Perkongsian itinerari dan tips ini adalah dari Nur Aliah Mohd Nor sewaktu percutian beliau ke Korea tanpa diubah apa-apa sekalipun.
Syukur Alhamdulillah dapat jejakkan kaki ke bumi Korea untuk kali ke-2. Berbeza kali ini Lia ke Korea dengan backpackers sahaja.
.
Di sebabkan ramai yang mesej Lia tanya macam mana nak ke sana dan berapa bajet, jadi Lia nak kongsikan beberapa perkara iaitu :
.
No1 : Itenary
No2 : Tiket Kapalterbang Ke Korea
No3 : Penginapan
No4 : Transportation
No5 : Makanan Halal di Korea
No6 : Tempat Menarik Untuk Melawat
No7 : Shopping
No8 : Jumlah Kos 8 Hari Ke Korea
.
Jom kita mulakan!
.
#No1 Itenary
=========
.
Lia pergi Korea selama 8 hari 7 malam. Bersama dengan 3 orang kawan-kawan Lia. Jadi total kitorang pergi 4 orang.
.
Tips! Untuk itenary sebelum nak travel, buat la meeting dengan geng yang nak pergi ke Korea sekali. Duduk dan bincangkan sama-sama nak pergi ke mana.
.
Jadi di bawah ini itenary dari Lia.
.
16/1
– Airport KLIA2 – Incheon, Seoul
– Naik deluxe airport bus ke Itaewon 16,000 won
– Checkin SP guesthouse, Itaewon
– Exploring Itaewon
– Melawat Seoul Central Mosque sambil menikmati hujan salji
– Balik ke SP guesthouse rehat dan tidur
.
17/1
– Breafast pagi kitorang masak dekat Guesthouse
– City Hall
– Jalan-jalan di Gyeonghuigung Palace sambil buat video
– Seoul Plaza boleh tengok orang Korea main ice skating
– Namsan Park & Hike Namsan Trail
– Balik ke SP guesthouse rehat dan tidur
.
18/1
– Check out from Itaewon to Subway heading to Gapyeong
– Reach Gapyeong and straight to Ganchong Rail Bike Park
– Singgah ke Gapyeong Super Market beli sikit barang dapur untuk masak malam
– Checkin Gapyeong guesthouse
– Free and easy
.
19/1
– Jalan-jalan di Namiseon iaitu Nami Island, spend time dalam 4 jam
– Jalan-jalan di Petite France spend time dalam 4 jam
– Sampai guesthouse dah waktu malam, jadi dinner kitorang masak je
– Free and easy
.
20/1
– Check out from Gapyeong guest house to Gapyeong Station
– Check in at K-Pop guest house, berhampiran dengan Seoul Station
– Jalan-jalan di Dangdaemun Market
– Jalan-jalan di Cheonggye Stream (Dangdaemun Under Bridge River Walk)
– Jalan-jalan di Myeondong untuk shopping, food hunting
– Dinner di restaurant Kampungku (Makanan halal korea)
– Balik ke K-Pop guesthouse rehat dan tidur
.
21/1
– Lunch at Busan Jib
– Shopping and Sight Seeing at Namdaemun Market
– Travel to Sinchon to meet up with our friend
– Dinner at Sinchon Gosami Grill makan ikan bakar
– Short walk around Honggik University
– Sebelum balik ke guesthouse singgah kejap Myeondong cari makan lagi
– Back to guesthouse rehat dan tidur
.
22/1
– City Hall
– Melawat tempat bersejarah Deoksugung Palace
– Jalan-jalan di Hanok Village
– Honggik University (Dinner at Seongnam Jinmi Tteokbokki)
– Walk Around for Honggik University’s Night Market
– Myeondong market untuk shopping
– Back to guesthouse rehat dan tidur
.
23/1
– Check out at K-Pop guesthouse
– Namdaemun Market (Final Shopping)
– Late Lunch at Yoogane di Myeongdong
– Arrival at Incheon Airport for departure
– Depart to Malaysia jam 12 pagi
.
24/1
– Alhamdulillah selamat mendarat di Malaysia jam 6.30 pagi
.
#No2 Tiket Kapal Terbang Ke Korea
==============
.
Tips untuk harga tiket ke Korea :
.
Untuk musim autumn harga jauh lebih murah dari musim winter. Harga lebih kurang RM700 dan boleh je book 3 bulan sebelum tarikh nak fly.
.
Untuk musim winter harga tiket agak sedikit mahal RM1,200 macam itu, booking 3 bulan sebelum boleh dapat harga macam itu.
.
Tapi kalau booking 1 tahun awal atau kalau Air Asia ada buat promo memang boleh dapat harga tiket RM600-RM700 je.
.
Flight dari KLIA2 ke Incheon airport mengambil masa selama 6-7 jam. Waktu Korea cepat 1 jam dari Malaysia.
.
Ads
#No3 Penginapan
============
.
Di sebabkan Lia duduk sana 8 hari, jadi Lia duduk di 3 guesthouse yang berbeza-beza, iaitu :
. ✔️ SP guesthouse, Itaewon – 13,000 won per day ✔️ Kiwan guesthouse, Gapyeong – 13,000 won per day ✔️ K-Pop guesthouse, Seoul – 13,000 won per day
.
Kalau nak cari guesthouse di Korea boleh pergi ke 3 website ini :
.
– https://www.airbnb.com
– https://www.booking.com
– https://www.agoda.com/
.
Pastikan survey dulu harga sebelum bayar. Digalakkan bayar terus dari Malaysia instead of kita bayar di sana. Sebab rate kita lebih murah berbanding di sana.
.
By the way, toilet dekat Korea jenis yang tak ada paip. Cuma dalam toilet ada disediakan tisu. Jadi cadangan bawa botol kosong dan isi dulu air dekat sinki basuh tangan.
.
Pastikan cari guesthouse yang bilik mandi sekali dengan bilik air ya. Ha faham sendiri lah kenapa kena sekalikan. Haha!
.
#No4 Transportation
===============
.
Ni apps yang kami guna sepanjang berada di Korea :
. ✔️ Air Asia ✔️ Translate ✔️ World Currency ✔️ Rome2Rio ✔️ Google maps
.
[Rome2Rio]
Nak terangkan sikit untuk apps Rome2Rio. Apps ini memudahkan kita untuk pergi dari 1 destinasi menuju ke 1 lagi destinasi.
.
Nanti akan keluar semua details, bila train sampai, bila nak kena turun untuk tukar line.
.
Dekat sana kita akan sedikit pening tengok line subway (dekat Malaysia panggil LRT) sebab memang bersepah gila!
.
Jadi dengan adanya apps Rome2Rio ini sangat membantu perjalanan dan pergerakan kita di sana. Kalau blur juga search la pakcik Google. Hehe
.
Tapi. Tak semua pon kita kena naik subway. Kadang ada setengah tempat kalau naik taxi lagi murah berbanding naik subway.
.
Sebab naik taxi kita akan bahagi dengan 4 orang untuk bayar. Jadi depends pada destinasi yang kita nak pergi. Rujuk je Rome2Rio okay.
.
[Google Translate]
Sejujurnya Lia tak power pon dalam bahasa korea, tapi Alhamdulillah dekat sana senang nak berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa english. Tapi boleh je guna google translate kalau nak cakap bahasa Korea dengan orang Korea. Hehe.
.
Untuk wifi, boleh sewa wifi di ?? https://www.roamingman.my
.
1 hari RM12.00. Lia sewa untuk 8 hari jadi total RM96.00. Kalau bahagi 4 seorang baru RM24.00 je. Alhamdulillah coverage dia besar even kita bawah tanah pon line internet tetap laju.
.
Di Korea banyak gunakan T-Money. Bila waktu nak guna T-Money?
.
– Waktu kita naik public transport (subway, bus, taxi)
– Minum di coffee shop
– Supermarket
.
Konsepnya macam Touch N Go. Cuma bezanya kalau di Malaysia banyak guna untuk tol.
.
Dekat mana nak beli T-Money?
.
Ada 2 cara :
. ✔️ Percuma
– Pergi ke link ini https://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-dkyw…/
– Create account
– Login semula
– Jawab survey
– Lepas siap nanti dia akan email code untuk redeem
– Boleh ambil T-Money di Korea Tourism Organization, Kuala Lumpur. Nak minta mereka pos pon boleh.
– Nanti mereka akan bagi satu booklet ada macam-maca kupon sekali dengan kad T-Money
– Sampai airport Incheon nanti tinggal topup je
. ✔️ Berbayar
– Tiba di airport Incheon boleh beli T-Money di mana-mana kaunter dengan harga 4,000 won
– Lepas itu topap 46,000 won, jadi bagi je duit dekat mereka 50,000 won
– Beli T-Money sekali dengan topap terus
.
Ads
#No5 Makanan Halal di Korea
=====================
.
Macam mana dengan makanan dekat sana? Dan kalau nak masak kena bawa apa je dari Malaysia?
.
Sebenarnya dekat Korea ni kena pandai cari makanan halal. Ni Lia kongsi sikit kat mana nak cari makanan halal di Korea.
.
– Kebab turki 8,000 won – Itaewon
– Kimchi fried rice 7,000 won – Nandaemun
– Gosame Grill (ikan bakar) 6,000 won – Sinchon
– Seongnam Jinmi Tteokbokki sejenis kuih diperbuat dari beras 6,000 won – Honggik University
– Dong Mun – Nami Island
– Namiok – Nami Island
– Restoran kampungku 12,000 won – Myeongdong
– Yoganee 7,000 won – Myeongdong
– Busan Jib 10,000 won – Myeongdong
.
Di Itaewon boleh katakan paling senang nak cari makanan halal. Contohnya restaurant Eid (belakang masjid Itaewon), restaurant Makan Halal Korean (depan masjid Itaewon) dan Murree Muslim Food.
.
Kalau nak masak di guesthouse, perkara penting kena bawa dari Malaysia seperti beras, garam, sambal ikan bilis, paket makanan pak brahim dan minuman 3in1.
.
Ads
#No6 Tempat Menarik Untuk Melawat
=========================
. ✔️ Gyeongbokgung Palace : Boleh hayati sejarah Istana Gyeongbokgung. Di sini lah kita boleh lihat nilai tradisi dan kebudayaan masyarakat Korea. Dan boleh bergambar di sekitar istana dengan memakai pakaian tradisional Korea iaitu di panggil ‘hanbok’.
. ✔️ Deoksugung Palace – tiket masuk 1,000 won : Suasana yang lebih kurang sama macam istana di atas.
. ✔️ Itaewon : Wajib singgah dan bergambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel.
. ✔️ Namsan Tower : Kalau di Kuala Lumpur ada KLCC, di Seoul ada Namsan Tower. Di sini la tempat yang famous dengan ‘Love Lock’ tu!
. ✔️ Gapyeong Rail Park (rail bike) – tiket masuk 8,750 won untuk 4 seaters : Macam naik basikal, 4 orang kena sama-sama kayuh, perjalanan pusingannya selama 30 minit. Kalau tak kayuh itu kita tahu dia ini mesti sleeping partner kalau buat bisnes dengan dia. Eh! Haha
. ✔️ Nami Island – tiket masuk 13,000 won : Terkenal sebab cerita Winter Sonata. Anyway view dekat Nami ni pon memang cantik sangat. Tempat wajib pergi kalau dah ke Korea dan buat la video banyak-banyak.
. ✔️ Petite France – tiket masuk 10,000 won : Alami suasana yang tenang dengan senibina perancis dan The Little Prince. Jadi pastikan ambil gambar di setiap sudut dalam Petite France, memang cantik!
. ✔️ Namsangol Hanok Village : Masuk je Hanok Village ini seperti kita masuk zaman 300 tahun Korea dahulu. Kita boleh tengok rumah tradisional Korea. Setiap rumah berbeza-beza fungsi, bentuk dan penghuni, ada rumah rakyat biasa, ada rumah pegawai tertinggi dan rumah queen.
. ✔️ Sihung Gaetgol Eco Park : View yang cantik dan tenang je dekat sini.
✔️ Dongdaemun : Tertarik dengan LED rose garden, sesuai bergambar pada waktu siang atau malam. Siapa yang minat artis K-Pop di sinilah tempatnya! Ada jual banyak gila merchandise artis-artis Korea.
. ✔️ Insadong : Konsep street art yang ada pelbagai acara seni dan festival kebudayaan tradisional Korea. Boleh beli sikit souvenirs (keychain, beg) dekat Insadong sebab hasil kerja mereka yang cantik dan kualiti.
.
Antara tempat-tempat yang menarik lagi adalah Lotte World, Yongpyong Ski Resort, Everland Theme Park, City Hall Centre (ice skating), Hongdae (Hongik University), Chuncheon Romantic Market dan Garden Of Morning Calm di Gapyeong.
.
#No7 Shopping
===========
.
Ada 2 tempat menarik untuk pergi shopping, dan kalau boleh spend la 2 hari untuk 2 tempat shopping ini bagi yang suka membeli. Hehe
. ✔️ Nandaemun market:
.
– Dekat sini best kalau korang nak shopping brooch, keychain, fridge magnet dan baju budak-budak
.
– Waktu terbaik pergi waktu pagi – petang
.
– Memang tempat shopping wanita, jalan kaki berbatu-batu pon tak terasa penat!
. ✔️ Myeongdong market:
.
– Dekat sini best untuk cari makanan jajan, biskut, coklat, makeup Korea, skincare dan kasut. Banyak mall besar-besar juga dekat sini.
.
– Waktu terbaik pergi waktu petang – malam
.
– Cumanya Lia tak beli langsung makeup Korea atau skincare dekat sini, sebab Myeongdong Market ini lah salah 1 yang tersenarai sebagai ‘Top 10 Most Expensive Shopping Street in the WORLD!’. Fuh jadi cuci mata je la ya?
.
– Untuk coklat atau jajan, cari la nama makanan dekat bawah ini, memang sedap!
.
– Lia suka makan ni dekat sana : honey of glutinous rice pancake, sun hot & spicy chips, long icecream 32cm, egg bun, rose icecream, dragon’s beard candy (Korean traditional cookie), croissant taiyaki (ambil perisa nutella, sedap gila!), chocolate banana crape, susu pisang (wajib!) [rujuk gambar]
.
– Ni jajan atau biskut yang Lia beli banyak dan bawa balik ke Malaysia : biskut binch, crown white torte, crown white hazelnut, crown choco hazelnut dan spicy seaweed [rujuk gambar]
.
Tips! Pastikan banyak buat survey untuk dapatkan harga yang lebih murah. Contoh kalau pergi ke Myeondong beli 5 keychain harga 5,000 won tapi kalau ke Nandaemun beli 5 keychain baru 1,000 won. Kualiti sama je. Tapi harga jauh beza.
.
Selain dari itu katakan nak cari seaweed di Myeondong, memang banyak gila market jual seaweed, tapi rata-rata jual 10,000 won. Dan Alhamdulillah kitorang jumpa 1 kedai ni jual seaweed harga cuma 7,500 won je!
.
#No8 Jumlah Kos 8 Hari Ke Korea
==================
.
Total Lia 8 hari di Korea sebanyak RM1,900 je tak termasuk shopping.
.
1. KL-ICN / ICN-KL : RM1,100
2. Accomodation : RM350
3. Penginapan : RM150
4. Makan : RM200
5. Visit : RM100
.
Tips! Serius kalau dapat cari tiket flight RM700 mungkin bajet ke Korea RM1,500 je! Jadi banyakkan bersabar cari tiket flight yang murah dan sentiasa up-to-date dengan promo Air Asia.
.
Boleh-boleh?
.
Anyway, dekat gambar-gambar bawah ini Lia ada jelaskan lagi. Hehe.
.
Akhir kata dari Lia sendiri, Korea adalah salah 1 destinasi yang kita wajib pergi, dengan canggihnya teknologi, pemandangan yang semulajadi dan indah pada setiap musim yang berganti!
.
Semoga perkongsian Lia ini memberi banyak manfaat kepada semua sahabat Lia yang teringin nak ke Korea.
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini.
.
Kredit : Nur Aliah Mohd Nor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
San Francisco merupakan negara ke 23 bagi Salleharon Ahmad lawati dan meninggalkan pengalaman terindah. Rupa bumi yang curam di Lombart Street boleh membuatkan otot kakinya terseliuh.
Kunjungan ke taman- taman botani, muzium sejarah, seni binaan, persembahan yang mengagumkan juga makanan yang lazat, segar dan murah menjadi tarikan pelancong. Usah ditanya tentang aktiviti membeli-belah kerana di sini terdapat semua yang anda inginkan.
Eksplorasi California
Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle – Tacoma ke Lapangan Terbang San Francisco mengambil masa kira-kira tiga jam. Hotel diduduki tidak jauh dari Union Square yang menjadi tumpuan pelancong seakan-akan Dataran Merdeka. Terdapatnya tugu Admiral George Dewey setinggi 25.9 meter.
Beliau merupakan simbol kemenangan dan kecekalan seorang tentera Amerika di medan perang. Pusat membeli-belah sekeliling Union Square saling tak tumpah seperti berada di Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur atau Orchard Road di Singapura. Cuaca yang dingin bersama angin lembap membuatkan persekitaran amat selesa dan nyaman.
San Francisco Farmers Market merupakan bangunan lama tersergam indah di tepi teluk yang juga merupakan jeti feri ke tanah seberang. Di sini, petani-petani berpeluang membuka bazar atau kiosk bersaiz kecil untuk memasarkan hasil pertanian mereka. Juga terdapat pengusaha keju tradisi yang mengusahakannya secara kecil-kecilan.
Mewah dengan sampel yang diberikan kepada semua pengunjung, penulis mengambil peluang untuk meratah keju yang sedap dan wangi. Terdapat juga keju yang diperbuat dari susu kambing. Di satu sudut lain pengusaha kerja tangan menjual beg, apron, alas meja dan napkin berlukisan tangan.
Memandangkan perut sudah mula berkeroncong,restoran makanan Mexico diterjah untuk menikmati sup sayuran bersama jalapeno juga kepingan taco berisi avocado ranum bercampur kekacang merah. Tambahan jeruk jalapeno membuatkan hidangan lebih pedas berapi. Enak sungguh menghirup sup panas dalam suasana sejuk dingin tepian jeti.
Destinasi seterusnya ialah Golden Gate Bridge. Ia merupakan mercu tanda San Francisco dan menjadi idaman ramai untuk menyaksikannya di depan mata. Perasaan teruja ketika jambatan gantung sepanjang 1.6 kilometer berwarna merah mula kelihatan dari jauh. Jambatan ini menghubungkan Semenanjung San Francisco dengan Marin Country.
Beruntung kerana ketika itu dapat menyaksikan kabus dingin yang lembap hasil pertembungan lautan Pasifik yang dingin memasuki Teluk San Francisco. Lebih mengujakan apabila kabus ini menyelubungi Golden Gate Bridge ketika perjalanan pulang ke hotel. MonumenThe Lone Soldier juga menjadi tumpuan pelancong untuk mengabadikan kenangan. Monumen ini ialah ukiran mirip Rear Admiral William Thompson iaitu merupakan CEO pertama Memorial Tentera Laut Amerika yang banyak berbakti dan berusaha menjadikan impian sebuah memorial untuk tentera laut terbina dan menjadi realiti.
Fisherman’s Wharf merupakan tempat lepak yang paling digemari. Tulip yang tidak pernah dapat ditanam di Malaysia seakan menggoda dengan pelbagai warna. Fisherman’s Wharf merupakan jeti untuk bot nelayan dan pelancong. Di sini juga popular dengan singa lautnya. Lebih 50 ekor singa laut berkumpul dan berjemur di sini.
Hidangan Fish and Chip yang segar dan murah di sini jangan dilepaskan . Air “lemonade” segar juga percuma untuk dinikmati. Satu kegilaan apabila berpeluang menikmati roti segar dari kilang roti popular “Boudin Sour Dough”. Rotinya dibentuk pelbagai rupa dan comel. Rasa yisnya segar dan berbau harum.
Pelancong dapat menikmati pemandangan yang jelas dan indah Pulau Alcatraz. Pulau ini merupakan penjara yang amat ditakuti banduan kerana kekebalan sistem kawalannya. Kini ia telah dikosongkan dan pelancong boleh membayar untuk melawat ke penjara tersebut.
Kepelbagaian budaya dan cuaca membuatkan San Francisco terlalu dekat di hati penulis sebagai pengembara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sempena musim cuti sekolah ini, menarik juga jika anda membawa seisi keluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor.
Namun, sebelum berkunjung ke Pulau Pangkor, elok ketahui tip untuk bercuti di sana seperti yang dikongsikan oleh Sis Hawa ini.
Menurutnya ada 5 tips untuk bercuti di Pulau Pangkor, mungkin sangat berguna untuk anda yang pertama kali sampai ke sini.
5 Tip Bercuti Di Pulau Pangkor
1 . Macam mana nak ke Pulau Pangkor?
Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang.
Perkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor.
Untuk harga feri pergi balik antara Marina – Pangkor – Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.
2. Pilih tarikh yang sesuai
Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.
Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.
3. Tentukan cara dan kenderaan untuk ke sana
Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut.
Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
4. Ketahui tempat menarik di Pangkor
Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna.
Tempat Menarik Di Pulau Pangkor
Kota Belanda
Pulau Sembilan
Batu Bersurat
Tortoise Hill
Galeri Panorama Pangkor
Pantai Teluk Nipah
Pekan Pangkor
Teluk Ketapang
Masjid Terapung Pulau Pangkor dan banyak lagi.
5 . Aktiviti siang dan malam di Pulau Pangkor
Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.
Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.
Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas.
Libur nak kongsikan dengan semua tempat-tempat yang akan menjadi impian buat semua pengantin yang nak ber’honeymoon‘ bersama yang tersayang. Semua tempat yang Libur cadangkan ini terletak di luar negara. So dah boleh start menabung dah bersama si dia!
1. Lombok, Indonesia
Tempat yang menarik adalah kepulauan Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Pantainya cantik dan memukau pendangan pelancong yang datang berkunjung. Pengantin yang datang boleh menikmati pemandangan matahari terbit menghadap Gunung Rinjani dan matahari terbenam menghadap Gunung Agung. Tambahan lagi, tiada penggunaan sebarang kenderaan dibenarkan sekaligus bebas dari hiruk-pikuk kota yang menyesakkan. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Swimming
Jet ski
Snorkeling
Scuba diving
Berbasikal mengelilingi pulau
Menaiki kereta kuda
Berkuda
Kayak
Surfing
Shopping
2. Hallstatt, Austria
Terletak di daerah Gmunden, Austria. Kaya dengan khazanah alam semula jadi dan budaya, lokasi di kawasan pergunungan dan dihiasi hamparan tasik menjadikan Hallstatt tersenarai dalam bucket list kaki travel. Pengantin yang kaki hiking boleh ambil kesempatan untuk mendaki Gunung Salzberg. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Berkayak menjelajah Hallstätter See
Bersiar-siar di Hallstatt’s Old Town and Market Square
Menaiki kereta kabel Hallstatt Salt World dan Skywalk
Bermain ski di Dachstein Salzkammergut and Five Fingers (tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site)
Meneroka gua Dachstein
Melawat The World Heritage Museum
Berkunjung ke Hoher Krippenstein
Berjalan ke Bad Aussee
3. Whitsundays Island, Australia
Berada di antara Queensland dan Great Barrier Reef, terumbu karang terbesar yang dipenuhi hidupan laut. Kebanyakkan gugusan pulau tidak berpenghuni menjadikan kawasan tidak ramai pelancong dan lebih privasi. Tarikan paling menarik adalah kehadiran ikan paus yang datang setiap tahun ketika musim sejuk sekitar bulan Jun hingga September. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Meneroka 74 pulau menaiki Jetski
Beristirehat di Whitehaven Beach
Melawat Hamilton Island
Trip ke Long Island
Berlibur di Daydream Island
Menjelajah Great Barrier Reef (Scuba diving)
Berlayar menaiki kapal di Whitsundays
Enjoy berakit di laut Whitsundays
Melawat Croc Safari
4. Pulau Maafushi, Maldives
Tak perlu penjelasan panjang lebar, siapa yang tak kenal dengan nama Maldives? Negara yang memiliki pulau dan pantai yang tercantik di dunia! Ini tempat yang wajib ada dalam list tempat honeymoon pengantin. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Snorkeling
Mandi pantai
Mandi pantai bikini (aum!)
Sukan air
Mandi di coral beach
Melawat Sandbank
Enjoy trip ke Dolphin Safari
Night fishing
Explore Maafushi and experience the local culture
5. Lisse, Belanda
Bandar yang terletak di barat Belanda ini popular dengan lautan bunga tulip yang berwarna-warni. Kawasan yang paling popular dikalangan pelancong adalah Keukenhof yang dibuka ketika musim bunga. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Bersiar-siar di Taman Keukenhof
Melawat Istana Kuekenhof
Pergi ke Museum de Zwarte Tulp
6. Seoul, Korea Selatan
Bandar metropolis yang terbesar di Korea Selatan. Tempat yang cantik dan terbaik buat pengantin untuk honeymoon. FYI, Seoul Capital Area menempatkan lima tempat yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Sites iaitu Changdeok Palace, Hwaseong Fortress, Jongmyo Shrine, Namhansanseong dan Royal Tombs of the Joseon Dynasty. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Gyeongbokgung Palace
The War Memorial Of Korea
Changdeokgung Palace
Dangang Park
Myeong Dong
Bukhansan National Park
Cheonggyecheon
Bukchon Hanok Village
Jogyesa Temple
7. Cappadocia, Turki
Kawasan separuh gurun di Turki ini terkenal dengan bentuk permukaan muka bumi yang unik, tinggi dan berbentuk kon. Kawasan ini juga terkenal kerana pembinaan rumah mereka di dalam dinding kawasan lembah dan ianya warisan sejak dari zaman gangsa. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Menjelajah ke bandar bawah tanah
Melawat Goreme Open Air Museum
Bersiar-siar di Pasabag (Monks Valley)
Pergi ke Devrent Valley
Melawat Pottery And Ceramics Shop In Avanos
Bermalam di hotel gua
Menunggang kuda
Menikmati Turkish Night
Pottery Kebab – anda mesti cuba
Menaiki Hot Air Balloon
8. Hat Yai, Thailand
Tempat ini dekat dengan Malaysia. Pengantin nak travel naik kereta pun boleh. Terdapat banyak kawasan komersial dan menjadi tempat tumpuan untuk membeli-belah. Di Khlong Hae Floating Market, peniaga menjual barang jualan seperti makanan dan cenderahati dari bot di atas sungai. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Cuba makanan dari gerai jalanan di Greenway Night Market
Shopping barangan murah di Kim Yong Market
Bersedia untuk kagum apabila melawat Magic Eye 3D Museum
Hit Post Laser Disc Bar & Restaurant
Melawat Municipal Park
Shopping sampai koyak di Central Festival Hat Yai
Perhatikan matahari terbenam daripada atas kuda di Samila Beach
Trip ke Ko Yo Island
9. Pulau Phu Quoc, Vietnam
Sebuah pulau di Teluk Thailand. Pantai yang memutih dan sepanjang pantai barat daya dipenuhi pokok kelapa. Lebih daripada separuh pulau itu adalah sebahagian daripada Taman Negara Phú Quốc, yang mempunyai gunung, hutan tropika yang tebal, laluan untuk mendaki dan hidupan liar. Duong Dong adalah bandar terbesar, dengan pasar siang dan malam menjual hasil kraftangan dan hasil laut. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Menjelajah pantai Phu Quoc yang memukau
Bersiar-siar di penjara Phu Quoc
Dinh Cau Night Markets
Melawat Dinh Cau Rock (Cau Temple)
Lepak pantai
Tengok matahari terbenam
Ronda-ronda pulau menggunakan motorsikal
Kenal budaya masyarakat setempat di Ham Ninh Village
Pergi ke An Thoi Islands
Mendaki ke Suoi Tranh Waterfall
10. Kashmir, India
Kashmir adalah sebuah negeri di utara India. Ia terletak di pergunungan Himalaya, dan bersempadan dengan negeri Himachal Pradesh dan Punjab di selatan. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Mencuba Shikara ride di Dal Lake
Bermalam dalam houseboat di Dal Lake
Menaiki ‘Gondola’ cable car
Berkayak di Lidder River
Glide sepanjang Majestic Valleys
Cuba makanan Kashmiri yang istimewa
Melawat tempat pelancongan yang terdapat di Kashmir
Go shopping for a retail therapy
Menaiki kuda di Pahalgam, Sonamarg, dan Gulmarg
Bersiar-siar di Old Srinagar
Melawat Buddhist Monasteries of Ladakh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!