Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang menjemput orang ramai untuk berkongsi gambar-gambar bersejarah Bukit Bendera untuk pameran foto sempena Festival Bukit Bendera 2019 yang akan berlangsung dari 18 hingga 21 Julai.
Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Cheok Lay Leng berkata pameran itu akan menampilkan koleksi gambar-gambar Bukit Bendera pada masa lalu yang jarang ditemui termasuk gambar lawatan Ratu Elizabeth II ke Bukit Bendera pada 1972.
“Kami mahu semua orang menghayati sejarah silam dan kembali ke masa lalu mengenai keadaan Bukit Bendera ketika itu. Ramai orang menyimpan kenangan indah di masa lalu tentang Bukit Bendera, dan kami mahu mengembalikan kenangan itu,” katanya.
Ads
Selain pameran, lebih 20 acara dan aktiviti telah disediakan untuk festival selama empat hari itu termasuk ceramah, konsert “Music on the Hill”, bengkel fotografi, penerokaan pada malam hari dan berjalan kaki untuk meneroka denai alam semula jadi.
Ads
Festival Bukit Bendera yang terakhir diadakan pada 2018 menerima sambutan yang amat menggalakkan dan ia kemudian dijadikan acara tahunan. Semasa Festival Bukit Bendera pada 2018, Bukit Bendera mencatatkan kehadiran kira-kira 9,000 pengunjung bagi menyertai program selama sembilan hari.
Ads
Semua aktiviti dan program yang diadakan semasa festival itu boleh disertai secara percuma dan terbuka kepada orang ramai. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran untuk acara, orang ramai boleh melayari Portal Bukit Bendera
Sebuah negeri paling utara di Amerika Syarikat iaitu Alaska sememangnya terkenal dengan suhu sejuk, pemandangan gunung Alp bersalji dan sasaran jurugambar merakam pemandangan Aurora ketika malam. Tahap kesejukan Alaska jelas dapat dilihat apabila air tasik dan air tepian pantai beku hingga kita boleh berjalan di atasnya dan ada juga penduduk tempatan bermain papan luncur.
Namun, baru-baru ini pengkaji cuaca dunia telah dikejutkan dengan berita suhu di bandar terbesar Alaska, Anchorage mencecah 32.2 darjah Celsius. Suhu ketika ini adalah paling panas yang pernah direkodkan di Alaska menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) di Twitter. Amerika Syarikat yang terletak berdekatan Garisan Artik sedang dilanda gelombang haba.
Rekod suhu panas tertinggi sebelum ini ialah 29.4 darjah Celsius pada tahun 1969. Cuaca panas purata pada 4 Julai di Anchorage, selatan Alaska, biasanya merekodkan suhu 18.3 darjah Celsius.
“Cuaca panas luar biasa ini disebabkan oleh satu pemusatan tekanan tinggi di langit (Anchorage),” kata ahli meteorologi NWS, Bill Ludwig kepada akhbar Anchorage Daily News.
Menurut sekumpulan saintis, suhu panas di Alaska meningkat pada kadar dua kali ganda daripada purata global. Cuaca yang semakin panas di Alaska sejak beberapa tahun lalu, berkait pemanasan Lautan Artik, mengancam kehidupan penduduk setempat, hidupan liar dan ekonomi negeri.
Sungai-sungai beku lazimnya menjadi laluan pengangkutan ketika musim sejuk, namun peningkatan suhu menyebabkan ais semakin nipis dan ia tidak selamat untuk penggunaan trak atau kereta. Hampir dua pertiga daripada penduduk di Alaska tidak mempunyai akses jalan raya.
Permukaan laut beku yang dijadikan platform oleh nelayan ketika menangkap ketam semakin nipis atau hilang di sebilangan kawasan. Populasi anjing laut Alaska dikhuatiri terjejas pada musim panas ini memandangkan beberapa spesies haiwan itu melahirkan anak di atas permukaan ais.
Pertunjukkan bunga api sempena sambutan kemerdekaan AS terpaksa dibatalkan ekoran risiko berlakunya kebakaran disebabkan oleh keadaan cuaca terlalu kering, dengan suhu direkodkan itu menyamai keadaan di Miami.
Tourism Selangor mengambil langkah proaktif bekerjasama secara julung kalinya dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Medan sebagai usaha untuk meneruskan aktiviti promosi pelancongan antarabangsa Negeri Selangor pasca pandemik Covid-19. Webinar “Sesi Rindu Malaysia – The Uniqueness of Selangor” yang diadakan menerusi aplikasi ‘Zoom’ tersebut adalah seiring dengan norma baharu serta merupkan inisiatif yang efektif dalam menghubungkan penggiat industri pelancongan dua buah Negara.
Sesi Webinar tersebut turut menjadi bukti kepada dedikasi dan fokus Tourism Selangor dalam meneruskan usaha promosi pelancongan antarabangsa bagi pasaran Asia Tenggara, khususnya Republik Indonesia walaupun sempadan Negara belum dibuka untuk tujuan penerbangan komersil.
Sesi Webinar tersebut melibatkan seramai lebih 100 orang peserta dalam kalangan pegawai Pejabat Tourism Malaysia Medan, penggiat industri pelancongan dari seluruh Republik Indonesia, delegasi Media, wakil Organisasi-organisasi setempat termasuk Badan Korporat, institusi pendidikan, serta orang awam. Manakali e-delegasi dari Negeri Selangor terdiri dari 8 produk pelancongan Negeri Selangor, serta beberapa orang pegawai yang diketuai oleh Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, “Sesi Webinar pada hari ini merupakan satu usaha baik yang dijalankan untuk meneruskan aktiviti promosi pelancongan Negeri Selangor bagi mengalu-alukan kedatangan pelancong dari Indonesia setelah pintu sempadan dibuka kelak. Sesi ini turut memberikan maklumat dan informasi berkenaan keadaan semasa produk-produk pelancongan Negeri Selangor yang bersedia untuk menerima kedatangan pelancong khususnya dari Indonesia bila krisis Covid-19 semakin reda”.
Di kesempatan tersebut, Tuan Azrul Shah turut memperkenalkan Kempen “Splendid Selangor; Take Me Anywhere” yang memberi fokus kepada pasaran pelancongan antarabangsa.
“Cogan kata ‘Splendid Selangor’ jelas merujuk kepada sebuah pengalaman penuh mengujakan yang menanti para pelancong di Negeri Selangor. Mereka boleh menyokong kempen ini dengan mengunakan hashtag #SplendidSelangor dan #TakeMeAnywhere pada posting media sosial mereka berkenaan produk pelancongan Negeri Selangor, mahupun pengalaman mereka menerokai Negeri ini pada masa akan datang”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sesi Webinar tersebut dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan video promosi pelancongan dan cabutan bertuah.
Antara segmentasi pelancongan yang diberi penekanan semasa sesi Webinar tersebut termasuk pelancongan berkonsepkan eko dengan senarai produk seperti Sky Mirror Kuala Selangor, Air Terjun Kanching, Sekinchan Ninja Private Kitchen dan Skytrex Sg Chongkak. Bagi segmentasi seterusnya iaitu taman tema, contoh produk pelancongan yang disebut adalah Sunway Lagoon, Bangi Wonderland, Gamuda Cove dan KidZania.
Segmentasi pelancongan medikal melihat seleksi produk kesihatan Negeri Selangor seperti Subang Jaya Medical Centre, Alpha IVF & Women’s Specialist, Thomson Hospital Kota Damansara, Sunway Medical Centre dan Avisena Specialist Hospital. Bagi keluarga yang menemani bersama ke Negeri Selangor, mereka boleh menghabiskan masa di Pusat Beli-belah seperti 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, GM Klang Wholesale dan Mitsui Outlet Park.
Manakala, untuk segmentasi pelancongan pendidikan, Negeri Selangor terkenal dengan rantaian perpustakaan di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), serta pelbagai insitusi pendidikan tinggi yang terkemuka seperti Management & Science University (MSU).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kanggaru adalah sejenis marsupial yang banyak ditemui di benua Australia. Jika anda berkunjung ke negara ini, melawat lokasi yang mempunyai habitat kanggaru adalah perkara yang wajib dilakukan. Lihat sahaja haiwan ini seperti sangat comel, tapi sebenarnya kanggaru berupaya ‘meninju’ dan mencederakan lawannya.
Kanggaru boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan cara melompat dengan sangat pantas. Susuk tubuh kanggaru kadangkala kelihatan seperti manusia dan boleh berdiri. Namun sebenarnya postur tersebut tidak sekukuh yang disangka. Kanggaru menggunakan ekor kuat mereka untuk berdiri dengan teguh jika ada ancaman.
Kebiasaannya, ibu kanggaru akan membawa anaknya dalam kantung yang terletak pada bahagian bawah perut, sehinggalah anak itu menjadi kanggaru dewasa. Pernahkah anda terfikir, bagaiamana rupa dan fungsi ruang kantung tersebut? Adakah seperti poket biasa?
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan video menunjukkan bahagian dalam kantung perut ibu seekor kanggaru. Memang terkejut dapat melihat keadaan sebenar.
Perkongsian video asal oleh seorang vlogger, Alexandra Kalin ini membuatkan ramai pengguna laman sosial yang lain terkejut apabila mengetahui keadaan sebenar dalam kantung tersebut.
Jelas kelihatan bahagian dalam kantung itu seekor anak kanggaru dengan keadaan rongga badan yang jelas kelihatan organ dalaman ibu kanggaru terbabit. Kantung ini biasanya akan menempatkan janin kanggaru yang juga dikenali sebagai ‘Joey’. Semasa janin ini dilahirkan, ia merangkak dari dalam ibu ke bahagian kantung. Di dalam kantung inilah, bayi kanggaru akan menyusu dan berlindung daripada dunia luar. Video berkenaan sehingga kini mendapat lebih 11.8 juta tontonan di Twitter.