Pengunjung yang datang ke pantai Amroth di Pembrokeshire, Wales tidak dibenarkan untuk mengutip batu di kawasan berkenaan kerana batu-batuan yang berada di pantai berkenaan adalah benteng yang menjadi pertahanan semulajadi daripada hakisan laut.
Satu papan tanda amaran telah dinaikkan di pantai berkenaan, memberikan amaran bahawa mengalihkan batu-batuan di pantai tersebut adalah satu kesalahan dan sekiranya anda didapati bersalah, anda boleh dikenakan hukuman.
Kesalahan itu termaktub dalam Akta Perlindungan Pesisir 1949 dan pesalah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 kerana menyebabkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan.
Papan tanda tular yang diletakkan oleh individu tidak dikenali di Pantai Amroth, Wales.
Namun, memetik laporan oleh BBC, papan tanda berkenaan sebenarnya diletakkan oleh individu yang tidak dikenali tetapi perkara tersebut telah memberikan kesan positif kerana tiada lagi orang yang mengangkut dan mengalihkan batu-batuan di pantai berkenaan.
Ads
Setahun yang lalu, pantai berkenaan berdepan dengan krisis hakisan laut apabila ada individu tidak bertanggungjawab yang mengangkut dan mengalihkan batu-batuan dalam sekala besar.
Batu-batuan yang terdapat di Pantai Amroth, Wales.
Perkara tersebut tidak dilakukan oleh kanak-kanak yang hanya mengambil sebiji dua batu tetapi dilakukan oleh orang dewasa yang datang menggunakan lori-lori yang besar.
Ads
Rasanya Malaysia pun boleh guna pendekatan yang sama dalam hal-hal menjaga persekitaran alam semulajadi macam yang dilakukan oleh orang-orang di luar negara.
Ads
Yang pertama, denda yang tinggi dan yang kedua, ada individu yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk sama membantu mencegah orang-orang lain daripada membuat kerosakan alam.
Pemandangan Pantai Amroth, Wales. Perhatikan batu-batuan yang terdapat di sebelah kiri gambar.
Libur cadangkan, denda yang tinggi untuk tangan-tangan gatal yang buang sampah merata-rata dekat kawasan rekreasi atau pelancongan ni dan yang kedua, rakam video dan saman dikeluarkan pada kenderaan yang diorang naik. Baru la tak boleh lari. Kan? Boleh ke buat macam tu?
Pelajar dan kakitangan perpustakaan Universiti Canberra Australia berdepan situasi panik apabila diarahkan keluar akibat ‘kebocoran gas’.
Namun pemeriksaan oleh pasukan bomba mendapati bau kurang menyenangkan itu datang daripada buah durian, lapor CNN. Seramai 550 orang diarahkan mengosongkan bangunan itu dalam masa kurang daripada enam minit, sebelum sepasukan bomba tiba untuk membuat pemeriksaan.
Durian atau popular digelar sebagai raja buah nampaknya hanya mendapat tempat di hati masyarakat di Asia. Keunikan rasanya yang manis dan berlemak serta bau yang harum membuatkannya menjadi buah kegemaran rakyat Malaysia. Kalau di Malaysia, apabila bau durian rasa ramai yang datang serbu, bukan larikan diri.
“Mujurlah ia bukan kebocoran gas, hanya bau daripada buah durian,” itu yang ditulis dalam kenyataan pihak perpustakaan di Facebook.
“Pasukan bomba telah selesai membuat pemeriksaan dan berjaya mengesan sumber bau.Kami telah membuat pemantauan dan kawasan itu disahkan selamat,” kata kenyataan dari Australian Capital Territory Emergency Services Agency, yang menambah sebiji buah durian ditemui dalam salah sebuah almari dalam perpustakaan itu.
Ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku.Tahun lalu, perpustakaan di sebuah universiti di Melbourne juga terpaksa dikosongkan akibat bau daripada buah durian yang disangka kebocoran gas. Disebabkan itu, buah durian sudah diharamkan dibawa masuk ke universiti ini melalui kenyataan di laman sosial perpusatakaan ini.
Penanaman cerucuknya bermula pada November 2013. Namun projek pembinaan Menara MAHA setinggi 138 meter di bandar Kuah yang menjadi daya tarikan pelancongan di Langkawi semakin menjadi kenyataan apabila ia hampir siap tahun ini.
Bakal menjadi daya tarikan baru pelancong, terletak di tepi laut dalam kawasan Pekan Kuah, menara MAHA yang mempunyai ketinggian 138 meter ini merupa bangunan pencakar langit yang tertinggi di dalam pulau Langkawi buat masa sekarang ini.
Menara MAHA jugak di reka dengan bentuk yang ikonik yang di pengaruhi oleh corak geometri dan sturktur seni bina islam. Tempat di bawah puncak menara adalah dek permandangan langit dan permandangan laut di sekitar Pekan Kuah.
Selain itu di bahagian paling atas sekali adalah untuk kegunaan telekomunikasi 138M (LEVEL 40), Manakala pada ketingian 102.5M (LEVEL 17) adalah ruang dek permandangan sekitar pekan kuah dan laut. Pada ketinggian 57.5M sehingga 10.5M (LEVEL 10-15) terdapat ruang untuk aktiviti dan komersial, Yang menariknya pada ketinggian 57.8M (LEVEL 8) terdapat ruang restoran (SkyRestaurant) anda juga boleh makan di situ sambil menikmati suasana permandangan yang indah.
Pada 3 tingkat aras bawah sekali terdapat ruang legar, serta kedai menjual pelbagai barang seperti kedai cendera mata, kedai runcit, butik pakaian dan lain-lain lagi. Pada waktu malam anda akan dapat melihat Menara MAHA Langkawi akan dipancarkan dengan cahaya lampu limpah bagi memeriahkan suasana di kawasan menara tersebut. Terdapat juga kawasan dataran di menara tersebut agar pengunjung boleh meluang masa dengan aktiviti riadah. Sumber : Putri Mahsuri/ Langkawi Viral
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negara terapung pertama dunia yang bakal dibangunkan di Lautan Pasifik menjelang 2022 sudah mula menawarkan mata wang kripto yang akan digunakan untuk membeli hartanah di kawasan unik itu.
Rancangan yang diilhamkan oleh pengasas Paypal, Peter Thiel akan menyaksikan pembinaan bandar dengan 300 buah rumah, hotel, restoran dan pejabat di atas kawasan perairan Lautan Pasifik berhampiran Pulau Tahiti.
Pelabur kini boleh mengambil bahagian dalam pembelian mata wang kripto Vayron yang akan dikeluarkan oleh Seasteading Institute untuk mendapatkan hartanah di kawasan itu. Mata wang kripto diperlukan untuk proses pembelian dan pemilikan hartanah, rumah dan beberapa lagi aset di kawasan itu daripada syarikat Blue Frontiers.
Dana yang diperoleh daripada pelabur akan dibahagikan kepada beberapa aktiviti pembangunan melibatkan reka bentuk kejuruteraan zon laut dan pentadbiran awam. Kerja-kerja pembinaan bandar utopia itu akan bermula sebaik sahaja majlis tandatangan perjanjian dengan kerajaan Polinesia Perancis diadakan.
Presiden Seasteading Institute, Joe Quirk memberitahu portal Business Insider, selain misi utama untuk membebaskan manusia daripada ahli politik, pasukannya turut memberikan tumpuan kepada fenomena perubahan iklim dalam merealisasikan rancangan pembinaan bandar tersebut. Kumpulan itu kini melihat pembinaan bandar berkenaan sebagai cara hidup baharu ekoran fenomena peningkatan paras laut yang dijangka melebihi 1.83 meter menjelang akhir abad ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...