
Ada berita baik untuk kaki travel! Bermula awal Februari 2019 lalu, perkhidmatan Rapid KL Airport Shuttle Service telah diperkenalkan untuk kemudahan penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa 1 dan 2 (KLIA & KLIA2). Tambang serendah RM10 untuk perkhidmatan (Kombo-Rail dan Bas) terus ke lapangan terbang pilihan merupakan promosi baru yang diperkenalkan kepada umum.
Jadual waktu perjalanan bas bermula seawal jam 6.30 pagi dan akan tamat pada jam 10.30 malam. Kekerapan bas sedia untuk dinaiki sekitar 30 minit sekali. Buat permulaan hanya perkhidmatan sahala sahaja yang beroperasi iaitu dari Hentian Putra Height ke KLIA atau KLIA2. Tiada sebarang perkhidmatan dua hala dari KLIA atau KLIA2 ke Hentian Putra Heiht buat masa ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak RapidKL.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kafe Ruma Puteh, Berkonsep Taman Minimalis. Port Baru Tengah Bandar Kl, Buat Kaki ‘Insta-Worthy’!

Bagi mereka yang suka mengambil gambar, tidak sah kalau pergi ke mana-mana destinasi menarik tanpa merakamkan gambar kenangan. Tidak kiralah walaupun sekadar makan di port menarik.
Pastinya jadi acara wajib selfie atau swafoto, lagi-lagi kalau pergi dengan geng buddies untuk di muat naik di media sosial masing-masing.
Jika anda ke Kuala Lumpur jangan lupa untuk singgah ke Ruma Puteh, sebuah kafe baru yang ‘insta-worthy’ menanti kunjungan kaki selfie.
Menerusi perkongsian di Surgaroute memberitahu Ruma Puteh, sebuah rumah yang terletak berdekatan Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya. Kemudian, tempat ini telah diubahsuai menjadi kafe yang sangat instagrammable!
Kafe ini membawa konsep taman di bahagian luar dan dalam serta membawa elemen minimalis. Persekitaran menarik menjadi tarikan utama pengunjung yang datang ke sini.
Sesuai dengan namanya, kafe ini menggunakan warna putih sebagai warna tema tetapi cukup menarik untuk dipandang.
Memang sangat sesuai untuk aktiviti santai dan perjumpaan bersama rakan dan keluarga tak kira siang ataupun malam.
Anda boleh memilih untuk mengambil tempat duduk di bawah pohon di bahagian luar dan dikelilingi kehijauan , ataupun tempat duduk di bahagian dalam yang menyediakan penghawa dingin.
Apa yang pastinya setiap sudut kafe ini sangat cantik dan sesuai dijadikan latar belakang gambar instagram anda.
Untuk menu, mereka menyediakan masakan tempatan dan juga masakan barat. Antara yang wajib dicuba adalah Lontong Darat dan Nasi Kerabu Puteri Saadong.
Alamat:
Ruma Puteh, 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kredit Gambar : Heartpatrick , Eat Drink KL , Muhd Saiful Ismail Woon
Artikel Berkaitan:
5 Tasik Lombong Di Malaysia Ini Jadi Port Instagramable Anak Muda. Tapi Berwasapada Ya!
‘Pulau Instagrammable Penang’. Kaki OOTD Mesti Puas Hati Ikut ‘Round Trip’ Pulau Jerejak Seharian
‘Pulau Instagrammable Penang’. Kaki OOTD Mesti Puas Hati Ikut ‘Round Trip’ Pulau Jerejak Seharian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pahang Larang Aktiviti Mendaki, Memancing & Berkelah Sehingga 20 Januari 2020

Buat kaki hiking yang mempunyai perancangan untuk mendaki di kawasan sekitar Pahang dalam masa terdekat ini, lupakan sebentar. Anda dilarang sama sekali untuk meneruskan aktiviti tersebut.
Kerajaan negeri mengeluarkan peraturan larangan bagi aktiviti mendaki bukit, gunung dan riadah di pusat rekreasi di negeri ini sepanjang musim Monsun Timur Laut ketika ini. Peraturan larangan itu berkuatkuasa minggu lalu sehingga 20 Januari 2020 atau satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.
.
Tindakan itu diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini. Pelbagai kemungkinan dan kesan buruk boleh berlaku sekiranya aktiviti ini diteruskan pada musim monsun timur laut. Aktiviti riadah termasuk perkhemahan, mandi-manda, menyelam dan memancing sama ada di kawasan air terjun, tasik dan pantai juga tidak dibenarkan. Ia berikutan kebimbangan berlakunya fenomena kepala air di kawasan air terjun terutama sekali ketika cuaca hujan berlarutan.
.
.
Larangan aktiviti pendakian bukit atau gunung sama ada secara persendirian atau berkumpulan dalam kawasan yang dikawal oleh pihak kerajaan negeri juga tidak dibenarkan.
PBT (pihak berkuasa tempatan) dan jabatan berkaitan diminta meningkatkan aspek keselamatan dan pemantauan terutama pada musim cuti persekolahan. Ia termasuklah langkah meletakkan papan tanda amaran, peringatan dan larangan di lokasi-lokasi terlibat. Sebagai langkah bersiap sedia, cuti pegawai dan kakitangan di negeri ini dibekukan sehingga 20 Januari 2020.
Sumber: Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kadar Tol Jambatan Pulau Pinang Kedua Dikurangkan RM8.50 kepada RM7

Penurunan kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah daripada RM8.50 kepada RM7.00 dijangka dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi kawasan berkenaan.
Kadar tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Sha untuk kereta persendirian telah diseragamkan dengan Jambatan Pulau Pinang bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan jambatan kedua itu.
Langkah untuk merasionalisasi kadar tol jambatan kedua supaya dapat seimbangkan aliran trafik ketika waktu puncak, hujung minggu dan cuti perayaan. Ini kerana biasanya kalau kadar tol untuk jambatan kedua lebih tinggi daripada jambatan pertama, maka lebih ramai akan cenderung untuk guna jambatan pertama.
Penurunan itu, akan turut membawa manfaat sampingan iaitu membawa pertumbuhan ekonomi di kawasan Batu Maung dan Batu Kawan yang kadar pembangunan di kedua-dua kawasan itu masih rendah.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sepanjang 24 kilometer, yang mula beroperasi pada 1 Mac, 2014, merupakan antara jambatan terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI