24 hari lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan seterusnya melaksanakan ibadah berpuasa. Sebulan kemudian sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma.
Ramai yang teragak-agak apakah ‘status’ perayaan tersebut akan datang. Adakah masih ada peluang untuk berhari raya tahun ini seperti tahun-tahun yang sudah? Atau masing-masing beraya sahaja di dalam rumah sendiri.
Ini jawapan untuk anda.
Rakyat perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya ingin kembali kepada kehidupan biasa dan seterusnya membolehkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi disambut.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persoalan sama ada PKP fasa kedua yang akan berakhir 14 April ini disambung untuk fasa seterusnya atau tidak hanya bergantung kepada kepatuhan rakyat dalam tempoh 14 hari mulai hari ini. Ramai yang bertanya:
“Saya tahu ramai rakyat yang ingin kembali kepada kehidupan biasa. Tuan puan yang boleh memastikan tiada PKP ketiga, keempat, kita boleh berhari raya seperti biasa (atau tidak) adalah tuan dan puan sendiri. Jika kita terus mematuhi setiap arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan, saya percaya perkara tentang ketakutan kita untuk sambungan PKP tersebut akan dapat kita selesaikan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian