Hantar Cerita Percutian Anda Dan Menang Tiket Ke Sunway Lagoon Nights of Fright 7!

Share

Festival Paling Menyeramkan Di Malaysia Kembali, Menangi Tiket Ke Sunway Lagoon Nights of Fright 7!

Festival paling menyeramkan dan menakutkan di Malaysia kini kembali untuk siri kali yang ke-7, adakah anda sudah bersedia untuk merasai keghairahan dan keterujaannya kali ini?! Jadi ya, ayuh kita terjah masuk memburu hantu dan makhluk menyeramkan di Sunway Lagoon Nights of Fright 7!

Bersempena dengan sambutan tahunan Hari Halloween, perkarangan Sunway Lagoon akan bertukar wajah menjadi kawasan yang menyeramkan selama lebih kurang sebulan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Ketakutan dan tragedi yang bakal berlaku kali ini lebih mendebarkan dengan pelbagai acara akan diberikan kepada anda yang benar-benar berani seperti dua acara pentas, 11 permainan yang akan mengepam adrenalin anda lebih tinggi, dua zon seram yang mengerikan, satu panggung teater yang menakutkan dan lapan rumah hantu yang menyeramkan!

Sunway Lagoon Nights of Fright 7 akan menghantui perkarangan Sunway Lagoon bermula dari 27 September hingga 2 November 2019 setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 7.30 petang hingga 11.30 malam.

Bayaran yang diterima oleh ‘Kharon Si Pendayung Sampan Roh ke Alam Barzakh’ yang menyeramkan di Sunway Lagoon Nights of Fright 7 ini adalah RM79 dan ‘syiling emas’ berupa tiket masuk boleh didapati di www.sunwaylagoon.com.

Eh, nanti dulu! Kenapa tidak anda cuba dapatkan ‘syiling emas’ yang akan kami berikan secara percuma untuk melepasi tambang sampan si Kharon?

Caranya cukup mudah, hantar cerita percutian anda kepada kami untuk di siarkan di laman sesawang www.libur.com.my. Sebanyak 10 orang pemenang dengan 40 ‘syiling emas’ tiket percuma bakal dimenangi untuk setiap penyertaan dengan cerita dan gambar percutian yang menarik menanti untk membawa anda ke alam sana..

Hantar cerita anda sekarang!

Terma & Syarat Peraduan:

  • Tempoh peraduan ‘Hantar Cerita Percutian Anda Dan Menang Tiket Ke Sunway Lagoon Nights of Fright 7!’ ini berlangsung dari 16 hingga 29 September 2019.
  • Tiket masuk ke Sunway Lagoon Nights of Fright 7 sah pada 20 Oktober 2019 (Ahad) sahaja.
  • Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh peraduan tanpa notis awal.
  • Penganjur berhak membatalkan, menamatkan atau menggantung peraduan ini dengan notis yang diletakkan di laman sesawang Libur dan Facebook Majalah Libur atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak penganjur.
  • Semua penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan adalah terbatalkan secara automatik.
  • Satu penyertaan hanya sah untuk empat hadiah sahaja (4 tiket sahaja).
  • Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap.
  • Semua pemenang peraduan ini akan diumumkan di laman web Majalah Libur dan Facebook Majalah Libur dalam tempoh tidak lebih satu (1) minggu selepas tarikh akhir penyertaan.
  • Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau cara lain yang dirasakan sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan pemenang peraduan ini.
  • Penganjur berhak dengan budi bicaranya sendiri untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis awal.
  • Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atau ditebus dengan wang tunai atas sebarang sebab.
  • Peserta bertanggungjawab sepenuhnya dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam peraduan ini.
  • Dengan menyertai peraduan ini, peserta dan pemenang bersetuju bahawa penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama (yang dikemukakan oleh peserta dan/atau pemenang di dalam peraduan ini serta penyertaan) untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta, pemenang dan/atau pihak ketiga tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh penganjur.

 

Oleh
Epul