Aktiviti dan percutian luar seperti berkhemah semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia.
Seakan ‘trend’ ketika pandemik, di negara kita ramai sedang berjinak-jinak untuk turut serta dalam aktiviti perkhemahan dan bercuti dengan konsep sebegini.
Bukan itu sahaja, malah aktiviti ini turut disertai oleh seluruh masyarakat tidak kira peringkat umur dan latar belakang. Tahniah diucapkan! Di Malaysia, hakikatnya mempunyai alam semula jadi yang begitu indah. Lihat saja rakan di media sosial memuat naik gambar sesi perkhemahan mereka di lokasi yang mereka terokai. Seronok bukan?
Aktiviti sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosikan lokasi perkhemahan tempatan kepada orang ramai, juga memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga dan rakan-rakan tersayang. Jika anda teringin untuk mencuba aktiviti sebegini di lokasi tapak perkhemahan yang selesa, ini ada perkongsiaan info menarik daripada saudari Izza Al’yahya
. Jom baca!Hammocks by the River Rare & cool camp site di Hulu Langat, Selangor
Plan asal minggu ni sepatutnya kami berkhemah di camp site yang berviewkan gunung Kinabalu, Polumpung Melangkap View, Kota Belud Sabah. Dah book camp site dari 2 bulan lepas, tapi sebab keadaan kat sana yang tak mengizinkan, kami redha je tangguhkan plan kami.
If the plan doesn’t work, change the plan, not the goal. So last minute kami cari camp site yang available area kL/selangor. Then jumpa tempat yang cool & macam tak pernah dengar lagi sebelum ni. Rupanya borak dengan owner, dia baru start operasi bulan Ogos 2020 lepas.
Jarak dari Shah Alam ke sini dalam sejam perjalanan. Boleh search kat maps Hammocks By The River. Sampai kat sana lebih kurang jam 11 pagi, terus disambut mesra oleh owner, bro Eddie Putera. Friendly orangnya & always lend his hands bila kita memerlukan.
Campsite ni bersih, luas dan besar, dikelilingi rimbunan pokok yang menghijau & sungai untuk mandi-manda. Kalau book awal, boleh request tapak yang berdekatan dengan sungai, atau kalau nak yang privacy boleh duduk sebelah atas macam tapak khemah kami.
Sewa tapak:
Apa yang rarenye campsite ni?
Memang penat juga nak pasang & kemas khemah. Orang cakap camping is not really a vacation, but it sure makes for good memories. Selamat mencuba.