Datang Chalet Su Terengganu pun dah puas hati, tak perlu healing sampai ke Bali sebab sini pun dah dapat rasa suasana macam itu.
Siapa sangka ada hidden chalet di tepian pantai yang sangat cantik macam ini serendah RM69 sahaja satu malam.
Healing Di Chalet Su Terengganu, Tempat Berkonsepkan Ala Bali
Buka pintu bilik, terus nampak ombak pantai. Memang sesuai bagi anda yang sukakan kedamaian angin laut.
Chalet Su merupakan chalet seaview dan homestay yang terletak di Kampung Rusila, Marang, Terengganu.
Okay, untuk harga bilik aircond bermula dari RM69 sahaja. Terdapat pelbagai jenis bilik dari Single hingga Group.
Tempat ini menawarkan Pakej 3H 2M termasuk day Pulau Kapas serendah RM 269 seorang.
Kemudahan lain seperti pantry PERCUMA, BBQ Pit PERCUMA dan parking yang sangat LUAS.
Kalau anda jenis suka OOTD, sesuai sangat lah ke sini, sebab banyak tempat SELPIE.
Pakej lain ada Day Trip ke PULAU KAPAS dan pakej CANDAT SOTONG 3h 2M serendah 199 seorang.
Bukan itu sahaja, chalet ni pun berdekatan dengan bermacam-macam kemudahan lain di sekitarnya dengan jarak antara 10meter – 1km. Sangat dekat.
Batik & kraftangan Melayu
Dobi Adamina
Spa untuk wanita
Kedai runcit
Keropok lekor
Cili Hijau Kitchen
Cuma 15 minit dari pusat bandar dan tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu.
Ada 24 jenis bilik dengan pelbagai saiz. Jadi, pilih ikut selesa dan berapa jumlah orang yang mahu duduk.
Lokasi:
Alamat: Chalet Su, A1545, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelancong Asing Mati Selepas Terjun Dari Tingkat 4 Lapangan Terbang
Seorang pelancong Rusia cedera parah selepas dia memanjat tembok kaca dan lompat dari tingkat empat terminal penumpang di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand.
Jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Col Kritsana Patanacharoen berkata, Mikhail Sinitsyn, 44, ditemui cedera parah di tingkat dua selepas jatuh pada pukul 1 pagi Isnin. Dia dikejarkan ke Hospital Samitivej Srinakarin, tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi hari yang sama.
Kritsana berkata, Sinitsyn tiba dari Vietnam dan selepas melalui kaunter imigresen, dia berjalan ke tingkat empat lalu memanjat telefon awam yang terletak di sebelah dinding kaca sebelum terjun ke bawah. Dinding kaca tersebut dipasang berikutan berlakunya beberapa kes pelancong asing melakukan cubaan bunuh diri sebelum ini.
Kritsana berkata pihak polis belum mengenalpasti motif mangsa membunuh diri tetapi akan melakukan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan kedutaan Rusia di Thailand telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Sumber: The Nation
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Morocco Negara Jingga
Kehebatan negara Timur Tengah tidak bisa dipertikaikan. Selain kaya dengan sumber galian seperti minyak, negara-negara Arab ini turut terkenal dengan keunikan bentuk muka buminya. Antara negara yang menjadi pujaan ramai adalah Morocco atau lebih indah dengan panggilan Maghribi.
Menara Masjid Tertinggi Dunia
Morocco termasuk negara terkenal dengan dengan panggilan bumi Andalusia. Walaupun muka buminya yang kering kontang, negara ini semakin mendapat kunjungan ramai pelancong dari serata dunia kerana keindahan, keunikan dan kemewahan senibina hiasannya.
Morrocco cukup berbangga dengan bandar terbilangnya, Casablanca. Antara bandar yang terbesar di negara ini. Di sini anda dapat melihat suasana bandar dan cara hidup penduduknya. Antara mercu tanda yang terkenal adalah Masjid Sultan Hassan II yang merupakan masjid terbesar di daerah ini dan ke tujuh terbesar di dunia.
Keunikan masjid ini terletak pada ketinggian menara iaitu 210 meter. Ketinggian menara ini merupakan yang tertinggi di dunia dan dilengkapi dengan pancaran laser menghadap ke arah Mekah. Kebiasaannya, apabila menghampiri senja, di sekeliling kawasan masjid ini akan dipenuhi oleh penduduk dan pelancong yang bersantai sambil melihat keindahan masjid yang tersergam indah di tepi laut.
Buat pengetahuan semua, hampir ke semua masjid di Morocco hanya membuka pintunya kepada jemaah apabila azan berkumandang dan menutup pintu masjid kembali apabila solat berjemaah selesai. Ini kerana mereka sangat menjaga kebersihan dan kesucian tempat beribadat masjid dari dicemari oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab seperti gelandangan.
Senibina Bercirikan Mewah
Jika anda melihat rumah-rumah penduduk di sini, kelihatan biasa-biasa sahaja. Tetapi permandangan menjadi sebaliknya jika anda memasuki ruang dalam rumah tersebut. Anda pasti terpukau dengan dekorasi dan pancaran lampu-lampu yang menghiasi di sekeliling rumah. Terasa mewah dan bercirikan timur tengah. Maka tidak hairanlah banyak majalah-majalah barat sering meniru gaya dekorasi ala Morocco.
Selain Casablanca, terdapat sebuah lagi bandar yang terkenal iaitu Marrakech. Ia dipanggil dengan gelaran ‘Tanah Tuhan’ dari nama lama iaitu Marakush. Di sini terdapatnya pasar Souk Alkasabine yang popular dengan peniaga-peniaga yang menjual pelbagai makanan tradisional. Antara yang popular, pelbagai kuih manisan bersalut madu, barangan basah dan kering jua jeruk buah zaitun. Tidak ketinggalan jualan barang-barang perhiasan rumah dan cenderamata seperti lampu, periuk, pinggan mangkuk, selimut dan sebagainya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Destinasi Percutian Agro Paling Best Di Selangor, 5 Lokasi Wajib Anda Lawati Nanti!
Negeri Selangor mempunyai banyak destinasi pelancongan agro yang menarik untuk dikunjungi. Bukan setakat untuk lawatan, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini 5 destinasi pelancongan agro terbaik yang boleh dilawati di Negeri Selangor selepas PKPB berakhir:
- MAEPS AGRO TOURISM PARK, SERDANG
MAEPS Agro Tourism Park merupakan taman agro yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang menampilkan keindahan alam semula jadi. MAEPS, Serdang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman di kawasan perladangan dan pertanian. Antaranya ialah “House of Kambing” yang menempatkan haiwan seperti kambing dan menawarkan menu makanan nasi kukus kambing bakar. Selain itu, terdapat juga pelbagai taman pertanian yang membolehkan pengunjung menimba ilmu seperti laman herba, laman padi, laman nenas, laman perikanan, G2G Animal Garden di mana mereka boleh memberi makanan kepada haiwan dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap di Nafas Cube di sini yang berkonsepkan binaan kabin dan tiub.
Bayaran masuk: RM65 tanpa MyKad, RM45 dengan Mykad, RM35 pelajar
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
- TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM
Taman Botani Negara merupakan taman pelancongan agro yang dibangunkan untuk tujuan riadah serta penyelidikan. Taman Botani Negara menampilkan pemandangan alam semula jadi yang hijau, nyaman dan menyegarkan. Taman ini mempunyai tarikan yang menarik khas buat pengunjung, iaitu Rumah Iklim Empat Musim yang terkenal di mana pengunjung akan merasai cuaca musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Namun rumah empat musim hanya akan dibuka semula kepada umum pada suku pertama tahun 2021. Selain itu, terdapat juga taman kaktus, orkid, rempah-ratus, buah-buahan, taman haiwan dan banyak lagi.
Bayaran: RM3 (12-54 tahun) RM1 (kanak-kanak 6-11 tahun), RM1 (55 tahun keatas), OKU percuma
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 4.30 petang)
- SELANGOR FRUIT VALLEY, KUALA SELANGOR
Jika anda merancang untuk bercuti di taman buah-buahan, Selangor Fruit Valley merupakan destinasi yang tepat untuk anda kerana taman ini mempunyai pelbagai jenis ladang buah-buahan tempatan serta anda juga menikmati buah-buahan dengan percuma. Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti yang disediakan seperti petting zoo mini, aktiviti berkayak, ladang rusa, rumah tradisional, ternakan madu kelulut dan banyak lagi. Malah, terdapat juga tanaman buah belimbing, jambu, betik, rambutan dan sebagainya. Selain itu, terdapat kemudahan trem yang boleh dinaiki dan anda akan dibawa ke sekitar kawasan taman ini sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh singgah ke gerai menjual air kelapa untuk beristirahat dan menghilangkan dahaga dengan menikmati air kelapa yang segar.
Bayaran: RM8 (dewasa), RM4 (60 tahun keatas), Rm4 (Oku) dan kanak-kanak (5-12 tahun), percuma (5 tahun ke bawah)
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang)
- FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA, KEPONG (FRIM)
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. Terdapat juga tanaman seperti Rubiaceae (famili kopi), Fabaceace (famili kacang), Euphorbiaceae (famil getah), pokok Keladan yang berumur 116 tahun, pokok Melaka dan banyak lagi. Tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar.
Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung.
Bayaran masuk: Tanpa Mykad (RM5, dewasa), (RM1, kanak-kanak tanpa seragam), (Percuma, OKU dan kanak-kanak berseragam)Mykad (RM1, dewasa), (RM1, 13 tahun keatas), (Percuma, OKU dan kanak kanak pakaian berseragam)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
- KUAN WELLNESS ECO PARK, KUALA LANGAT
Taman Eko Kuan Wellness merupakan salah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati di Negeri Selangor. Pengunjung akan menikmati persekitaran taman yang segar dengan tema pelancongan ekologi semula jadi disertakan dengan aktiviti yang ada di taman ini. Jika melawat ke sini, aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberi makanan kepada haiwan di mini zoo seperti arnab, itik dan burung. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke ladang buah tropika, menyaksikan aktiviti pemprosesan sarang burung untuk dijadikan produk kesihatan dan landskap yang cantik untuk bergambar.
Bayaran masuk: RM3 untuk ruang pameran sarang burung, RM5 untuk mini zoo
Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari)
Sumber & Foto: Tourism Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI