Ada masanya teringin sangat nak makan juadah dari Penang yang memang terkenal Sebagai syurga makanan. Nasi kandar Hameediyah, Mi Goreng Sotong Hameed Pata, jeruk Pak Ali antara yang sering menjadi pilihan pengunjung ke Pulau Mutiara ini.
Tapi kekangan masa dan faktor jarak yang agak jauh menyukarkan kita untuk realisasikan hidangan tersebut. Namun jangan risau kena ada berita baik untuk korang yang berada di Lembah Klang, platform penghantaran makanan airasia Super App bakal memulakan perkhidmatan unik untuk kawasan terpilih di Lembah Klang yang membolehkan pengguna menikmati juadah terkenal dari Pulau Pinang diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu.
Pilihan makanan termasuk pilihan menu halal daripada Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, jeruk campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih Nyonya daripada Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe.
Dimasak segar dan dihantar terus ke Lembah Klang
Semua pesanan makanan akan dimasak dan disediakan terus dari kedai sebelum diterbangkan mengikut protokol kebersihan yang ketat dari Pulau Pinang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minggu, dengan caj penghantaran berpatutan hanya RM5.99 setiap pesanan.
Tempahan akan ditutup pada jam 5 petang sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan.
Pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan kegemaran mereka sehingga 30 hari lebih awal.
Ketua Serantau airasia food, Tan Suan Sear, berkata Malaysia terkenal dengan kepelbagaian juadah makanannya yang digemari dunia dan ada yang sanggup untuk merantau jauh untuk memenuhi keinginan mereka.
“Kami berhasrat untuk memenuhi keinginan anda dengan mudah sehingga ke hadapan pintu rumah dengan pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar ini.
“Sebagai sebuah platform penghantaran makanan yang berada dalam ekosistem yang sama dengan rangkaian penerbangan luas AirAsia, kami berbangga untuk memperkenalkan sesuatu yang unik dalam industri penghantaran makanan iaitu membawa hidangan dari seluruh dunia kepada anda.
“Selain itu, matlamat kami adalah untuk memberi peluang kepada peniaga tempatan memanfaatkan ekosistem airasia untuk mencapai khalayak yang lebih luas serta memperluas khidmat penghantaran ke luar negeri kerana mereka dapat mempromosikan produk mereka kepada jutaan pengguna aktif airasia Super App di seluruh rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.
So lepas ni kalau craving je boleh terus order kat airasia Super App ni. Barulah surrrrr!
Sumber: BH Online