerana konsepnya yang sangat unik dan menenangkan. Jom ajak rakan-rakan ke sini nanti! Ia bukan saja menawarkan percutian menarik tapi banyak aktiviti boleh cuba termasuk yang suka hiking kerana ia turut ditawarkan. Perjalanan dari Johor Bahru pun tak lama, lebih kurang 40 km saja.
Jadi, bolehlah rancang ke tempat ini ya.
Jalan Air Terjun, Kampung Sri Gunung Pulai, 81000 Kulai, Johor
[WAZE] Rain Forest Tree House
Facebook Page Rainforest Tree House,
https://www.facebook.com/rainforest.treehouse.johor
Instagram Rainforest Tree House,
https://www.instagram.com/rainforesttreehouse/
#RainforestTreeHouse
#TourismJohor
#majesticjohor
#traveljohor
#yokroundjohor
Sumber : Tourism Johor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI