
Wabak COVID-19 yang menular di seluruh dunia menyebabkan pembelian tiket penerbangan di hampir semua syarikat penerbangan menurun secara mendadak.
Hal itu menyebabkan kebanyakkan syarikat penerbangan berdepan dengan situasi sukar sehingga terpaksa menyarankan pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji. Bahkan, ada syarikat penerbangan yang terpaksa gulung tikar disebabkan wabak ini.
Perkongsiaan imej artikel syarikat penerbangan ‘satu dunia’ sedang tenat daripada Izad Darimi Jamaludin di facebooknya meruntun hati ramai.
Doakan yg terbaik utk semua😢😢😢
Posted by Izad Darimi Jamaludin on Friday, March 6, 2020
Ramai yang bersimpati terhadap nasib yang terpaksa ditanggung syarikat pernerbangan di dunia bahkan nasib yang sama turut dirasai oleh kebanyakkan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiap Kali Tengok Pesawat Ni Mesti Panggil Fokker, Ini Bukan Fokker, Ini ATR72-500

Setiap kali kita tengok kapal terbang awam yang mempunyai kipas besar di luar atau turboprop, mesti kita akan panggil Fokker. Perasan tak? Padahal sebenarnya bukan Fokker sahaja yang mempunyai pesawat kipas besar atau proppeller di luar, jenama pesawat lain pun mempunyai jenis pesawat yang sama dan beroperasi di negara kita.
Mungkin pesawat Fokker itu banyak digunakan di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak, jadi menjadi ikutan masyarakat untuk memanggil semua jenis pesawat sedemikian dengan satu panggilan yang sama iaitu Fokker.
Antara pesawat penumpang yang sering dipanggil sebagai Fokker walhal ianya bukan adalah pesawat ATR milik Firefly. Dek kerana ia juga datang dari pesawat jenis turboprop sama seperti Fokker, maka ramai orang yang memanggil pesawat ATR ini sebagai Fokker.
Untuk pengetahuan anda semua, pesawat turboprop Firefly ini adalah model ATR buatan Perancis-Italy yang beroperasi di Blagnac, Perancis. Model pesawat adalah ATR72-500 dan mula beroperasi bersama Firefly sejak tahun 2007 sehingga sekarang.
Sekalipun saiznya lebih kecil daripada pesawat lain, pesawat ATR72-500 ini cukup popular untuk penerbangan jarak dekat di seluruh dunia.
Jadi apa kelebihan yang ada pada pesawat ATR72-500 ini? Mari, di sini saya senaraikan kepada anda apakah kelebihan yang ada pada pesawat ini.
- Pesawat ATR72-500 ini mempunyai enjin turboprop berkembar yang mana ianya dikuasakan oleh enjin yang lebih senyap dan propeller yang lebih efisyen berbanding pesawat turbojet – menjadikan pesawat ATR72-500 ini sangat sesuai untuk penerbangan jarak dekat dengan anggaran kelajuan sekitar 725 km/h.
- Oleh kerana kadar kelajuan yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat ini tidak terlalu tinggi, maka pesawat ATR72-500 ini boleh berlepas dan mendarat di atas landasan yang pendek – menjadikan pesawat ini serba boleh dan mampu mendarat di lebih banyak lapangan terbang berbanding pesawat yang dikuasakan dengan jet.
- Pesawat ATR72-500 ini mempunyai keluasan kabin dengan panjang 17.95 meter, lebar 2.57 meter dan tinggi 1.91 meter dan boleh terbang sehingga altitud 7,620 meter
- Model ATR72-500 ini mempunyai kapasiti penumpang seramai 70 orang dan krew pesawat seramai dua ke empat orang bergantung kepada keadaan – sesuai untuk penerbangan jarak dekat.
- Model ATR72-500 ini juga merupakan model pesawat yang terkenal di kalangan syarikat penerbangan di serata dunia daripada Malaysia sehinggalah ke Brazil. Sebanyak 960 buah pesawat model ini telah dibina pada tahun 2017.
Jadi itu adalah serba sedikit mengenai pesawat ATR72-500 yang biasa kita lihat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan dioperasikan oleh Firefly. Jadi jangan tersalah lagi untuk membezakan antara pesawat Fokker dan ATR ya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelancong China & India Dah Tak Perlu Visa Untuk Ke Malaysia. Tapi Ada Syarat Tau!

Pelancong dari China dan India diberikan pengecualian visa untuk masuk ke negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2020 ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menandatangani pewartaan tersebut pada 26 Disember lalu dan disiarkan menerusi laman sesawang Jabatan Peguam Negara.
Berdasarkan warta tersebut, pengecualian visa itu mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020 dan tertakluk di bawah Subseksyen 2(1) Akta pasport 1966.
- Pelancong dari negara terbabit perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan melakukan perjalanan dalam tempoh tiga bulan selepas mendaftar.
- Tempoh masa lawatan yang dibenarkan terhad kepada 15 hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan.
- Menerusi perintah itu juga, pelancong berkenan perlu memasuki Malaysia dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan atau pos kawalan imigresen.
- Selain itu, pelancong terbabit tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
- Pelancong juga mestilah mempunyai tiket penerbangan perjalanan balik terus ke Republik Rakyat China dan India atau tiket penerbangan perjalanan ke mana-mana negara jika melakukan perjalanan melalui udara.
- Dalam pada itu, pelancong terbabit perlu mengemukakan bukti bahawa mereka mempunyai wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad bank dengan logo UnionPay, Alipay atau eWallet termasuk mengemukakan jadual perjalanan di Malaysia.
- Pelancong terbabit juga dibenarkan untuk mendaftar semula untuk memasuki Malaysia selepas tempoh 45 hari daripada tarikh meninggalkan Malaysia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kemboja Benarkan Kemasukan Pelawat Asing Dengan Syarat Ada Insurans Kesihatan Bernilai $50,000

Kemboja menarik balik larangan masuk pelawat asing dari Iran, Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Amerika Syarikat yang dikenakan sebelum ini bagi membendung penularan COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut, pesakit terakhir COVID-19 diizin keluar hospital pada 16 Mei 2020 lalu, menjadikan negara kini bebas kes.
- Kementerian Kesihatan melaporkan pelawat asing yang masuk ke Kemboja masih perlu menunjukkan sijil kesihatan sah tidak melebihi tempoh 72 jam yang mengesahkan mereka tidak dijangkiti virus COVID-19.
- Mereka juga perlu tunjukkan bukti memiliki insurans kesihatan bernilai AS$50,000 semasa berada di Kemboja.
- Selain itu, pengunjung asing perlu menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin selama 14 hari di kemudahan ditentukan kerajaan.
Mulai Jun 2020, Kemboja akan membuka semula semua muzium selepas tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan selama lebih sebulan. Untuk mengelakkan risiko jangkitan, kerajaan Kemboja menasihatkan langkah pencegahan perlu diambil termasuk memeriksa suhu badan pengunjung, menyediakan pensanitasi tangan dan menjaga jarak sosial.
Foto: channelnewsasia.com
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI