Memang seronok dapat berbuka di luar lagi pula dah dua tahun berpuasa dalam pandemik. Tak ada buffet Ramadan nak serbu. Tapi kalau rasa tak nak yang mahal sangat, ini senarai buffet Ramadan bawah RM50. Boleh bawa famili atau berbuka dengan kawan-kawan.
Pejam celik dah hari ketiga umat Islam di Malaysia berpuasa, selain banyakkan ibadat, apa yang seronok adalah juadah di bulan Ramadan. Ada yang dari pagi lagi dah fikir menu apa nak masak atau beli untuk berbuka, ada juga yang mencari buffet murah dan sedap untuk berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan.
Untuk anda yang masih tercari-cari, kami senaraikan buffet Ramadan dengan bajet bawah RM50. Boleh usha mana yang berkenan di hati:
Lokasi: Setia Alam, Selangor
Waktu Beroperasi:6.30pm hingga 9.00pm
Harga: Dewasa RM35
Warga emas RM27
Kanak-kanak 6-12 tahun RM27
5 tahun ke bawah Percuma
Terletak di Banting, Selangor, buffet berbuka puasa di Arfan Station sediakan pelbagai juadah enak daripada masakan melayu sehinggalah kambing bakar dan juga western food. Lebih 40 juadah berbuka menanti korang yang makan kat sini.
Lokasi: Banting, Selangor
Waktu Beroperasi:3hb – 28hb
Harga: Dewasa RM35
Kanak-kanak RM15
Yang suka makan steamboat dan grill bolehlah datang berbuka di sini. Selain menu tersebut, mereka juga ada menu tambahan iaitu sajian kampung dan juga pelbagai aneka kuh muih khas untuk bulan Ramadan. Ada dua slot yang ditawarkan kalau penuh time berbuka, kalau korang ambil slot kedua korang akan dapat 5% diskaun.
Lokasi: Puchong Prima, Selangor
Waktu Beroperasi: 3hb- 30hn
7 pm – 9 pm (SLOT 1)
9 pm – 11 pm (SLOT 2)
Harga: Dewasa RM48
Warga emas RM42
Kanak-kanak RM28 (6-11 tahun)
5 tahun ke bawah Percuma
Menawarkan harga serendah RM48 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak usia 6-11 tahun, Kafe D’Salai menawarkan variasi makanan tradisi melayu yang pastinya sedap untuk korang nikmati ketika berbuka puasa. Ada dua lokasi yang boleh dipilih, sama ada di Anjung Felda, Jalan Semarak atau di Seksyen 13 Shah Alam.
Lokasi: Jalan Semarak, KL & Seksyen 13, Shah Alam
Harga: Dewasa RM48
Kanak-kanak RM28 (6-11 tahun)
Terletak di Cyberjaya, korang boleh makan hampir semua menu hot Pak Ngah Cyber Kopitiam bersama yang tersayang. Paling best ada kambing dan sotong bakar. Tempat bersih dan selesa boleh pilih nak berbuka outdoor ataupun indoor. Ada parking free sejam dekat basement, kalau makan lama sikit kena bayar parking lebih sikit lah.
Lokasi No. 8-1, Galleria @ Cyberjaya, Jalan Teknokrat 6, Cyberjaya
Harga Normal :
-Dewasa RM34.90
-Warga Emas RM24.90 (> 60tahun)
-Kanak Kanak RM19.90 (5-10 Tahun)