Sesiapa yang berkeinginan nak pergi ke Bali, Indonesia mestilah kena ambil tahu serba sedikit mengenai sosio budaya masyarakat di sana. Baru betul dipanggil kaki travel sejati!
Jadi entri ini Libur ingin kongsikan kepada anda mengenai Hari Raya Nyepi. Mesti anda tak pernah dengarkan mengenai Hari Raya Nyepi ni kan?
Hari Raya Nyepi ni kalau anda nak tahu, ia adalah sambutan tahun baru bagi masyarakat Hindu di sana. Kan majoriti penduduk Bali adalah beragama Hindu, jadi Hari Raya Nyepi ini adalah salah satu perayaan yang penting untuk mereka.
Asal usul Hari Raya Nyepi ini adalah daripada aliran ajaran agama Hindu dan mengikut kepada takwim Saka yang bermula sejak tahun 78 masihi lagi.
Sesuai dengan namanya, ‘nyepi’ ini diambil daripada perkataan sepi, sunyi atau senyap
? ? ?
Kenapa kena sunyi dan senyap pula? Ha sebabnya, tujuan utama sambutan Hari Raya Nyepi ini adalah untuk memohon kepada tuhan agar menyucikan
Buwana Alit (alam manusia) dan Buwana Agung (alam semesta).Tak ada bas, teksi, beca atau apa sahaja termasuk penerbangan! ? ? ? ✈️
Jadi sepanjang perayaan dijalankan, semua aktiviti harian akan dihentikan sama sekali termasuk la perkhidmatan awam seperti pengangkutan malah penerbangan! Cuma perkhidmatan hospital sahaja yang dikecualikan. Yela kalau dah sakit pening nanti mana nak cari doktor kan kalau bukan hospital?
Hari Raya Nyepi ini akan berlangsung dalam beberapa fasa sebelum acara kemuncaknya. Ianya terbahagi kepada empat iaitu Melasti, Tawur Kesanga, Nyepi dan, Ngembak Geni.
Proses spiritual dalam usaha mensucikan alam semesta daripada segala kekotoran dan kejahatan dari perbuatan jahat selama setahun yang dipenuhi iri hati, nafsu, amarah dan pelbagai lagi sifat negatif manusia.
Upacara ini akan dianjurkan oleh pihak kuil dengan membawa segala bawang kelengkapan suci ke pantai atau denai kerana air laut atau air denai dianggap suci yang dipercayai boleh membersihkan segala pencemaran dalam diri manusia dan alam semesta.
Fasa ini akan memfokuskan kepada penyelarasan daripada lima unsur alam dan diri manusia. Dengan adanya penyelarasan itu, manusia akan dibantu dengan suasana kondusif untuk bermeditasi di fasa seterusnya. Fasa ini akan dilaksanakan sehari sebelum hari
Nyepi.Diibaratkan macam belunkas dalam kepompong kerana mereka akan mengasingkan diri di fasa ini. Fasa ini adalah fasa kemuncak di mana penganut hindu akan bermeditasi merenungi diri, berevaluasi, imbas kembali dan berinteraksi kepada diri sendiri dalam usaha untuk memperbetulkan semula jalan hidup. Selain itu, fasa ini akan dilaksanakan dengan melakukan empat disiplin dalam kehidupan iaitu mengawal sifat marah,
Menyepi diibaratkan bagaikan kepompong yang mengisolasi diri. Tahapan ini merupakan kegiatan utama nyepi yang intinya merupakan renungan, evaluasi, kilas balik, serta intropeksi diri.
Nyepi dilaksanakan dengan melakukan empat rukun iaitu
Ini adalah fasa yang terakhir di mana penganut hindu akan saling bermaaf-maafan dengan semua orang yang mereka jumpai dengan redha dan tulus ikhlas.
Ha lebih kurang macam tu la Hari Raya Nyepi yang disambut di Bali, Indonesia. Ada apa-apa persamaan atau perbezaan tak dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri di negara kita?