Perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Perak amat mencabar mental dan fizikal kami yang pergi dalam satu kumpulan seramai lapan orang. Bermula dengan laluan ladang kelapa sawit dan suasana sekeliling yang gelap membuatkan perjalanan cukup mencabar.
Seawal jam 5 pagi kami sudah bertolak bagi memastikan perancangan untuk sampai ke puncak sebelum matahari naik.
Dek kerana melalui ladang kelapa sawit, cahaya bulan yang mengambang tidak dapat menyinari laluan kami kerana dihalangi dengan pelepah pokok sawit. Mengambil masa hampir 30 minit akhirnya kami sampai ke penghujung ladang sawit.
Dari situ kami meneruskan pendakian di kawasan batu kapur pula. Pemilihan kasut sukan amat penting kerana untuk memelihara kaki daripada kulit melecet atau pun tergeliat.
Laluan kawasan batu kapur juga bagi kami begitu sukar kerana jalannya yang tidak rata dan terpaksa mendaki sedikit.
Setelah merintangi laluan kawasan batu kapur, kami menyeberangi sungai kecil untuk misi sampai ke puncak Gunung Semanggol. Tidak dapat dinafikan bunyi cengkerik di sekeliling amat menenangkan di tambah pula dengan suhu yang dingin, memberi semangat kepada kami untuk menawan gunung.
Ads
Hayati keindahan alam
Sewaktu perjalanan ada salah seorang daripada ahli kumpulan mengalami keletihan kerana laluan yang penuh ranjau. Mujurlah keperluan seperti air dan gula-gula telah di bawa kerana kami tahu keperluan ini amat penting ketika misi mendaki gunung atau bukit.
Walaupun kami semua telah bersedia dari awal, keadaan yang tidak dijangka ini tidak dapat dielakkan untuk aktiviti lasak seperti ini.
Bagaimanapun ketika di pertengahan perjalanan, ada satu lagi laluan yang amat mencabar berbanding laluan yang dilalui sebelum itu. Keadaan permukaan tanah yang licin membuatkan kami perlu sama-sama bertolak ansur.
Ads
Nasib kami agak baik kerana ada disediakan tali. Hal ini kerana tanah yang begitu licin mencabar permukaan tapak kasut untuk mengimbangi badan kami.
Sewaktu dalam perjalanan itu juga, kami dapat melihat binatang seperti kelip-kelip yang menyinari di suatu sudut kawasan. Sungguh perasaan ini merasa nikmat kebesaran Tuhan Yang Maha Kuasa.
Pada jam 6.30 pagi kami solat dipertengahan jalan dan seterusnya kami meneruskan perjalanan dan sampai ke puncak gunung setinggi 390 meter kira-kira jam 7 pagi.
Di atas puncak gunung, kami dapat melihat keindahan alam ciptaan ALLAH yang begitu menakjubkan. Dapat melihat matahari terbit antara yang paling dinantikan. Bukan sahaja suasana sekeliling sahaja yang mendamaikan tetapi kehijauan alam begitu mengasyikkan.
Ads
Bahkan kami dapat melihat kawasan sawah padi dan kampung yang berdekatan dari atas dan ia betul-betul membuatkan kami begitu teruja.
Walaupun ini hanyalah aktiviti yang singkat buat kami, terpancar kepuasan di wajah masing-masing setelah penat mengharungi perjalanan selama dua jam untuk sampai ke puncak.
Pastinya aktiviti lasak ini akan diteruskan lagi di lokasi yang berlainan kerana bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tetapi meningkatkan stamina.
————————————————————————
Perkongsian pengalaman oleh pembaca Sinar Harian, Mohamad Zulfazdli Mohamad Hisam
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menara Jam yang berdiri gah di bangunan Stadthuys, Bandar Hilir merupakan mercu tanda dan lokasi pelancongan utama di Melaka.
Menara Jam yang berdenting setiap jam itu merupakan antara kawasan zon teras yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Melaka sebagai satu daripada negeri yang terpilih bagi menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM 2020).
Pada tahun ini, Menara Jam tersebut telah pun berusia 134 tahun. Ia menjadi rujukan masa di lokasi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkumpul di sekitar Menara Jam bagi merakam gambar kenang-kenangan
Fakta Menara Jam Melaka
**media[138628]**
Menara Jam ini berketinggian 50 kaki dibina pada 1886.
Menara Jam Melaka atau lebih dikenali sebagai Menara Jam Tan Beng Swee dibina kira-kira 61 tahun selepas penyerahan wilayah Melaka dari Belanda kepada British.
Usia Menara Jam jauh lebih muda daripada bangunan pentadbiran penjajah Belanda, Stadthuys yang dibina pada 1650.
Jamnya tidak pernah dibiarkan berhenti kerana sejak bertahun-tahun ia dijaga dengan rapi termasuk mencuci, menservis dan menguji setiap komponen bagi memastikan ia terus menjadi rujukan masa untuk 134 tahun lagi atau lebih lama.
Menara Jam ini menjadi lambang kasih sayang antara keluarga kerana ia dibina oleh seorang anak yang mahu memenuhi permintaan bapanya. Menurut sejarah, Menara Jam itu dibina oleh Tan Jiak Kim seorang dermawan Cina Peranakan yang mahu menunaikan hajat mendiang bapanya Tan Beng Swee yang mengimpikan sebuah Menara Jam di tengah bandar Melaka ketika hayatnya masih ada. Selepas pemergian Tan Beng Swee, terbinalah Menara Jam di bangunan Stadthuys berhampiran Queen Victoria's Fountain, Muzium Budaya Cheng Ho dan Christ Church.
Setiap empat muka jam berdiameter 34.5 sentimeter (cm), berangka roman dan jam berkenaan diimport khas dari England.
Kemudian pada 1982, keempat-empat jam itu diganti dengan jenama Seiko dari Jepun, sehingga mencetuskan kemarahan kebanyakan penduduk warga emas di sekitar Melaka dek kerana terkenangkan keperitan mereka hidup pada zaman penjajahan Jepun.
Menara Jam yang turut terkenal dengan nama Jam Besar Bangunan Merah Bandar Hilir ini menggunakan voltan 24 volt itu turut dilengkapi dengan sistem kedudukan sejagat (GPS) berperanan untuk mendapatkan waktu masa yang tepat.
Selain itu, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, jam ini dipasang sistem bunyi burung pemangsa yang beroperasi setiap 45 saat, kemudian berhenti selama seminit bertujuan menghalang burung liar seperti gagak dan merpati hinggap serta membuang najis di sekitar Menara Jam itu.
Servis pada Menara Jam ini dilakukan pada sebelah malam bermula sekitar 9 malam dan tempoh siapnya adalah bergantung kepada kerosakan yang berlaku pada Menara Jam itu.
Salah satu tarikan pelancongan terkenal di Itali adalah gondola Venice. Tidak lengkap percutian ke Venice jika tidak cuba menyusuri sungai menaiki gondola sambil didendangkan dengan nyanyian pengemudi bot.
Foto: marako85-iStock
Aktivti ini kembali meluncur ke Grand Canal pada minggu lalu selepas negara itu melonggarkan ‘lockdown’ atau perintah berkurung yang dikenakan untuk mengekang penularan COVID-19. Negara Itali merupakan negara yang mempunyai kes COVID-19 dan kematian yang tinggi pada Mac lalu.
Dengan memakai t-shirt berwarna biru dan putih bersama topeng muka dan sarung tangan, pengendali gondola membantu penumpan menaiki kapal di mana pita turut digunakan untuk menanda tempat duduk bagi mematuhi penjarakkan sosial.
Photo by ANDREA PATTARO / AFP)Foto: AFP via Getty Image
“Ini adalah berita baik. Ia menunjukkan keinginan semua orang untuk kembali menjalani kehidupan normal secepat mungkin tanpa mengabaikan langkah berjaga-jaga,” kata Giovanni Giusto, pegawai perbandaran untuk Perlindungan Tradisi.
Gondola lebih kecil yang sering dihiasi secara tradisional dan digunakan untuk membawa pelancong di sekitar bandar utara Itali dijangka kembali ke perairan pada 3 Jun 2020 depan selepas penduduk dari Kesatuan Eropah (EU) dibenarkan masuk ke Itali.
Hanya dengan menggunakan Google Earth, pengguna boleh melihat sendiri lokasi atau destinasi di atas muka bumi dari pandangan atas atau 3D.
Maka tidak hairan jika pengguna menemui pelbagai lokasi aneh, unik atau menakjubkan yang lain daripada kebiasaanya. Ada imej-imej yang dirakam tidak dapat dijelaskan secara logik dan diterima akal. Namun percayalah, ini semua tanda kekuasaan yang Maha Kuasa.
Will, seorang ahli geologi dari New Orleans menjadikan Google Earth sebagai hobinya dimasa lapang untuk mencari imej menarik di setiap lokasi di dunia. Dia boleh menghabiskan sehari suntuk masa terluang hanya berada di hadapan komputer, semata-mata untuk menjelajah peta dunia di Google Earth.
Ini antara koleksi gambar unik dan menarik di seluruh dunia yang diambil dari Google Earth berjaya dikesan Will.
Douglas, Arizona
The Rio Grande River pintu masuk ke Gulf of Mexico
Rumah Api di The Great Lakes
Tombigbee River di Alabama (USA)
Kawasan Marina Milwaukee, Wisconsin (USA)
Tasik Lac a l’Eau Claire
Penobscot Bay, Maine, USA
Ayyakum Lake, Tibet
Kawasan ladang di Texas
Pointe du Hoc, Normandy
Kawasan Ladang Tebu Louisiana, USA
Laut Dalam Wadden Sea of Denmark
Brazil
Netherlands
Pos Kawalan Laut di Amsterdam
Taman Athabasca Sand Dunes Provincial (tasik membeku) dan Tasik Athabasca, Saskatchewan ( tasik tidak membeku) dipisahkan dengan sebatang Sungai William.
Fort Morgan, US
Glasier Alpine di SE Alaska
Gunung Berapi Great Rift Valley di Tanzania
Punjab province of India
Gunung Berapi Wilayah Kamchatka Di Russia
Isolated Island, Jerman
Ontario, CA
Mt. St. Helens, gunung berapi di Great Rift Valley
Lokasi kapal selam Jerman dibom British tahun 1944
Kawasan paras air tinggi dan rendah di Pantai Normandy
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...