Google baru sahaja membuka peta jalan melalui trek di Gunung Tahan. Gunung Tahan; puncak tertinggi Semenanjung Malaysia pada 2,187 meter. Pemetaan ini adalah tambahan kepada Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Mulu dan Taman Negara Pahang.
Pemetaan ini dilakukan sukarelawan Google Malaysia dan Malaysian Nature Society. Kebiasaan pemetaan jalan dilakukan dengan kereta atau van Google, namun kali ini dengan hanya menggalas beg sandang besar yang ada kamera 360 darjah di atasnya.
Menurut Google, laluan Kuala tahan-Gunung Tahan-Kuala Tahan ambil masa 7-8 hari untuk dilalui. Sukarelawan perlu tempuhi semua halangan termasuk sungai bagi mendapatkan laluan dan view terbaik.
Dengan Street View, Google dapat menunjukkan tarikan hutan Gunung Tahan kepada orang ramai sekaligus menarik pelancong datang.
Selain Gunung Tahan, Google juga telah memasukkan lokasi ini dalam street view
1. KL Sentral
2. KLIA and KLIA2
3. Aquaria KLCC
4. Perpustakaan Negara
5. Galeria Sri Perdana
6. Kuala Gandah Elephant Sanctuary
7. National Planetarium / Planetarium Negara
8. Museum of Asian Art
9. Kek Lok Si Temple
10. Kuching Friendship Park
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baucar Pelancongan Negeri Selangor Boleh Ditebus Menerusi Shopee Tidak Lama Lagi!
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merupakan salah satu insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta kepada industri pelancongan Negeri Selangor.
Dari jumlah tersebut, RM 1 juta diperuntukkan untuk Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merangkumi 10,000 unit baucar bernilai RM 100 setiap satu yang akan ditawarkan kepada umum di aplikasi e-dagang terkemuka; Shopee bermula 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga baucar pembelian habis ditebus.
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini boleh digunakan untuk membeli pakej-pakej pelancongan Negeri ini yang ditawarkan secara khusus oleh 28 Agensi Pelancongan Negeri Selangor yang mengambil bahagian dalam edisi kali ini. Tempoh perjalanan atau penggunaan baucar pula bermula dari 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.
Majlis Pelancaran pada Selasa bertempat di Sunway Lagoon, taman tema terbesar di Malaysia dan turut disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial rasmi Facebook Tourism Selangor, telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Barisan tetamu kehormat yang lain terdiri dari Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Tuan Ishak Maulan, Penolong Pengarah, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Selangor, dan Tuan Calvin Ho, Pengarah Eksekutif, Sunway Theme Parks.
Majlis pada hari tersebut turut merangkumi sesi Sidang Media berkenaan pelaksanaan SOP produk pelancongan Negeri Selangor bertepatan dengan kemasukan Negeri ini dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang melihatkan sektor pelancongan domestik mula dibuka secara bertumpu, dengan aktiviti pelancongan dibenarkan terhad dalam Negeri yang sama.
Namun, penggiat industri pelancongan sudah mula menarik nafas lega setelah terpaksa menghentikan sementara operasi mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa 1 PPN terdahulu.
Tuan rumah bagi Majlis Pelancaran tersebut, Sunway Lagoon turut tidak berkecuali menyambut baik perkembangan positif tersebut dengan pelancaran tarikan terbaharu; “Camp Out Sunway Lagoon” bersempena pembukaan semula operasi taman temanya bermula 7 Oktober ini.
Y.B. Tuan Hee Loy Sian dalam sebuah kenyataan berkata; “Adalah diharap agar Pelaksanaan SOP Pelancongan di Negeri Selangor dan Program Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 dengan nilai peruntukan sebanyak RM 1 juta yang dilancarkan pada hari ini akan menjadi sebuah inisiatif yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan Negeri Selangor, di ambang pandemik Covid-19 yang semakin menghampiri ke fasa endemik ini.”
“Diharapkan juga, insentif ini akan membuka ruang dan peluang kepada penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor dalam menjamin kelangsungan industri pelancongan Negeri, seterusnya menyokong Kempen “Pusing Selangor Dulu!” dan “Splendid Selangor; Take me Anywhere!” yang sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor”, tambah Y.B. Tuan Hee Loy Sian.
Kempen Pusing Selangor Dulu memberi penekanan kepada inisiatif promosi pelancongan domestik dengan melibatkan usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak Hotel, Agensi Pelancongan, Media dan Syarikat Penerbangan. Tarikan pelancongan Negeri Selangor dapat dipromosikan secara lebih meluas menerusi Kempen ini yang giat dijalankan di laman digital dan media sosial rasmi Tourism Selangor di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok, dan saluran YouTube, dengan tandapagar #PusingSelangorDulu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jambatan Gantung Situ Gunung Diiktiraf Terpanjang Di Asia Tenggara
Di Malaysia, antara gunung yang popular untuk eko pelancongan termasuklah Gunung Tahan, Gunung Ledang, Gunung Jerai dan banyak lagi. Di negara seberang iaitu Indonesia, Situ Gunung antara kawasan yang menjadi daya tarikan pelancongan selain Gunung Bromo dan lain lagi.
Lebih unik,di Situ Gunung terdapatnya sebuah jambatan gantung yang diiktiraf sebagai jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara. Terletak di Kadudampit, Sukabumi, Jawa Barat pembinaan jambatan gantung terpanjang ini telah mempopularkan lagi ia sebagai kawasan tumpuan pelancong.
Terletak di Taman Nasional Gede Pangrango (TNGGP), ia menawarkan panorama hutan yang asli dan udara yang sejuk. Dibuka 10 Julai tahun lalu, ia mula menjadi tumpuan warga sekitarnya untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Kalau ke sini, antara aktiviti menarik boleh dilakukan ialah menaiki Jambatan Gantung Situ Gunung ( Situ Gunung Suspension Bridge). Ia sepanjang 243 meter dengan lebar 1.2 meter dan ketinggian 107 meter dari paras tanah. Bila menyusuri jambatan terpanjang ini, pelancong dapat melihat keindahan asli hutan hujan yang dipelihara dengan baik dan tidak diusik. Tidak perlu rasa risau ketika berjalan ke penghujungnya kerana setiap peserta akan dipakaikan tali keselamatan dipinggang yang cukup selesa.
Harga tiket menaiki jambatan ini hanyalah Rp50,000 atau lebih kurang RM15 dan pengunjung dapat melihat air terjun indah iaitu Curug Sawer dari Sungai Cigunung di mana ia hanya memerlukan masa lebih kurang tiga puluh minit perjalanan.
Jadi kalau ada peluang merentas negara, masukkan lokasi ini dalam list perjalanan korang ya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
29 Tahun Beroperasi, Hotel Istana Umum Penutupan Mulai September
Pandemik Covid-19 nyata "membunuh" banyak perniagaan. Baik sekecil-kecilnya hinggalah kepada perniagaan bertaraf lima bintang. Terbaru menyaksikan Hotel Istana Kuala Lumpur akan ditutup bermula September ini selepas 29 tahun cemerlang dalam industri perhotelan.
Memetik Astro Awani, berdasarkan sepucuk surat bertarikh 30 Jun 2021 yang ditandatangani pengurus besar hotel Noorazzudin Omar, pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel bertaraf lima bintang yang berusia 29 tahun itu.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa pihak pengurusan Hotel Istana akan menawarkan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada para pekerja.
“Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.
“Dengan rasa dukacita kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021.”
Selain itu, beliau menambah hotel itu masih tidak mampu menanggung kerugian operasi bulanan walaupun digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak COVID-19.
Keadaan tersebut, katanya, telah memberi kesan kepada perniagaan, keuntungan dan bilangan pelanggan yang menghuni hotel tersebut.
“Di sini juga, kami inginkan memaklumkan, pihak hotel akan menawarkan kepada pekerja-pekerja skim VSS. Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam masa terdekat,” katanya.
Hotel 23 tingkat dan 486 bilik yang siap dibina pada 1992 itu dimiliki Tradewinds Corp Berhad.
Astro AWANI difahamkan bahawa notis rasmi daripada pengurusan Hotel Istana kepada pekerja masih belum dikeluarkan setakat ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI