Kerap kali kita jumpa pemandu kurang ajar yang memandu di lorong kecemasan kan? Rasa geram sangat apabila mereka tanpa segan silu memotong barisan sesuka hati.
Kalau sorang-dua yang mula, pasti dibelakangnya akan ada berduyun-duyun lagi makhluk akan ikut jejak langkah hina memotong barisan menggunakan lorong kecemasan.
Geram betul rasanya. Bukan apa, mereka secara tidak langsung akan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Anda bayangkan, dah berapa banyak kes membabitkan kehilangan nyawa apabila ambulans tidak sempat sampai ke kawasan kemalangan akibat lorong kecemasan dipenuhi pemandu yang bodoh.
Tapi tak apa, Jabatan Pengangkutan Jalan dah buka satu hotline Whatsapp yang membolehkan orang awam membuat aduan dan kongsikan maklumat mengenai pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas seperti menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan lain-lain.
Anda hanya perlu Whatsapp butiran seperti laporan ringkas aduan anda, tarikh dan masa, jenis kenderaan, nombor pendaftaran kenderaan dan gambar atau video ke 013-4498997.
JPJ akan mengeluarkan Notis 114 iaitu notis temu siasat pada pemilik kenderaan untuk memberi keterangan lanjut berhubung dengan kesalahan yang dilakukan. Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.
Walau bagaimanapun, anda perlu diingatkan, bahawa pengadu perlu bertanggungjawab atas setiap aduan yang diadukan. Jadi lepas ni, kalau jumpa pemandu yang biadap dan kurang ajar, rakam video dan laporkan kepada JPJ. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah.