Kalau rasa nak healing di sekitar Selangor, inilah beberapa tempat yang anda boleh tuju. Pasti tenang melihat suasananya, dapat lah hilangkan penat lelah mencari rezeki.
Cukup sesuai untuk anda berdamai dengan alam, pokok-pokok hijau dan ada air yang melengkapkan suasana.
Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Hiking lovers perlu pergi tempat ni! Tasik dia bersih sampai nampak pantulan gambar , memang cantek kalau ambik gambar! Track hiking pon okay dan selamat digunakan. Memang dapatlah tengok viw tasik secara meluas gituw!
Jalan Tali Air 3, Sekinchan, Selangor
Sekinchan memang terkenal dengan sawah padi yang luas dan menghijau. Pemandangan nampak biasa tetapi angin di sini melengkapkan rasa tenang, bunyi burung berkicauan buat macam ada di kampung. Memang relieve stress dan sikit homesick hiks.
Pantai Redang, Sekinchan
Pokok ni merupakan trademark Pantai Redang, daunnya berwarna merah hijau. Unik dan memang cun untuk ootd.
Lot 428, Jalan Kg Pasir Putih, Kalumpang 44100 Kerling, Hulu Selangor.
Anda boleh decide nak tidur dalam khemah atau chalet. Chalet cantik dan reka bentuk yang menarik! Siap boleh BBQ. Apa yang best, sambil mandi tu dapat lah layan nature
di sekeliling.Jadi antara salah satu tempat sekitar Selangor ini, anda nak pilih yang mana? Nanti boleh ajak keluarga santai-santai ke sini.