Harap-Harap Nasib MAPS Tak Sama Macam Mimaland

Share

Selepas beberapa siri berita ‘penutupan sementara’ tular mengenai taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), akhirnya ia telah ditutup secara rasmi. MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.

Taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu dikatakan ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tidak pasti adakah taman tema di Perak ini akan berfungsi kembali atau hanya tinggal kenangan seperti apa yang terjadi kepada taman tema gah Mimaland pada suatu ketika dahulu.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young. Menurut notis itu, segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali.

Ketika notis penutupan dikeluarkan ramai pengujung MAPS tidak tahu mengenai hal tersebut. Ada yang masih datang di hadapan pintu utama MAPS kerana telah membeli tiket secara atas talian atau agen merasa kecewa kerana tidak berpeluang beriadah bersama keluarga.

Holidaymakers making the oppurturnity in coming to the Asia’s first animation theme park MAPS that opened today.RONNIE CHIN/The Star

Seramai 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta pula susulan notis penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) dikatakan akan diberi pampasan.

Harap-harap, MAPS kembali muncul memeriahkan industri pelancongan akan datang. Sayanglah, baru berusia setahun jagung dengan kos pembinaan jutaan ringgit sudah ditamatkan operasinya.

Oleh
Husna