Memang seronok dapat berbuka di luar lagi pula dah dua tahun berpuasa dalam pandemik. Tak ada buffet Ramadan nak serbu. Tapi kalau rasa tak nak yang mahal sangat, ini senarai buffet Ramadan bawah RM50. Boleh bawa famili atau berbuka dengan kawan-kawan.

Pejam celik dah hari ketiga umat Islam di Malaysia berpuasa, selain banyakkan ibadat, apa yang seronok adalah juadah di bulan Ramadan. Ada yang dari pagi lagi dah fikir menu apa nak masak atau beli untuk berbuka, ada juga yang mencari buffet murah dan sedap untuk berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan.

Untuk anda yang masih tercari-cari, kami senaraikan buffet Ramadan dengan bajet bawah RM50. Boleh usha mana yang berkenan di hati:

  1. Tujuh Cafe

Hanya Dengan Bajet Bawah RM50, Ini Buffet Ramadan Murah Kat KL & Selangor!Kafe yang terletak di Setia Alam, Selangor ini menawarkan lebih 20 juadah kampung untuk korang nikmati ketika berbuka. Selain itu juga ada terdapat menu-menu lain sebagai pilihan sampingan untuk korang rasa.

Lokasi: Setia Alam, Selangor

Waktu Beroperasi:6.30pm hingga 9.00pm

Harga: Dewasa RM35

Warga emas RM27

Kanak-kanak 6-12 tahun RM27

5 tahun ke bawah Percuma

  1. Arfan Station

Hanya Dengan Bajet Bawah RM50, Ini Buffet Ramadan Murah Kat KL & Selangor!

Terletak di Banting, Selangor, buffet berbuka puasa di Arfan Station sediakan pelbagai juadah enak daripada masakan melayu sehinggalah kambing bakar dan juga western food. Lebih 40 juadah berbuka menanti korang yang makan kat sini.

Ads

Lokasi: Banting, Selangor

Waktu Beroperasi:3hb – 28hb

Harga: Dewasa RM35

Kanak-kanak RM15

  1. Chit Chat Steamboat & Grill

Hanya Dengan Bajet Bawah RM50, Ini Buffet Ramadan Murah Kat KL & Selangor!

Yang suka makan steamboat dan grill bolehlah datang berbuka di sini. Selain menu tersebut, mereka juga ada menu tambahan iaitu sajian kampung dan juga pelbagai aneka kuh muih khas untuk bulan Ramadan. Ada dua slot yang ditawarkan kalau penuh time berbuka, kalau korang ambil slot kedua korang akan dapat 5% diskaun.

Lokasi: Puchong Prima, Selangor

Ads

Waktu Beroperasi: 3hb- 30hn

7 pm – 9 pm (SLOT 1)

9 pm – 11 pm (SLOT 2)

Harga: Dewasa RM48

Warga emas RM42

Kanak-kanak RM28 (6-11 tahun)

5 tahun ke bawah Percuma

Ads
  1. Selera Warisan D’Salai

Hanya Dengan Bajet Bawah RM50, Ini Buffet Ramadan Murah Kat KL & Selangor!

Menawarkan harga serendah RM48 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak usia 6-11 tahun, Kafe D’Salai menawarkan variasi makanan tradisi melayu yang pastinya sedap untuk korang nikmati ketika berbuka puasa. Ada dua lokasi yang boleh dipilih, sama ada di Anjung Felda, Jalan Semarak atau di Seksyen 13 Shah Alam.

Lokasi: Jalan Semarak, KL & Seksyen 13, Shah Alam

Harga: Dewasa RM48

Kanak-kanak RM28 (6-11 tahun)

  1. Pak Ngah Cyber Kopitiam

Hanya Dengan Bajet Bawah RM50, Ini Buffet Ramadan Murah Kat KL & Selangor!

Terletak di Cyberjaya, korang boleh makan hampir semua menu hot Pak Ngah Cyber Kopitiam bersama yang tersayang. Paling best ada kambing dan sotong bakar. Tempat bersih dan selesa boleh pilih nak berbuka outdoor ataupun indoor. Ada parking free sejam dekat basement, kalau makan lama sikit kena bayar parking lebih sikit lah.

Lokasi No. 8-1, Galleria @ Cyberjaya, Jalan Teknokrat 6, Cyberjaya

Harga Normal :
-Dewasa RM34.90
-Warga Emas RM24.90 (> 60tahun)
-Kanak Kanak RM19.90 (5-10 Tahun)

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI