Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika, Vamco yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Hati-Hati Penduduk Di Kawasan Tumpat Kelantan, Ribut Tropika Vamco Dijangka Melanda Hari Ini Hati-Hati Penduduk Di Kawasan Tumpat Kelantan, Ribut Tropika Vamco Dijangka Melanda Hari Ini

Dalam kenyataannya bertarikh 15 November 2020, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 1,390 kilometer (km) ke Timur Laut Tumpat, Kelantan.

Ads

Vamco adalah ribut paling berbahaya melanda Filipina tahun ini. Ribut itu membunuh sekurang-kurangnya 67 orang di pulau utama, Luzon sejak beberapa hari lalu dan menjejaskan kira-kira 1.7 juta penduduk di seluruh negara itu. Ribut Vamco turut membadai Vietnam semalam dengan merosakkan bangunan-bangunan dan mencederakan sekurang-kurangnya lima orang. Ribut itu tiba di daratan dan membawa angin selaju 90 kilometer sejam yang mengakibatkan pokok tumbang serta bumbung kediaman tercabut.

Hati-Hati Penduduk Di Kawasan Tumpat Kelantan, Ribut Tropika Vamco Dijangka Melanda Hari Ini
Foto: cnn.com

Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 315 km ke Barat Laut Danang, Vietnam dan bergerak ke arah Barat Barat Laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j). Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 km/j.

Ads

Oleh itu ambil langkah berwaspada buat penduduk yang berada di kawasan berhampiran. Jaga diri dan amalkan keselamatan diri.

Ads

Hati-Hati Penduduk Di Kawasan Tumpat Kelantan, Ribut Tropika Vamco Dijangka Melanda Hari Ini

image via google | Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI