Industri pelancongan terutama perhotelan kembali bernyawa susulan kerajaan membenarkan rakyat melancong di dalam negara bermula 10 Jun 2020 ini selepas hampir tiga bulan terhenti akibat pandemik Covid-19.
Pengumuman kerajaan yang membenarkan aktiviti pelancongan domestik dilakukan mampu menjana semula sektor berkenaan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Ketika ini, banyak kempen dan promosi telah dilakukan oleh pemain industri dengan memberi tawaran harga yang lebih baik untuk menarik pelancong domestik.
Kebanyakkan rakyat Malaysia juga dilihat mengambil kesempatan untuk merebut peluang harga penginapan murah ini yang ditawarkan untuk tempoh sepanjang tahun ini dan ada juga untuk tempoh yang lebih panjang kira-kira setahun dari sekarang.
Ads
Ada juga yang masih was-was untuk mula melancong dalam masa terdekat ini, tetap masih tetap bersama-sama membantu industri pelancongan dengan membeli pakej penginapan untuk digunakan pada masa yang sesuai.
Oleh itu, diharap pemain industri telah kembali bersedia menerima kehadiran pelancong domestik dengan menyediakan kemudahan penginapan yang sesuai dengan normal baru. Setiap hotel, resort atau inap desa harus meningkatkan tahap kebersihan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan agar keyakinan rakyat kembali meningkat.
Ads
Antara penginapan yang kini sedang giat membuat promosi:
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahap pencemaran udara turun mendadak, udara semakin bersih dan jarak penglihatan semakin baik di utara India.
Menariknya, Pergunungan Himalaya dapat dilihat dari jarak 200km buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun. Banjaran Himalaya tersebut dapat dilihat dari beberapa bahagian di India, selepas tahap pencemaran menurun susulan arahan perintah berkurung bagi mengekang penularan COVID-19.
Seramai 1.4 bilion rakyat India diarah berkurung selama 21 hari untuk menghentikan penyebaran Covid-19, sekali gus menyebabkan kilang-kilang ditutup dan jalan raya lengang.
Di kawasan seperti Punjab, di Utara India, penduduk memuat naik gambar banjaran gunung Himalaya dari jarak 201 kilometer yang menampakkan puncaknya. Keadaan itu mengejutkan penduduk, dan kebanyakan mereka memuat naik gambar di laman sosial masing-masing.
Nama Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga kembali disebut-sebut sejak kebelakangan ini, selepas sekian lama tenggelam disebabkan tidak lagi menjadi destinasi pelancongan terkenal negeri Pahang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Pekan, Pahang, dahulunya sinonim dengan bunga teratai memenuhi permukaannya, namun keindahannya dikatakan mula terhakis akibat aktiviti penerokaan tanah secara haram dan perlombongan.
Terbaru, Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil langkah untuk mewartakan tasik semula jadi, Tasik Chini, sebagai sebuah taman negeri yang baharu dan kawasan hutan simpan bagi menjadikannya sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pilihan pelancong termasuk dari luar negara.
Kerajaan negeri akan menghentikan aktiviti perlombongan dan pembalakan di sekitar Tasik Chini bagi membolehkan aspek pemulihan berlangsung. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, juga bersetuju Tasik Chini yang terkenal dengan legenda naga dan keindahan bunga teratai sebelum ini diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal supaya ia terpelihara. Langkah untuk mewartakan kawasan ini perlu dilakukan supaya alam sekitar ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang, dalam keadaan yang baik dan semula jadi tanpa dicemari aspek pembalakan atau perlombongan.
Usaha ini yang bermula sekarang, membolehkan orang ramai dijangka dapat kembali menikmati keindahan Tasik Chini dalam tempoh 10 hingga 20 tahun. Dasar khas sudah dibuat tahun lalu dan kini kita memasuki peringkat pelaksanaan dengan keutamaan untuk mengekalkan status tapak rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selain menjadikannya destinasi pilihan untuk ekopelancongan.
image via google & Tourism Malaysia | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang inginkan suasana yang santai, dan unik, pilihan resort atau hotel terapung atas air menjanjikan pengalaman berbeza buat seisi keluarga.
Ini ada idea penginapan atas air yang boleh anda pilih untuk percutian seterusnya.
1. Grand Lexis Port Dickson
Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di sini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Grand Lexis antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.
2. Lexis Hibiscus Port Dickson
Seperti Grand Lexis, Lexis Hibiscus juga menyediakan kolam renang dalam setiap bilik yang ditawarkan. Ia menjadi tarikan utama yang sangat istimewa buat tetamunya. Dari pandangan atas, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka. Kala senja, sorotan lampu pada setiap vila menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong dalam negara malah seluruh pelosok dunia. Air pancut setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau pada waktu malam sangat mempesonakan dapat disaksikan pada waktu malam.
3. Pangkor Laut Resort
Terletak di Pulau Pangkor, Perak, untuk sampai ke resort ini pengunjung perlu menaiki bot laju yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Resort ini juga sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu bersama dengan yang tersayang.
4. Avani Sepang Gold Coast
Penginapan ini terletak di Sepang, dan terasa cukup mewah dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang disediakan. Dikelilingi pemandangan laut yang indah terutama pada waktu matahari terbenam.
5. Avillion Port Dickson
Resort yang terletak di Port Dickson ini bukan sahaja menawarkan kemudahan spa, sauna dan kolam renang, malahan, anda juga boleh melawat ladang rempah-ratus dan melihat pelbagai spesies burung. Reka bentuk di sini juga sangat unik umpama berada di lokasi luar negara.
6. Mabul Water Bungalow
‘The best dive bases in the world,’ itulah jolokan yang diberikan kepada tempat penginapan yang terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah ini. Kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam atau snorkel sangat menyeronokkan. Bilik-bilik di Mabul Water Bugalow juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional, tapi tetap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.
7. Pom Pom Island Resort
Terletak di Pulau Sipadan, lebih kurang 50 minit daripada jeti Semporna, resort ini merupakan tempat pemuliharaan penyu selain menawarkan pemandangan yang sangat indah kepada para penginap. Dari jeti resort anda dapat melihat penyu dan pelbagai spesis ikan dengan begitu jelas. Kalau suka aktiviti yang mencabar, boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.
8. Sipadan Kapalai Water Village Resort
Sipadan Kapalai Water Village terletak di Semporna, Sabah. Reka bentuk penginapan ini berkonsepkan reka bentuk rumah masyarakat Bajau. Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, menyelam dan snorkel.
9. Berjaya Langkawi Resort
Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini pilihan terbaik jika berkunjung ke Pulau Langkawi.
10. St Regis Langkawi
Berkonsepkan hotel mewah di Langkawi, St Regis menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. Terletak berdekatan dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, serta dikelilingi keindahan laut Andaman yang memukau. Hotel ini menyediakan aktiviti air yang menarik seperti snorkeling dan scuba diving untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!