
Kebiasaannya masuk bulan Ramadan ramai yang mengambil peluang hanya berada di rumah saja untuk fokus lakukan ibadah.
Jadi sepanjang tempoh itu, apa kata anda usha beberapa tempat menarik yang boleh dijadikan pilihan untuk bercuti lepas Ramadan.
Antara yang boleh dijadikan pilihan adalah bercuti dalam daerah saja dan percutian ala-ala desa pastinya jadi lokasi pilihan.
Menginap di Teratak Sofea di Telok Panglima Garang, yang berkonsep rumah tradisional Melayu dan boleh dijadikan port untuk family day.
Harga ditawarkan juga berpatutan dan anda boleh mengumpul seramai 20 orang dalam satu masa.
Ayuh kita lihat kemudahan lain disediakan di sini yang dikongsi oleh sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Zulfadzli Mohd Tahir.
Port bercuti ala-ala rumah kayu kampung siap dengan private pool hanya 40 minit dari Kuala Lumpur.
Sesuai sangat yang nak buat aktiviti keluarga sambil mandi manda dalam kolam renang. Rumah tradisional melayu dua tingkat ini boleh buat family day, reunion ataupun lepak lepak tanpa sebarang gangguan dan privacy hanya untuk korang sekeluarga.
Nama : Teratak Sofea.
– Special : Semua unit ada Private pool.
– Unit bilik : Total hanya ada 3 unit sahaja.
Harga : bermula RM450+
– Unit stay : Ibu Mertuaku (Max 20 pax sahaja).
– 3x blik dengan 1 queen bed + 1 single bed (9 pax).
– 1x blik dengan 9 unit bunk bed (9pax).
– 4x bilik mandi dengan tandas duduk.
Kemudahan disediakan:
– Semua bilik fully aircond & kipas siling.
– 1x unit TV LCD sahaja dibawah rumah.
– Peralatan dapur yang lengkap.
– Ada disediakan mesin basuh.
– Selimut & bantal disediakan.
– Mesin gosok baju disediakan.
Kemudahan asas untuk pengunjung :
– Basikal untuk riadah disediakan.
– Mesin minuman sejuk disediakan.
– Mini taman & gelanggang sukaneka.
Kekurangan :
– Tiada water heater.
– Parking kereta yang limit.
– Tiada towel & amenities.
– Kawasan sekitar perumahan penduduk.
– Unit yang sangat terhad, kene flexible pilih tarikh.
Total bintang kasi pengalaman stay: 5 Bintang
*Tidak sesuai untuk yang nak berdating berdua. resort ni khas untuk yg jenis berkumpul pada group yang besar sahaja.
FB : Teratak Sofea No Telefon : wa.me/60122213636
Alamat : Lot. 1623, Jalan Manggis, Batu 9 Kg Medan, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Artikel Berkaitan:
Layan 40+ Port Berbuka Puasa Sekitar Lembah Klang, Tawar Pakej Buffet Menarik
Berbaloi Gadis Ini Pusing KL, Banyak Spot Menarik Untuk Geng OOTD
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
30 Hotspot Menarik Kat Ipoh, Buat Road Trip Atau Naik ETS. Boleh Singgah Kat Semua Tempat Ni!

Ipoh memang terkenal dengan banyak tempat menarik yang boleh dijadikan port untuk bergambar.
Kedudukan yang tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur antara faktor yang menjadikan Ipoh antara destinasi pilihan ramai untuk short trip.
Nak tahu apa tempat best yang ada kat sana, ini 30 tempat yang korang boleh singgah!
Tempat menarik percuma:
Kinta Riverfront, Ipoh
Book Xcess Ipoh
Art of Old Town
Gua Tempurung, Gopeng
Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village
Disney Avenue, Kampar
TT5 Tanjung Tualang Tin Dredge, Batu Gajah
Tempat menarik berbayar:
Time Tunnel Ipoh
Upside Down World Ipoh
Lost World of Tambun
Kellie’s Castle, Batu Gajah
Tempat makan best/instagrammable:
De Cafe & Rest House, Ipoh
Restoran M Salim
Plan B (Ipoh)
Laksa Telur Goreng Bersarang
Restoran Halimah Bachik
Suhaimi Café
Mee Kari Kak Yah
Old Town White Coffee (Grand), Ipoh
Platf9rm Cafe
D’Naina Ipoh
Nasi Ganja Restoran Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan
Salon Du Chocolat, Ipoh Parade
Penginapan:
The Haven Ipoh
WEIL Hotel Ipoh
Majestic Ipoh
The Banjaran Hotsprings Retreat
Happy 8 Retreat
Tempat cantik untuk bergambar/OOTD:
Kinta Heights, Ipoh
Concubine Lane, Ipoh
Moh kita!
Kredit : VIRAL PERAK
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari Trip Hujung Minggu Gapai Pelangi Di Sungai Lembing, Pahang

Isi Kandungan
ToggleSungai Lembing, Pahang cukup terkenal kerana merupakan lokasi lombong bijih timah paling dalam di dunia. Namun, disebalik kesan tinggalan sejarah itu, terdapat rahsia alam yang mampu menarik perhatian ramai pecinta alam iaitu Air Terjun Pelangi terletak 16 kilometer dari Bandar tersebut.
Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media. Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini.
Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Pengangkutan Khas
Jika tiba di dipekan Sungai Lembing pengunjung yang ingin ke Air Terjun Pelangi mempunyai beberapa pilihan perjalanan, sama ada untuk mendaki atau menggunakan perkhidmatan jentera 4×4 untuk ke tapak perkhemahan Lubuk Beruk. Jika tidak mempunyai jentera pacuan empat roda sendiri, bolehlah memilih pengangkutan yang biasanya ada disediakan oleh penduduk sekitar untuk masuk ke sana.
Dikenali sebagai ‘Teksi’, jentera 4×4 yang telah diubah suai ini boleh memuatkan lebih banyak penumpang. Bayaran tertentu dikenakan untuk setiap orang yang menggunakan khidmat pengangkutan ini. Pesanan untuk pengunjung, jangan sesekali berkeras untuk membawa kenderaan sendiri selain kenderaan jenis 4×4 atau kenderaan untuk perjalanan offroad. Jika degil dan tidak mahu mematuhi arahan, kenderaan anda pasti akan terkandas di tengah hutan!.
Cabaran Bermula
Perjalanan masuk ke tapak perkhemahan bakal membawa pengunjung merentasi kawasan hutan belantara selama hampir satu jam dan setibanya ke kawasan perkhemahan Lubuk Beruk, pengunjung bebas memilih lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah.
Menjadi pilihan buat pengunjung sama ada untuk bermalam di tapak perkhemahan (alatan perkhemahan perlu disediakan sendiri) atau meneruskan perjalanan balik hari ke kawasan Air Terjun Pelangi. Jentera yang dinaiki pengunjung akan berakhir di tapak perkhemahan ini sahaja, maka penggembaraan untuk menggapai pelangi perlu diteruskan sendiri dengan aktiviti trekking. Anda juga boleh mengupah penunjuk arah untuk ke Air Terjun Pelangi tersebut untuk melancarkan perjalanan anda.
Boleh dikatakan Air Terjun Pelangi ini sesuai buat mereka yang sukakan cabaran. Jika ada yang ingin membawa keluarga, anda perlu pastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga terutamanya kanak-kanak. Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti menggapai pelangi ini.
Terlebih dahulu pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 45 minit untuk ke air terjun dengan merentasi arus sungai yang agak deras tetapi cetek. Laluan yang disediakan yang agak cerun dan kadang kala sedikit licin mengikut pada cuaca. Langkah pasti semakin laju tatkala mulai kedengaran desiran air terjun. Jika tiba mengikut masa yang betul, dari jauh pengujung sudah boleh melihat sang pelangi yang dicari-cari menunjukkan rupa.
Menurut pemandu arah, jika sedikit lambat tiba mungkin pelangi tersebut tidak dapat dilihat. Ini kerana jika matahari sudah berada hampir betul-betul di atas kepala situasi ini menyukarkan proses pembiasan berlaku kerana untuk pelangi terjadi di air terjun, matahari harus berada di hadapan air terjun.
Keindahan Tidak Terungkap
Pengunjung pasti bersyukur kerana dapat melihat salah satu air terjun yang tercantik di Malaysia walaupun perlu merentas hutan belantara. Suasana sekeliling yang damai memang menjanjikan kepuasan setelah berhempas pulas mendaki. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan malah amat sesuai dijadikan sebagai destinasi berekreasi, penggambaran filem atau buat mereka yang mahu lari daripada kesibukan kota raya. Pengunjung pasti akan terpesona dengan juraian air terjun jernih serta pelangi yang indah.
Dalam pada itu, menjadi tanggungjawab bersama agar setiap pengunjung Air Terjun Pelangi menjaga kebersihan kawasan rekreasi yang masih boleh dianggap dara dan tidak tercemar itu. Untuk info, pengunjung boleh melihat pelangi sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi pada ketinggian 50 meter daripada ait terjun itu.
Tip Best!
Selepas bermandi manda di Air Terjun Pelangi, apa kata sebelum pulang anda melawat sekitar pekan Sungai Lembing terdahulu. Terdapat pelbagai destinasi menarik untuk diterokai di sini. Antaranya:
- Pekan Sungai Lembing
Pekan Sungai Lembing dikenali sebagai ‘Kota El Dorado Timur’ pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu. Ini kerana kegiatan perlombongan telah menjadikan pekan ini terkenal. Malah merupakan antara kawasan lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Dianggarkan panjang terowong lombong bijih timah bawah tanah yang dibina melebihi jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan kedalaman 396 meter. Kini, bekas lombong serta sebahagian bangunan lama Inggeris masih wujud dalam bentuk asal dan sekali imbas seperti pekan ala koboi dalam filem. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di sekitar kawasan ini.
- Mee Bandung Sungai Lembing
Tidak sah jika pengunjung datang ke Sungai Lembing tidak menjamu selera di kedai makan yang terkenal dengan keenakan mi bandung dan mi jawa. Banyak kedai makan menu mi bandung yang terdapat disekitar ini. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Lokasi-lokasi kedainya agak strategik iaitu berhampiran pintu gerbang pekan Sungai Lembing, memudahkan pengunjung untuk singgah di premis berkenaan. Kedudukannya juga amat sesuai untuk bersantai kerana terletak di pertembungan Sungai Kenau dan Sungai Kuantan.Fenomenanya lebih menarik apabila terdapat sebuah jambatan gantung yang merentangi Sungai Kenau bagi kemudahan penduduk dan pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar kawasan itu yang menghijau.
- Muzium Sungai Lembing
Muzium Sungai Lembing menjadi salah satu daya tarikan disini. Siapa sangka, pekan kecil ini menyimpan sejarah yang mungkin tidak diketahui kebanyakan orang. Sesi lawatan di muzium ini pasti memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang sejarah kegemilangan Sungai Lembing. Pelbagai khazanah, replika dan artifak menarik berkaitan dengan aktiviti perlombongan bijih timah terdapat di sini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Destinasi Yang Best Untuk Bercuti Di Padang, Indonesia

Isi Kandungan
ToggleSelalunya orang Malaysia yang minat dengan Buya Hamka kalau travel ke Padang, akan cuba curi masa dan peluang untuk pergi ke rumah kelahiran tokoh terkenal kelahiran Indonesia itu di Tanjung Raya.
Walaupun jaraknya mengambil masa lebih kurang 3-4 jam perjalanan, tapi ramai yang sanggup menempuh jarak perjalanan tersebut kerana waktu itu adalah peluang keemasan untuk menelusuri perjalanan hidup Buya Hamka.
Selain itu, boleh juga berjalan-jalan sekitar Tasik Maninjau yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang tiada tolok bandingnya di tempat-tempat lain.
Tapi ada tak tempat menarik yang lain di Indonesia Barat itu? Jawapan dia sudah tentu ada! Ada banyak tempat menarik yang anda boleh buat apabila travel ke Padang.
Libur senaraikan 10 tempat menarik yang ada di sana. Nanti bolehlah anda susun atur itinerari anda untuk ke sana. Jadi, apa senarainya? Ini dia:
1. Pantai Padang
Anda boleh berkunjung ke Panti Padang atau lebih dikenali di kalangan orang tempatan sebagai TapLau (Tapi Lauik). Menurut info dari sana, Pantai Padang itu kini tidak lagi seperti dulu. Sekarang dah banyak pembangunan yang diusahakan oleh pentadbiran Padang untuk memajukan kawasan pelancongan tersebut. Jadi kawasan itu kini sudah selesa dan cantik. Sesuai la kalau anda nak datang jalan-jalan makan angin cuci mata di sana. Ada banyak bunga-bungaan yang kini menghiasi Pantai Padang itu. Lokasi ini juga berdekatan dengan Ramayana Plaza Andalas, shopping complex Padang dan Jambatan Siti Nurbaya. Di persisir pantai itu, ada banyak gerai jalanan untuk anda menikmati makanan tempatan di sana, daripada makanan ringan hingga makanan laut.
⭐ PRO TIP Nego dulu harga makanan di sana kerana mereka kebiasaannya akan menawarkan harga yang tinggi kepada pelancong asing. Menjadi satu kelebihan sekiranya anda boleh berbahasa minang jika berkunjung ke sana |
View this post on InstagramA post shared by Sumatera barat – Indonesia (@pai.travelling) on
2. Jambatan Siti Nurbaya
Tak lengkap gambar Instagram anda jika tidak singgah untuk berswafoto di sini. Lokasi ini adalah lokasi penarik yang ada di Padang kerana keindahan dan kecantikan lampu-lampu pada waktu malam yang ada di Jambatan Siti Nurbaya ini. Pada waktu malam, jambatan ini dihiasi dengan gemerlipan lampu-lampu dan sepanjang jambatan ini, anda boleh menikmati anuke juadah makanan tempatan yang ringan-ringan. Untuk anda ada dalam itinerari untuk ke sini, lokasi jambatan ini berdekatan dengan Pantai Padang dan Ramayana Plaza Andalas.
⭐ PRO TIP Dicadangkan untuk anda mencuba roti bakar yang dijual di sini. Highly recommended oleh orang tempatan di sana |
3. Pantai Pasir Jambak
Satu lagi lokasi pantai di Padang. Pantainya yang memutih, landai dan dipenuhi pokok-pokok kelapa menambahkan rasa nyaman untuk anda bercuti melepaskan tekanan dan berhibur di sini. Jangan khuatir untuk berkunjung ke sini, fasilitis yang disediakan cukup lengkap untuk aktiviti seharian anda. Ada dataran untuk melepak, kedai makan, pondok-pondok kecil. Malah ada homestay untuk anda bermalam di sini dan anda boleh menyewa perahu/kayak untuk bermain bersiar-siar sekitar pantai. Pada waktu petang, anda boleh berjemur di bawah cahaya matahari sambil menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat, berenang, santai-santai bersama partner in crime dan sebagainya.
4. Pantai Nirwana
Tak suka dengan cadangan awal yang Libur berikan tadi? Okay jangan risau, ada satu lagi pantai yang mungkin akan membuatkan anda tertarik untuk pergi iaitu Pantai Nirwana. Tempat ini, Libur cadangkan untuk anda yang sudah berkeluarga dan bercuti bersama isteri dan anak-anak kerana ombak di sini tidak terlalu besar untuk anak-anak anda mandi manda dengan seronok dan riang ria. Pantainya yang luas juga memberikan kepuasan berganda untuk mereka berlari-lari berkeliaran ke sana sini dengan bebas. Di waktu petang, ada peniaga yang akan menjual bakso dan mee ayam yang akan datang menghampiri anda untuk menjual makanan mereka. Kena cuba tau kerana rasanya sangat enak untuk dilepaskan begitu sahaja.
View this post on InstagramA post shared by Ruth Wibisono 🇮🇩❤️🇮🇩 (@kitfrique007) on
5. Pantai Air Manis Batu Malin Kundang
Pernah tengok cerita Si Tanggang atau Malin Kundang? Pada yang tidak tahu, cerita lagenda itu diadaptasikan dari kisah rakyat yang diceritakan turun temurun sebagai peringatan untuk kita menghormati ibu bapa kia walau apa pun yang terjadi. Satu pengajaran yang sangat penting Libur rasa. Jadi, untuk anda yang kebetulan ke Padang tu, boleh datang ke sini untuk melihat sendiri kawasan yang menjadi cerita lagenda tersebut. Lokasinya berdekatan dengan Pelabuhan Teluk Bayur dan mudah untuk anda ke sini kerana tanda arah diletakkan sepanjang jalan untuk memastikan anda tidak sesat ke mana-mana. Lokasi ini juga popular untuk mengambil gambar, jadi sediakan ruang simpanan yang besar dalam telefon bimbit anda ya. Turut terdapat di sini adalah penjaja cenderahati sekiranya anda ingin membawa buah tangan pulang ke tanah air.
View this post on InstagramA post shared by MINANGTOURISM (@minangtourism) on
6. Musium Adityawarman
Sayang rasanya kalau kita berkunjug ke suatu tempat semata-mata untuk berhibur dan bersuka ria saja kan? Jadi ini lokasi yang Libur cadangkan untuk anda singgah bagi mengenal serba sedikit mengenai sejarah Minang yang ada di Padang iaitu Muzium Adityawarman. Muzium ini tempat di mana mereka menyimpan dan memelihara khazanah, seni dan budaya Minangkabau, Mentawai dan Nusantara.
? TRIVIA Nama Adityawarman diambil bersempena nama seorang Raja yang pernah berkuasa di Minangkabau semasa zaman Majapahit dan Patih Gajah Mada |
View this post on InstagramA post shared by Lensa Zahara (@lensazahara) on
7. Sitinjau Lauik
Nak buat aktiviti malam di Padang? Anda boleh datang ke Sitinjau Lauik untuk menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam di ufuk barat. Selain itu, lokasi ini juga menjadi tempat di mana anda boleh menikmati keindahan malam Kota Padang dari atas bukit. Ada juga penjaja yang berniaga di sini dan anda boleh menikmati keasyikkan di sana sambil memesan secangkir kopi dan semangkuk mee rebus.
8. Pandai Sikek
Lokasi ini dikenali sebagai pusat ukiran kraftangan dan tenunan songket Indonesia yang terletak di kaki bukit Gunung Singgalang, Tanah Datar. Di sini, anda boleh melihat kehidupan masyarakat pertanian tradisional masyarakat Padang. Kalau anda nak ke sini, siapkan duit dalam secekak dua untuk anda shopping cenderahati sebagai tanda mata ke Padang.
View this post on InstagramA post shared by Fanyanto Eko Cahyo (@fanyanto_ec) on
9. Lembah Anai
Untuk menuju ke sini, anda kena travel keluar sedikit dari Padang menuju ke Bukit Tinggi kerana lokasinya adalah menghala ke sana. Lembah Anai ini lebih kurang macam Air Terjun Lata Iskandar kalau anda nak ke Cameron Highland. Air terjunnya berada di pertengahan perjalanan dan menjadi tempat kunjungan pelancong untuk bergambar. Di samping itu, gambar yang diambil di samping lintasan kereta api turut menjadi faktor mengapa tempat ini popular untuk bergambar.
View this post on InstagramA post shared by National Geographic Indonesia (@natgeoindonesia) on
10. Taman Gunung Padang
Tempat ini terletak bersebelahan dengan Jambatan Siti Nurbaya. Sekiranya anda berkunjung ke Jambatan Siti Nurbaya, taman ini terletak di sebelah barat. Pemandangan sekitar tempat ini seakan-akan bukit yang ada dalam filem animasi Doraemon tempat Nobita selalu melarikan diri jika dia berasa kecewa dengan sesuatu dan jangan terkejut kalau bukit ini turut mendapat jolokan Bukit Nobita! Di bukit ini, ada sebuah gua dan di dalamnya terdapat satu pusara lama dan masyarakat setempat mempercayai itu adalah makam Siti Nurbaya yang terkenal dalam hikayat masyarakat Minang.
? TRIVIA Disebabkan bukit ini mirip cerita Doraemon, bukit ini mendapat jolokan Bukit Nobita! |
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI