Festival Paling Menyeramkan Di Malaysia Kembali, Menangi Tiket Ke Sunway Lagoon Nights of Fright 7!
Festival paling menyeramkan dan menakutkan di Malaysia kini kembali untuk siri kali yang ke-7, adakah anda sudah bersedia untuk merasai keghairahan dan keterujaannya kali ini?! Jadi ya, ayuh kita terjah masuk memburu hantu dan makhluk menyeramkan di Sunway Lagoon Nights of Fright 7!
Bersempena dengan sambutan tahunan Hari Halloween, perkarangan Sunway Lagoon akan bertukar wajah menjadi kawasan yang menyeramkan selama lebih kurang sebulan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Ketakutan dan tragedi yang bakal berlaku kali ini lebih mendebarkan dengan pelbagai acara akan diberikan kepada anda yang benar-benar berani seperti dua acara pentas, 11 permainan yang akan mengepam adrenalin anda lebih tinggi, dua zon seram yang mengerikan, satu panggung teater yang menakutkan dan lapan rumah hantu yang menyeramkan!
Ads
Sunway Lagoon Nights of Fright 7 akan menghantui perkarangan Sunway Lagoon bermula dari 27 September hingga 2 November 2019 setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 7.30 petang hingga 11.30 malam.
Bayaran yang diterima oleh ‘Kharon Si Pendayung Sampan Roh ke Alam Barzakh’ yang menyeramkan di Sunway Lagoon Nights of Fright 7 ini adalah RM79 dan ‘syiling emas’ berupa tiket masuk boleh didapati di www.sunwaylagoon.com.
Ads
Eh, nanti dulu! Kenapa tidak anda cuba dapatkan ‘syiling emas’ yang akan kami berikan secara percuma untuk melepasi tambang sampan si Kharon?
Caranya cukup mudah, hantar cerita percutian anda kepada kami untuk di siarkan di laman sesawang www.libur.com.my. Sebanyak 10 orang pemenang dengan 40 ‘syiling emas’ tiket percuma bakal dimenangi untuk setiap penyertaan dengan cerita dan gambar percutian yang menarik menanti untk membawa anda ke alam sana..
Hantar cerita anda sekarang!
Terma & Syarat Peraduan:
Tempoh peraduan ‘Hantar Cerita Percutian Anda Dan Menang Tiket Ke Sunway Lagoon Nights of Fright 7!’ ini berlangsung dari 16 hingga 29 September 2019.
Tiket masuk ke Sunway Lagoon Nights of Fright 7 sah pada 20 Oktober 2019 (Ahad) sahaja.
Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh peraduan tanpa notis awal.
Penganjur berhak membatalkan, menamatkan atau menggantung peraduan ini dengan notis yang diletakkan di laman sesawang Libur dan Facebook Majalah Libur atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak penganjur.
Semua penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan adalah terbatalkan secara automatik.
Satu penyertaan hanya sah untuk empat hadiah sahaja (4 tiket sahaja).
Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap.
Semua pemenang peraduan ini akan diumumkan di laman web Majalah Libur dan Facebook Majalah Libur dalam tempoh tidak lebih satu (1) minggu selepas tarikh akhir penyertaan.
Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau cara lain yang dirasakan sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan pemenang peraduan ini.
Penganjur berhak dengan budi bicaranya sendiri untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis awal.
Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atau ditebus dengan wang tunai atas sebarang sebab.
Peserta bertanggungjawab sepenuhnya dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam peraduan ini.
Dengan menyertai peraduan ini, peserta dan pemenang bersetuju bahawa penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama (yang dikemukakan oleh peserta dan/atau pemenang di dalam peraduan ini serta penyertaan) untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta, pemenang dan/atau pihak ketiga tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh penganjur.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahniah untuk pemenang pertandingan LiburKatManaXBerjaya !!!! Seramai empat orang follower Majalah Libur telah dipilih sebagai pemenang bertuah untuk memenangi tiket percutian ke Berjaya Langkawi Resort, Berjaya Tioman Resort, Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru dan Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur!
Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa. Ada banyak lagi pertandingan-pertandingan lain yang akan dianjurkan untuk anda menang tiket percutian dan sebagainya. Teruskan like, comment dan share di laman-laman media sosial Majalah Libur dan jangan lupa subscribe YouTube channel Majalah Libur untuk dapatkan cerita-cerita dan pertandingan-pertandingan terkini!
Kepada para pemenang, sila hubungi admin Majalah Libur untuk urusan pengambilan tiket anda! Selamat bercuti!
Anda suka melancong dan banyak gambar percutian menarik? Jangan simpan sahaja gambar tersebut di dalam kamera atau telefon bimbit. Muat naik foto anda ketika bercuti di destinasi dalam negara atau luar negara dan nyatakan kenapa anda menyukai percutian itu.
Peraduan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Anda boleh menghantar SATU (1) penyertaan foto percutian sahaja. Gambar perlu jelas tanpa sebarang efek suntingan yang keterlaluan.
Tempoh peraduan bermula dari 8 Julai 2019 sehingga 7 Ogos 2019.
Muat naik penyertaan atau foto percutian anda berserta kapsyen diminta pada ruangan KOMEN ‘Pinned Post’ di Facebook Majalah Libur
Share artikel ‘Pinned Post’ tersebut ke akaun Facebook anda berserta tanda pagar #LiburkatmanaXBerjaya (Pastikan status perkongsian artikel itu dibuka kepada public/umum dan dapat dilihat oleh Team Libur).
HADIAH
Menangi Hadiah Penginapan Tajaan Berjaya Hotels & Resorts. Penyertaan foto menarik dengan kapsyen kreatif bakal melayakkan anda untuk memenangi salah 1 daripada 4 set hadiah pakej percutian 3 Hari 2 Malam untuk dua orang.
1x Penginapan 3H2M untuk 2 Orang di Berjaya Berjaya Langkawi Resort berserta sarapan.
Berjaya Langkawi Resort terletak di Teluk Burau, di gugusan Kepulauan Langkawi. Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti riadah seperti pelayaran kapal layar, lawatan ke pulau, sukan laut dan sebagainya. Selain itu, resort 5 bintang dengan 412 bilik ini juga menawarkan pilihan suite, chalet atas air dan chalet dalam rimba. Lokasinya di sebuah pulau yang mendapat pengiktirafan UNESCO World Geopark pada tahun 2007 dan merupakan salah satu faktor penarik kepada pelancong yang datang ke Pulau Langkawi. Berjaya Langkawi Resort menjanjikan pengalaman percutian yang menyeluruh dengan kemudahan-kemudahan seperti Taaras Spa yang berunsurkan elemen tradisional, pilihan makanan yang menarik dan juga kemudahan mesyuarat yang lengkap.
1x Penginapan 3H2M untuk 2 Orang di Berjaya Tioman Resort berserta sarapan.
Berjaya Tioman Resort terletak di Pulau Tioman, Pahang. Dengan lokasi di luar kesibukan bandar, Berjaya Tioman Resort menarik perhatian ramai dengan keindahan chaletnya yang berunsurkan traditional Melayu, pantai dengan pokok-pokok kelapa, air laut yang jernih serta pemandangan gunung-ganang yang memukau mata. Di sepanjang 210 ekar hutan hujan tropika, resort ini menawarkan penginapan chalet yang eksklusif dan sebuah padang golf 18 lubang dengan pemandangan laut. Dengan perairannya yang kaya dengan kehidupan marin, peminat selam skuba pastinya boleh menantikan pengembaraan dasar laut yang menakjubkan. Selain daripada aktiviti darat dan laut yang menyeronokkan, Berjaya Tioman Resort juga mempunyai sebuah spa yang menawarkan pelbagai rawatan spa untuk mencergaskan tubuh badan dan minda.
1x Penginapan 3H2M untuk 2 Orang di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru berserta sarapan.
Berjaya Waterfront Hotel terletak di Johor Bahru, 4 kilometer daripada Causeway Link utama ke Singapura. Hotel ini mempunyai 400 bilik serta salah satu kemudahan Meetings, Incentives, Conferences, and Exhibitions atau MICE terbesar di dalam negara. Lokasinya juga berdekatan dengan Iskandar Malaysia, sebuah koridor pembangunan di bahagian selatan yang terkenal dengan tempat tarikan pelancong seperti Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Family Theme Park. Hotel ini juga terletak bersebelahan dengan zon bebas cukai dengan pilihan membeli-belah, riadah dan hiburan.
1x Penginapan 3H2M untuk 2 Orang di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur berserta sarapan.
Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur merupakan sebuah mercu tanda yang terletak di tengah-tengah pusat membeli-belah dan pusat komersial di dalam bandar. Hotel 5 bintang ini mempunyai 650 bilik yang dilengkapi dengan kit ameniti bertaraf antarabangsa, pilihan makanan dan minuman yang ekstensif, kemudahan rekreasi yang eksklusif seperti taman permainan kanak-kanak, kolam renang, bilik wap dan sauna, bilik gim dan gelanggang skuasy. Bilik mesyuarat, bilik persidangan dan dewan serbaguna juga boleh didapati di Berjaya Times Square Hotel.
TERMA & SYARAT
Peraduan ini akan berlangsung dari 8 JULAI 2019 hingga 7 OGOS 2019, (“Tempoh Penyertaan Peraduan Dihantar”). Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
Penganjur mempunyai hak automatik, untuk menghapuskan, membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap, terdapat unsur penipuan, tidak sesuai, fitnah, melibatkan plagiarisme, melanggar (atau mungkin melanggar) sebarang undang-undang, hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup atau sudah mati (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau gambaran yang palsu).
Semua pemenang Peraduan ini akan diumumkan di laman web Libur dan Facebook Majalah Libur dalam tempoh tidak lebih satu (1) minggu selepas tarikh akhir penyertaan.
Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan pemenang Peraduan ini.
Peserta tidak boleh menggunakan sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur.
Penganjur berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atau ditebus dengan wang tunai atas sebarang sebab.
Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam Peraduan ini.
Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dan pemenang bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama, foto peserta atau pemenang (termasuk nama, foto pihak ketiga yang dikemukakan oleh peserta dan/atau pemenang di dalam Peraduan ini) serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta, pemenang dan/atau pihak ketiga tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh Penganjur.
Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan atau membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini dengan notis yang diletakkan di laman web Libur dan Facebook Majalah Libur atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur.
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tidak lama lagi, jom luangkan masa ke Sunway Lagoon sambil menikmati keseronokan berpanjangan dengan barisan maskot Sunway Lagoon ‘God of Prosperity bersama Captain Quack & Friends’. Mereka akan bersama-sama para pengunjung memeriahkan perayaan ini bermula dari 23 Januari sehingga 6 Februari.
Pada 25 dan 26 Januari 2020, pengunjung Sunway Lagoon bakal menerima sampul ang pau edisi terhad dan limau mandarin. Bukan itu sahaja, pengujung turut akan dihiburkan dengan persembahan seperti Tarian Singa, Gendang Cina dan sketsa istimewa A Mouse’s Tale oleh Captain Quack & Friends dan kemunculan Sifu Lao Shu.
Terdapat beberapa tarikan lain di Sunway Lagoon sepanjang Tahun Baru Cina ini antaranya Huat Cheese Mountain, Wishing Love Pond, Rat Race Animal Kingdom, Fortune Chest, Lucky Tree, Sand Art dan Chapteh.
Dikesempatan itu, LIBUR ingin memberi sesuatu yang istimewa buat anda yang bertuah, iaitu 4 tiket masuk untuk merasai sendiri pengalaman hebat ‘A Mouse’s Tale di Sunway Lagoon’. Tiket masuk sah hanya untuk kegunaan 23 Januari 2020 hingga 6 Februari 2020 sahaja. Nak menang tiket ini secara PERCUMA? Anda hanya perlu menjawab dua (2) soalan mudah ini.
Selamat berjaya!
Terma & Syarat Peraduan:
Tempoh peraduan ini berlangsung dari 15 Januari 2020 hingga 19 Januari 2019.
Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh peraduan tanpa notis awal.
Penganjur berhak membatalkan, menamatkan atau menggantung peraduan ini dengan notis yang diletakkan di laman sesawang Libur dan Facebook Majalah Libur atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak penganjur.
Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap.
Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau cara lain yang dirasakan sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan pemenang peraduan ini.
Dengan menyertai peraduan ini, peserta dan pemenang bersetuju bahawa penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama yang dikemukakan oleh peserta dan/atau pemenang di dalam peraduan ini serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta, pemenang dan/atau pihak ketiga tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh penganjur.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahniah! Pemenang LIBUR X Sunway Lagoon Sharknado Alive!
Mohammad Faiz Samuri
Mohd Shamzuri bin Mohd Nor
Amirul iswan bin abd rahim
Muhammad Syafiq
Qurratu Ain Binti Baharul Hafidz
Maria Ahmad
Badrul Hisyam
Noor Izzati Mohd Salleh
Azirah Hussain
Izwan Hafiz
Syed Jamalulail
Surianti
Raja Noordin
Nor Aida Saad
Muhammad Faizun
Tg Nurulhidayah
Syahadah
Mohammad Nazrul Ameer
Norsila Mustapa Kamal
Mazru Azi
(PERADUAN TAMAT)
Dapatkan 40 tiket percuma yang dibawakan khusus untuk semua pembaca-pembaca Majalah Libur! Bersempena dengan cuti sekolah tak lama lagi, kami sedang mencari 20 orang pemenang bertuah untuk merasai sendiri pengalaman hebat berada di Sunway Lagoon Sharknado Alive!.
Pernah tak anda bayangkan satu hari nanti tempat tinggal anda dilanda bencana alam seperti angin kencang dan puting beliung, tapi dalam masa sama dipenuhi dengan ikan jerung yang menghempas ke merata-rata tempat dan menggigit orang ramai?!
Wow! Kalau anda tak pernah terbayangkan situasi itu berlaku, anda perlu menonton filem Sharknado arahan Syfy. Siri filem yang bermula dari tahun 2013 hingga 2018, mengisahkan sepasang suami isteri dibintangi Ian Ziering dan Tara Reid yang berhadapan tengan puting beliung dipenuhi ikan jerung ke mana-mana sahaja mereka pergi!
Filem fiksyen-sains berkonsepkan komedi seram itu pasti memberikan ketakutan, kejutan dan gelak ketawa anda seisi keluarga! Menambahkan lagi keseronokkan dan keterujaan, Sunway Lagoon dengan kerjasama Lynton V Harris & The Sudden Impact! Entertainment Company akan membawakan kepada anda, Sunway Lagoon Sharknado Alive! – tarikan terbaharu di Scream Park, Sunway Lagoon!
Pelbagai debaran dan keterujaan bakal anda rasai dalam pengembaraan Sunway Lagoon SharknadoAlive! di Scream park. Tidak seperti permainan hiburan bertema yang biasa, di Sunway Lagoon SharknadoAlive! anda akan rasai keseronokkan di dalam bentuk visual yang memukau mata dan bunyi-bunyian yang menggegarkan telinga, seolah-olah anda sedang berdepan dengan kawanan ikan jerung dalam pusaran puting beliung yang ganas!
Sekalipun pengembaraan hebat yang bakal ‘merenggut’ jantung anda itu akan berlaku selama 15 minit, Sunway Lagoon Sharknado Alive! pasti akan memberikan anda satu pengalaman baru yang tak akan dapat dilupakan.
Sebagai tarikan baru di Scream Park yang sebelum ini pernah menyaksikan permainan hiburan bertema seperti Ghostbusters Adventure Live!, Terminator, Night at The Museum, Prison Break LIVE! dan World War Z, Sunway Lagoon Sharknado Alive! bersedia untuk menerima kehadiran anda pada 10 Ogos 2019 bermula dari 11 pagi hingga 6 petang dengan harga RM202 bagi umur 12 tahun ke atas dan RM170 untuk yang berumur 11 tahun ke bawah.
Dengan harga tersebut, anda bukan sahaja dapat masuk ke Scream Park untuk merasai ‘keganasan’ Sunway Lagoon Sharknado Alive!, tapi juga akses ke semua permainan yang terdapat di dalam Sunway Lagoon!
Lengkap segala butiran di borang di bawah dan jawab soalan untuk melayakkan diri anda diisytiharkan sebagai pemenang!
Ayuh, jangan tunggu lagi, isi dan jawab segera peraduan di bawah!
Terma & Syarat Peraduan:
Tempoh peraduan ini berlangsung dari 29 Julai 2019 hingga 4 Ogos 2019.
Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh peraduan tanpa notis awal.
Penganjur berhak membatalkan, menamatkan atau menggantung peraduan ini dengan notis yang diletakkan di laman sesawang Libur dan Facebook Majalah Libur atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak penganjur.
Semua penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan adalah terbatalkan secara automatik.
Satu penyertaan hanya sah untuk satu hadiah sahaja (2 tiket sahaja).
Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap.
Semua pemenang peraduan ini akan diumumkan di laman web Majalah Libur dan Facebook Majalah Libur dalam tempoh tidak lebih satu (1) minggu selepas tarikh akhir penyertaan.
Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau cara lain yang dirasakan sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan pemenang peraduan ini.
Penganjur berhak dengan budi bicaranya sendiri untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis awal.
Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atau ditebus dengan wang tunai atas sebarang sebab.
Peserta bertanggungjawab sepenuhnya dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam peraduan ini.
Dengan menyertai peraduan ini, peserta dan pemenang bersetuju bahawa penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama yang dikemukakan oleh peserta dan/atau pemenang di dalam peraduan ini) serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta, pemenang dan/atau pihak ketiga tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh penganjur.
Pertandingan telah tamat tempoh. Terima kasih kepada yang telah menyertai pertandingan ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!