Dicekup dan diheret masuk ke dalam van putih polis Algeria
“Abrar ! Syam kena cekup dengan polis !”
Fikri menjerit dari jauh. Dia menunjukkan ke arah sebuah van putih di sebelah kiri saya. Saya menoleh ke kiri dan melihat salah seorang travel buddies saya sedang dikepit lehernya (neck lock up) oleh seorang arab yang tidak dikenali. Dia diheret masuk ke dalam sebuah van putih.
Sebelum terbang ke sini lagi kami sudah baca dan dengar cerita yang kurang enak dari traveler yang pernah ke Algeria. Negara ini agak tertutup untuk pelancong luar.
Pelancong dari Malaysia pun tidak terlalu ramai ke sini. Kalau ada yang datang pun kebanyakannya datang bersama agensi pelancongan yang besar. Kumpulan kecil backpackers seperti kami ini seolah-olah tidak dialu-alukan.
Permulaan pengembaraan kami di Algeria agak kurang menyenangkan. Saya telah disoal bertalu-lalu oleh pihak Imigresen Lapangan Terbang Algiers.
“Apa pekerjaan kau di Malaysia ?”
“Kau ada kenalan atau tidak di sini ?”
“Kenapa kau datang ke Algeria ? Siapa yang akan bawa kau berjalan-jalan di negara ini ?”
Sebaik sahaja keluar dari Lapangan Terbang Algiers, kami terus bergerak menuju stesen keretapi. Kami perlu beli tiket keretapi petang ini ke Oran, bandar pelabuhan di arah barat laut Algeria. Kemudian kami simpan bagasi di stesen keretapi dan berjalan ke tengah bandar mencari restoren untuk makan tengah hari.
Ads
Ketika sedang makan tengah hari, tiba-tiba dari jauh kedengaran orang ramai bertakbir dan menjerit keras. Makin lama makin hampir. Dan akhirnya kumpulan demonstrasi dan perarakan tersebut sampai ke depan restoren tempat kami makan tengah hari.
Saya pernah menetap di Syria selama beberapa bulan. Kemudian tinggal di Jordan selama 4 tahun ketika melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. Maka saya boleh faham apa yang dilaung oleh peserta demonstrasi tersebut. Secara mudahnya demonstrasi tersebut berkaitan dengan politik setempat negara Algeria.
Darah muda dan sifat ingin tahu kami mula membuak. Kami keluar dari restoren untuk melihat perarakan secara lebih dekat. Secara perlahan-lahan kami mula masuk ke dalam perarakan demonstrasi tersebut untuk rasai pengalaman menarik ini.
Ini kesilapan pertama kami
Ads
Kesilapan kedua pula ketika mana saya bertanya kepada seorang polis yang bertugas adakah saya dibenarkan untuk ambil gambar perarakan ini. Polis tersebut kata tiada masalah. Kami boleh ambil gambar perarakan ini dengan syarat jangan sesekali ambil gambar pihak berkuasa seperti barisan polis dan tentera.
Maka saya dan beberapa travel buddies yang lain keluarkan telefon pintar masing-masing dan mula mengambil gambar suasana sekeliling.
Kemuncak kesilapan kami adalah apabila salah seorang travel buddies kami keluarkan kamera mirrorless beserta lensa yang agak menarik perhatian. Lensa tersebut tidaklah terlalu besar, tetapi cukup untuk menimbulkan persepsi seolah-olah dia jurukamera atau wartawan profesional.
Dia mula ambil gambar dengan menggunakan kamera tersebut. Tidak sampai beberapa minit sahaja tiba-tiba lehernya dikepit oleh seorang pemuda arab. Pemuda tersebut cuma berpakaian biasa seperti orang awam. Dia tidak mengenakan sebarang pakaian atau tanda yang menunjukkan bahawa dia seorang polis atau tentera.
Mujurlah ketika itu saya sempat melihat kejadian ini. Rakan saya ini dan travel buddies yang lain tidak boleh bertutur di dalam bahasa arab. Hanya saya seorang sahaja yang faham dan boleh bertutur bahasa arab.
Ads
Saya terus berlari membelah lautan para pendemonstrasi untuk dapatkan rakan saya tersebut. Maka polis yang bertugas turut ‘sumbat’ saya masuk ke dalam van putih. Saya terus teringatkan video kanak-kanak palestin yang diheret masuk ke dalam van putih oleh tentera dan polis Israel. Perasaannya lebih kurang begitu.
Saya cuba tenangkan rakan saya ini. Kemudian saya jelaskan kepada polis tersebut bahawa kami hanyalah pelancong yang datang untuk melihat tempat menarik di sini. Saya jelaskan juga bahawa kami berani ambil gambar kerana sudah dapatkan keizinan dan kepastian dari polis yang bertugas. Polis tersebut tidak memperdulikan alasan yang diberi.
Setelah beberapa minit berada di dalam van putih, kami dibawa ke balai polis berdekatan. Ketika ini saya sudah pasrah jika terpaksa dihantar pulang ke Malaysia. Daripada disumbat ke dalam penjara dan diberi hukuman berat, lebih baik kami terus pulang ke Malaysia walaupun belum sempat melihat tempat menarik di sini.
Kami mula disoal-siasat oleh dua orang polis. Salah seorang polis tersebut mungkin berpangkat lebih tinggi dari seorang lagi. Bagaikan sedang melihat filem aksi barat, saya rasakan kedua polis tersebut sedang melakukan peranan good cop bad cop.
Good cop bad cop merupakan salah satu tektik psikologi yang diguna oleh pihak berkuasa ketika melakukan interogasi. Salah seorang polis akan berkelakuan kasar dan paksa pesalah jawab soalan dengan betul. Manakala seorang lagi polis akan berkelakuan agak lunak dan seolah-olah bersimpati dengan pesalah.
Proses interogasi berjalan hampir 45 minit. Kami ditanya soalan bertalu-talu mengenai tujuan utama kami ke sini. Saya dapat rasakan bahawa polis tersebut mengesyaki kami ini bekerja sebagai wartawan antarabangsa.
Saya cuba bertenang dan jawab soalan dengan berhati-hati. Kedua-dua polis tersebut tidak pernah ucapkan perkataan wartawan atau media. Maka saya ambil jalan selamat dengan tidak menyebutnya juga.
Setelah berpuas hati dengan jawapan yang kami beri, akhirnya pihak polis membebaskan kami. Kedua-dua polis tersebut minta kami bawa mereka berjumpa dengan travel buddies yang lain. Kesemua gambar passport kami diambil dan kami terus dihantar ke stesen keretapi.
*
Anda boleh baca banyak lagi cerita, inspirasi dan tip travel di sini :
https://www.mytravelxperts.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasi paling popular dalam rantau Asia Pasifik yang menjadi pilihan untuk dikunjungi pelancong. Paling best, di Kuala Lumpur ini ada beberapa tempat yang menjadi wajah sesuatu kaum tetapi boleh dikunjungi semua orang tidak kira bangsa samada Melayu, Cina atau India.
Pasar Seni
Dibina pada tahun 1888, Central Market berfungsi sebagai sebuah pasar yang basah yang menjual barangan untuk pedagang dan pelombong bijih timah pada masa itu. Ia kemudiannya berkembang pada tahun 1895 dan sekali lagi pada tahun 1920, 1921, dan akhirnya kepada saiz hari ini pada tahun 1933. Pada tahun 1986, Central Market sekali lagi diubahsuai. Kali ini ia tidak lagi menjadi pasar basah dan telah ditukar menjadi pusat seni dan budaya serta pusat membeli-belah.
Ia adalah tempat terbaik untuk menyaksikan budaya, seni dan kraf Malaysia. Pelbagai barangan dijual di sini, termasuk kraftangan, cenderamata dan hasil seni pada harga yang berpatutan. Pengunjung juga berpeluang menghasilkan potret mereka di sini sambil mencuci mata di sepanjang Jalan Kasturi bersebelahan Pasar Seni untuk melihat dan membeli cenderamata.
Brickfields (Little India)
Brickfield atau dikenali sebagai Little India oleh masyarakat tempatan telah dibangunkan oleh Yap Kwan Seng yang merupakan Kapitan Cina Kuala Lumpur ke lima dan yang terakhir. Sebagai seorang ahli perniagaan beliau telah menjangkakan peningkatan permintaan untuk batu-bata di Kuala Lumpur. Maka beliau telah menubuhkan kawasan penghasilan batu-bata yang dipanggil Brickfield.
Brickfields juga turut digunakan sebagai depoh utama untuk Keretapi Tanah Melayu (KTM) sewaktu pentadbiran British. Pihak berkuasa British membawa masuk orang-orang dari India untuk bekerja dengan keretapi. Ramai yang tinggal di kuarters di sekitar Brickfields. Sejak itu, masyarakat India telah hidup dan kekal di sini dan menjadi warganegara Malaysia.
Oleh kerana masyarakat India yang besar, bilangan kedai-kedai dan restoran yang menjual barangan dan kuih-muih India telah berkembang sejak beberapa tahun yang lalu. Malah, kawasan itu terkenal dengan pelbagai hidangan asli masyarakat India seperti Nasi Daun Pisang. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan, pakaian dan lain-lain. Menjelang perayaan Deepavali, kawasan ini menjadi tumpuan untuk membeli-belah.
Petaling Street (Chinatown)
Petaling Street sangat popular bagi pelancong yang ingin mendapatkan barangan berbentuk cenderamata, pakaian, barangan elektronik dan barangan kulit pada harga yang berpatutan. Bagi yang gemar masakan Cina, di sini juga merupakan lokasi terkenal untuk menjamu selera.
Saban hari, Petaling Street tidak akan sunyi daripada pelancong asing dan juga pengunjung tempatan untuk membeli-belah. Jangan lupa untuk tawar-menawar harga barangan yang dijual peniaga di sini, jika anda bernasib baik, anda akan memperolehi dengan harga yang cukup berpatutan.
Jalan Bukit Bintang
Jalan Bukit Bintang ialah kawasan tumpuan ramai pelancong dan warga kota untuk membeli-belah dan sumber hiburan yang masyhur di Kuala Lumpur. Tidak dapat dinafikan bahawa Bukit Bintang adalah salah satu kawasan beli-belah utama di Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai jenis barang-barangan untuk memenuhi segala citarasa dan kemampuan berbelanjaan. Buat si ’kaki shopping’ membeli-belah sepuas-puasnya di kawasan segi tiga emas ini. Pasti anda rambang mata untuk memilih barangan atau pakaian yang berkenan di hati. Bagi yang gemar berhibur pada malam hari, Bukit Bintang antara destinasi yang tidak pernah tidur dan sunyi dek kunjungan orang tempatan dan juga pelancong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesekali berkumpul bersama keluarga atau teman-teman memang seronok. Berborak, makan-makan dan buat aktiviti bersama tentu dapat mengeratkan lagi siraturahim yang sedia ada.
Namun kadang buntu kat mana nak dijadikan lokasi untuk berkumpul. Kalau dapat tempat yang cantik, dekat dengan alam pasti dan cukup menenangkan tentu semua teruja.
Gerimis Senja Villa yang terletak tidak jauh dari kotaraya Kuala Lumpur, antara pilihan buat anda yang sedang mencari lokasi sesuai untuk berkumpul.
Private villa yang diilhamkan oleh seni bina Bali di dalam hutan. Tempat percutian yang unik dan eksotik ini menggabungkan elemen reka bentuk tradisional Bali dengan keindahan semula jadi hutan.
Villa ini menampilkan ruang tamu terbuka. Menggunakan bahan semula jadi seperti kayu dan batu, dan landskap subur yang menggabungkan ruang dalaman dan luaran dengan menarik.
Mempunyai 3 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 10 orang, ada banyak kemudahan lain yang boleh anda nikmati apabila menginap di sini.
Bagi mewujudkan suasana yang tenang dan santai, penggunaan cahaya semula jadi dan pengudaraan yang mencukupi menjadi keutamaan buat pengunjung yang menginap di sini.
Kemudahan
3 Bilik Tidur
1 bilik tidur utama di tingkat bawah (1 katil queen) >
1 bilik tidur single di tingkat bawah (1 katil single) >
1 bilik tidur utama di tingkat atas (1 katil queen + 1 katil sofa) + 5 tilam tambahan (Termasuk Bantal dan Selimut)
3 bilik air & 1 tab mandi luaran
Dapur kering dan basah (set dapur lengkap)
Kolam infiniti (Infiniti pool)
Mesin basuh
Tempat Letak Kereta Disediakan (Maksimum 5 Kereta Sahaja)
Ruang rehat/TV (Astro disediakan)
Kawasan merokok
BBQ Pit (perkakas BBQ + arang disediakan)
Pingpong (bat dan bola disediakan)
Permainan Papan (atas permintaan, deposit diperlukan)
Carrom
Karaoke mudah alih
Memang sesuai nak berkumpul dengan keluarga atau teman-teman. Nak sambut harijadi, buat bridal shower pun sesuai dekat sini.
Alamat: Gerimis Senja Villa, Hulu Langat, Selangor
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Situasi bandar dan jalan yang kosong merupakan pemandangan biasa ketika ini di dunia apabila perintah berkurung dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19.
Haiwan dan binatang di dunia seakan mengerti apa yang berlaku ketika ini dan mengambil kesempatan untuk hidup dalam keadaan lebih bebas tanpa kehadiran manusisa.
Di Afrika Selatan, jalan raya yang sunyi dan lengang di sebuah taman negara menjadi ‘port lepak’ beberapa ekor singa berbaring dengan selesa di atas jalan raya. Kemungkinan, kumpulan singa ini mengambil tempat tersebut apabila lama tidak kelihatan pelancong yang datang.
Menurut portal CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan memaparkan sekumpulan singa itu juga langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar.
Twitter rasmi Kruger National Park berkata, singa berkenaan biasanya tinggal di Taman Kontrak Kempiana, iaitu kawasan yang tidak dapat dilihat pelancong. Jurucakap taman tersebut, Isaac Phaahla berkata, singa berkenaan biasanya tidak akan baring di atas jalan kerana akan ada kereta yang melintas dan mereka akan berlari ke semak-samun.
Kruger visitors that tourists do not normally see. #SALockdown This lion pride are usually resident on Kempiana Contractual Park, an area Kruger tourists do not see. This afternoon they were lying on the tar road just outside of Orpen Rest Camp. 📸Section Ranger Richard Sowry pic.twitter.com/jFUBAWvmsA
Namun berbeza dengan keadaan ketika lockdown di Afrika Selatan, kumpulan singa ini kelihatan selesa berbaring di jalan tar luar Kem Orpen Rest. Mereka mungkin ingin menikmati tempat-tempat yang biasanya dipenuhi dengan pelancong.
Jurucakap taman negara itu turut berpesan kepada orang ramai agar berwaspada dengan kawasan tersebut kerana ia merupakan kawasan yang sangat liar dan hidupan liar akan lebih aktif tanpa kehadiran manusia.