Kepada anda yang plan nak ke luar negara, please take note yang anda perlu berhati-hati dalam berkongsikan apa-apa di media sosial masing-masing sebab, ada kemungkinan sesuatu negara yang anda lawati itu akan memeriksa setiap media sosial kepunyaan anda.
Sebagai contoh untuk anda yang nak mohon visa ke Amerika Syarikat (AS), anda perlu senaraikan kesemua platform media sosial yang anda ada sebelum permohonan visa boleh diteruskan.
Penguatkuasaan peraturan baharu ini selaras dengan langkah pentadbiran Donald Trump untuk memperketatkan tahap keselamatan untuk pelancong atau imigran masuk ke negera itu.
Semua ini adalah atas dakwaan faktor keselamatan, sekiranya anda didapati berkongsikan sesuatu yang mempunyai unsur-unsur keganasan dan sebagainya, permohonan anda untuk melawati sesuatu negara itu mungkin dibatalkan.
Selain daripada senarai platform media sosial, anda yang didapati berisiko tinggi terhadap faktor keselamatan juga perlu mengemukakan alamat email dan butiran nombor telefon yang pernah anda miliki sebelum ini.
Peraturan baharu itu, menurut laporan daripada Associated Press (AP), akan menjejaskan lebih kurang 710 ribu pemohonan termasuk anda yang ingin ke sana atas tujuan pendidikan atau perniagaan.
Semua permohonan visa baru ke AS perlu menyenaraikan semua nama akaun media sosial mereka yang terkini sehingga lima tahun yang lepas seperti akaun Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, TikTok, WeChat, Weibo dan sebagainya.
Selain daripada itu, anda yang didapati mempunyai risiko tinggi perlu menyenaraikan semua nombor telefon, alamat email, maklumat perjalanan, termasuk maklumat mengenai keluarga terdekat sekiranya mereka ada terlibat dengan aktiviti keganasan.
Kalau anda ingin pergi ke AS dan mahu membuat permohonan visa ke sana, pastikan anda mempunyai maklumat yang disenaraikan di atas untuk mengelakkan kelewatan dalam proses permohonan visa.