Tahun baru 2020 genap usia Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang ke 25 tahun atau Jubli Perak.
Pejam celik-pejam celik sahaja dah ‘anak dara’ atau ‘anak teruna’ usia Putrajaya ini. Apa memori menarik yang anda semua pernah ada di Putrajaya?
Sempena tahun bersejarah Jubli Perak Putrajaya, kemeriahan sambutan berkenaan akan diraikan sepanjang tahun 2020 dengan pelbagai acara, program serta pengisian yang dibawakan khas bermula Januari 2020 ini.
Kalau tidak tahu hendak ke mana pada cuti hujung minggu, bawa keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang berjalan-jalan di Putrajaya!
Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Perak Putrajaya disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Putrajaya, Presint 3, iaitu tokoh bertanggungjawab membuka Putrajaya pada 25 tahun lalu.
Kemuncak sambutan adalah pada 29 Ogos 2020 yang mana Kapsul Masa ditanam sendiri oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 1995 iaitu 25 tahun lalu akan dikeluarkan dan dibuka.
Menerusi ucapan ringkasnya, beliau melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan menyaksikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang mencecah usia 25 tahun.
Jangan lupa singgah Putrajaya sepanjang tahun ini!
Antara destinasi menarik di Putrajaya
Perdana Putera dan Seri Perdana
Tasik Putrajaya
Dataran Putrajaya
Cruise Tasik Putrajaya
Astaka Morocco
Jambatan Seri Wawasan
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
G2G Animal Garden
Alamanda Putrajaya
IOI City Mall Putrajaya
Icescape Ice Rink
District 21
Flyboard
Taman Cabaran Putrajaya
Taman Saujana Hijau Putrajaya
Taman Ekuestrian Putrajaya
Taman Putra Perdana Putrajaya
Kompleks Sukan Air Putrajaya
Monumen Millennium
Dataran Gemilang
Masjid Putrajaya dan Masjid Besi
Taman Botani Putrajaya
Taman Wetland Putrajaya
Skyrides Festivals Park