Bila sebut Chow Kit, ramai yang tahu kawasan sekitarnya adalah syurga bagi mendapatkan barangan murah pada harga borong. Baik pada yang mahu membeli pelbagai jenis makanan basah sampai kering hinggalah mendapatkan barangan untuk jualan kerana di Chow Kit ada GM Plaza yang merupakan tempat tumpuan pembeli kecil-kecilan untuk mendapatkan harga borong di lokasi tersebut. Lebih best, di Chow Kit juga ada port makan nasi kandar yang cukup terkenal iaitu Nasi Kandar Kudu selain Nasi Kandar Yassin yang hanya sebaris sahaja.
Manakala kalau sebut soal Bukit Bintang, ia syurga membeli belah dan port terbaik untuk dijelajahi kerana di lokasi ini juga adalah syurga beli belah bagi anak muda. Bagi pengunjung luar yang mungkin pertama kali mahu menuju ke dua lokasi ini menggunakan kenderaan sendiri, ada sesuatu yang korang kena alert terutama perubahan jalan seperti diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi melancarkan lagi lalu lintas dua kawasan terbabit yang sememangnya sudah biasa sesak.
Menurut info dari DBKL, bermula 20 Disember 2020 (Ahad), kenderaan yang melalui Jalan Sultan Ismail dari arah Bukit Bintang menuju ke Jalan Raja Laut untuk menghala ke Chow Kit tidak lagi dibenarkan membelok ke kanan di Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan Raja Laut.
Pemandu dikehendaki menyusur kiri menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan seterusnya melalui Jalan Dang Wangi atau Jalan Esfahan dan terus ke Jalan Raja Laut untuk ke Chow Kit.
Pemandu dikehendaki berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda di lokasi.
Jadi bagi korang yang mungkin first time nak ke dua-dua lokasi itu, sila alert dengan perubahan jalan ini ya agar tidak tersesat nanti apabila sudah sampai ke sana.
Apa pun, jom kita support pelancongan domestik kita yang mulai hendak naik kembali.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI