Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan (PKPP) sebelum ini, Pulau Langkawi merupakan destinasi percutian yang mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik.

Hanya Sekali Sehari Perjalanan Feri Ulang Alik Ke Langkawi Ketika PKPB Hanya Sekali Sehari Perjalanan Feri Ulang Alik Ke Langkawi Ketika PKPB

Namun, setelah hampir semua negeri dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) ketika ini pusat pelancongan ini turut terkesan walaupun berada dalam zon hijau. Disebabkan itu perjalanan feri ulang alik bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dihadkan kepada satu perjalanan sehari sahaja hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat.

Ads

Sebelum ini beberapa syarikat pengendali feri, Konsortium Ferry Line Ventures telah memohon kebenaran untuk mengurangkan jumlah perjalanan feri harian melibatkan kedua-dua laluan tersebut dan permohonan itu telah dihantar ke ibu pejabat untuk kelulusan. Jabatan Laut Malaysia telah meluluskan permohonan operator feri tersebut. Pihak operator juga telah memohon untuk menghentikan operasi melibatkan laluan Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dalam tempoh PKPB. Permohonan ini juga telah diluluskan dalam tempoh PKPB, perjalanan feri penumpang dari Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dihentikan operasi.

Ads

Hanya Sekali Sehari Perjalanan Feri Ulang Alik Ke Langkawi Ketika PKPB Hanya Sekali Sehari Perjalanan Feri Ulang Alik Ke Langkawi Ketika PKPB

Ads

image via google

  • Bermula PKPB lalu, hanya satu perjalanan sehari bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Kedah-Langkawi akan beroperasi.
  • Perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah dijadualkan pada 10 pagi, manakala feri dari Kuala Kedah ke Langkawi pada 5 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI