Hati Nak Bercuti Tapi Dalam Kepala Fikir Kucing Dekat Rumah. Nak Buat Macam Mana Ni?

Share

Siapa yang ada bela haiwan kesayangan macam kucing di rumah mesti, risaukan nak keluar bercuti lama-lama? Risau takut nanti kucing tu nak makan apa, kucing tu boring ke tak, selamat ke kucing tu dan macam-macam lagi.

Kalau anda nak tahu, itu semua adalah separation anxiety dissorder (SAD) – anda tak boleh nak berpisah dengan sesuatu yang anda sayang dan dalam konteks cerita ini, haiwan kesayangan. Kalau berpisah, lagi-lagi untuk jarak waktu yang lama, anda akan mula resah, gelisah.

Bila dah resah, gelisah dan bermacam-macam lagi hal yang timbul dalam kepala otak tu, macam mana nak enjoy

percutian kan? Anda bercuti nak enjoy, bukan nak fikir masalah dekat rumah. Tinggalkan semua benda dekat rumah, fokus dengan trip anda dan have fun.

Jadi, Libur nak share kepada pembaca especially yang bela haiwan kesayangan di rumah seperti kucing, macam mana nak tinggalkan haiwan kesayangan anda dengan selamat dan anda boleh menikmati saat-saat indah matahari terbenam di ufuk pantai dengan tenang.

  • Tinggalkan haiwan kesayangan anda kepada pet hotel
    Gardens Animal Hospital

    Hubungi mana-mana pet hotel yang available untuk jaga haiwan kesayangan anda sepanjang masa ketiadaan anda di rumah. Pet hotel ni profesional dalam hal-hal menjaga haiwan kesayangan ni. Makan minum dia terjaga, mandi dia ada orang uruskan dan anda pun tak pening kepala nak memikirkan pasal haiwan kesayangan anda tu. Dalam pet hotel ada ruang tempat untuk haiwan anda bermain dan sebagainya. Tapi kekurangan bila anda hantar haiwan kesayangan ke pet

    hotel adalah kosnya. Siap sediakan wang secukupnya untuk bayar bil pet hotel bila anda dah balik daripada bercuti nanti.
  • Tinggalkan haiwan kesayangan anda pada keluarga atau kawan-kawan

    Anda juga boleh tinggalkan haiwan kesayangan anda tu pada family members atau kawan-kawan anda untuk sementara sehingga anda balik daripada bercuti. Tinggalkan pada family members atau kawan-kawan ni mudah tapi mereka ni bukan profesional dalam bab-bab menjaga haiwan ni dan of course mereka pun ada hal lain yang perlu diuruskan seharian. So mungkin haiwan kesayangan anda tidak mendapat perhatian sepenuhnya compared to pet hotel. Kelebihannya, anda tak adalah perlu keluarkan belanja yang besar, cukup bawa bekal makanan haiwan kesayangan anda itu dari rumah dan tinggalkan di rumah family members atau kawan-kawan anda tadi.

Kalau nak tinggal dekat rumah juga, pakai food dispenser

Itu antara dua pilihan yang ada tapi Libur terfikir satu cara lagi kalau anda tak nak tinggalkan haiwan kesayangan anda di pet

hotel atau di rumah family members atau kawan-kawan. Ideanya adalah pakai food dispenser dan set kan timing makan haiwan kesayangan anda siap-siap mengikut kesesuaian.

Jadi bila tiba waktu makan, haiwan kesayangan anda boleh makan tepat pada waktunya. Cuma.. Standby bekas najis siap-siap untuk haiwan kesayangan anda membuang. Ada banyak petua daripada geng-geng pencinta kucing tapi yang terbaik kalau kita dapat train haiwan kesayangan kita cara-cara untuk membuang najis supaya taklah bersepah-sepah bila kita balik nanti. Haha.

Oleh
Epul