Hati-Hati Dengan Ancaman Obor-Obor Sewaktu Anda Beriadah Di Pantai Perairan Selat Melaka

Share

Ramai yang suka mandi-manda di kawasan pantai lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Kalau diberikan peluang, memang galak mereka bersuka ria mencari keseronokan. Malah, orang dewasa pun tak kurangnya juga, pasti ada sahaja yang akan mencuri kesempatan untuk beriadah di kawasan pantai.

Tapi anda harus berhati-hati dengan ancaman obor-obor yang dijangka pada bulan Mei ini kerana kajian pakar mendapati, fenomena peningkatan populasi obor-obor dijangka berlaku sekitar waktu itu.

Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai menjangkakan peningkatan populasi obor-obor itu akan berlaku di kebanyakkan pantai di perairan Selat Melaka.

Beliau juga menambah bahawa kawasan pantai berhampiran kawasan pantai di Pulau Pinang antara yang dijangka menerima kehadiran paling banyak obor-obor tersebut.

Kehadiran spesis obor-obor itu adalah berpunca daripada peningkatan suhu air laut yang disebabkan oleh faktor cuaca yang panas. Oleh demikian, demi mengelakkan keseronokan mandi pantai bertukar menjadi tragedi ngeri, pengunjung dinasihatkan supaya berhati-hati dengan makhuk kecil itu.

Renjatan obor-obor mampu membunuh

Dr. Tan turut menjelaskan bahawa renjatan yang dihasilkan ribuan obor-obor mampu untuk membunuh ikan yang ada di dalam sangkar penternakan, memenuhi jaring dan menyengat nelayan sewaktu menarik jaring dan menyebabkan saluran paip stesen janakuasa tersumbat.

Tahun lepas, berlakunya peningkatan populasi spesis obor-obor sekitar bulan Mac dan meningkat pada April dan Mei sebelum menurun pada bulan Jun. Dr. Tan menjangka fenomena tersebut akan berulang kembali pada bulan Mei tahun ini sambil menambah bahawa perairan di Sabah kini sudah menunjukkan tanda-tanda kehadiran obor-obor yang banyak.

Jadi kepada anda yang ingin beriadah mandi pantai dan sebagainya, hati-hati dengan makhluk kecil dipanggil obor-obor ni ya. Jangan tengok dia macam comel, rasa nak pegang-pegang. Kena sengat nanti baru tahu.

p/s: ya, budak-budak selalu nak pegang benda tu. Tolong perhatikan gerak-geri anak-anak anda.

Sumber: The Star Online

Oleh
Epul