Hati-Hati Tukar Duit Di ‘Money Changer’ Shah Alam! Ada Yang Dapat Duit Palsu Tau

Share

Benda penting kena buat sebelum melancong ke luar negara pastinya menukar terlebih dahulu matawang negara yang ingin dikunjungi.

Orang kata lebih elok tukar awal-awal di negara sendiri agar tidak mudah ditipu atau terlibat dengan apa-apa masalah kelak. Tapi tahukah anda menukar wang di pengurup wang negara sendiri kadangkala boleh juga ditipu?

Oleh itu, perkara paling penting selepas sahaja anda semua selesai tukar duit. Jangan terus berlalu pergi. Sebelum beredar dari pengurup wang atau money changer sila pastikan duit yang anda dapat dari proses pertukaran berada dalam kondisi yang baik. Tidak koyak, berconteng, terlipat-lipat dan paling utama wang tulen.

Mungkin ada yang risau jika duduk periksa duit lama-lama di pengurup wang mungkin akan dijadikan sasaran untuk disamun. Oleh itu, jika anda ke pengurup wang pastikan membawa beberapa orang teman disamping anda ya.

Ini ada perkongsiaan daripada saudara Faidz Ashrofie mengenai kisah duit palsu diterima daripada pengurup wang tempatan. Diharap dapat dijadikan sedikit panduan buat anda semua.

Nak kongsi kes yag berlaku pada salah seorang kakak peserta group yang saya bawa.

Lokasi : Restoran di Granada, Spain
Situasi : Selepas makan, keluarkan duit €50 Euro untuk bayar. Mamat restoran cakap duit yang di bayar adalah DUIT PALSU. Dah test pakai tester pen & kami pun keluarkan semua duit 50 euro yang ada untuk make sure yang test tu valid. Sah duit palsu.


Duit ditukar di money changer di Giant Shah Alam (akak ni cakap dia tukar di 2 kedai di giant tersebut, tak pasti mana satu yang bagi duit palsu). Kalau bawak balik duit tu nak tukar balik belum tentu dia pun nak amik balik. So pesanan, lepas ni tukar duit kena check betul-betul. Hati-hati semua.












Nota kaki:

  • Tak perlu nak kecam or komen "kenapa tak check dulu time tukar dulu"
  • Angpa takyah belagak, rata-rata orang kita tukaq duit terus nak blah cepat sebab takut ada yang tengah mark nak rompak.
  • Nak check duit Malaysia palsu ke tak pun jarang sekali ni kan pulak duit negara orang lain.

Hati-hati semua kaki travel. Mohon di share untuk kebaikkan bersama.

Oleh
Husna