Titik tertinggi di Langkawi ialah puncak Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 881m paras laut. Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa Gunung Raya merupakan destinasi yang perlu dikunjungi jika berada di Langkawi. Dari puncak Gunung Raya, pengunjung dapat melihat keseluruhan tanah Langkawi pada sudut 360 darjah.
Tidak perlu risau jika anda tidak larat untuk mendaki, anda juga berpeluang berada pada puncak dengan menggunakan kenderaan persendirian sahaja. Masa yang diperlukan hanya lebih kurang 25 minit pendakian ke puncak menggunakan kereta atau van.
Pelbagai sejarah dan legenda berasal dari Gunung Raya. Kayu rangka binaan Balai Besar di Alor Setar dikatakan banyak yang diambil dari hutan Gunung Raya. Hutan ini juga menjadi puncak rezeki kepada penduduk tempatan. Ada yang datang ke hutan ini untuk mengutip kayu candan, kayu ramuan minyak wangi yang mahal hargaanya. Ada juga yang datang untuk mencari rotan dan manisan lebah.
Ads
Nelayan Pulau Langkawi pula menjadikan Gunung Raya sebagai pedoman arah untuk balik ke pengkalan setelah keluar mencari rezeki di laut. Di samping itu, kebanyakan sungai di Pulau Langkawi bermula dari Gunung Raya. Antara sungai yang hulunya terletak di Gunung Raya itu ialah Sungai Hulu Melaka, Sungai Kisap, Sungai Kilim, Sungai Batu Asah dan Sungai Korok. Air dari sungai-sungai ini sering dikaitkan dengan perjodohan gadis di Langkawi. Apabila seseorang teruna berkahwin dengan gadis Langkawi, teruna itu dikatakan sudah terminum air Gunung Raya.
Mitos Gunung Raya
Gunung raya mendapat namanya lanjutan satu peristiwa yang dikatakan mitos berlaku beratus-ratus tahun dahulu. Pada masa itu, terdapat dua orang pahlawan di Langkawi, iaitu pahlawan Mat Raya dan pahlawan Mat Cincang. Mereka sama tangkas dan sama handal. Masing-masing pahlawan ini mempunyai seorang anak yang sudah remaja. Anak Mat Cincang perempuan manakala anak Mat Raya lelaki. Mereka saling jatuh cinta apabila sudah meningkat dewasa. Perhubungan mereka mendapat restu kedua-dua orang tua mereka.
Ads
Seterusnya, perkahwinan mereka juga turut dipersetujui. Walau bagaimanapun, pada hari perkahwinan itu Mat Cincang dan Mat Raya telah berselisih faham. Kedua-duanya tidak mahu mengaku kalah. Masing-masing mengaku dirinya lebih hebat. Apabila kedua-dua pahlawan itu tidak dapat membendung perasaan mereka, berlakulah satu pergaduhan yang besar. Mat Cincang dan Mat Raya sudah tidak menghiraukan orang ramai yang sibuk menyiapakan hidangan untuk majlis perkahwinan itu.
Masing-masing ghairah untuk menewaskan lawannya. Semasa pergaduhan, mereka melanggar apa saja yang menyekat pergerakan mereka. Pinggan mangkuk dan belanga habis pecah bertaburan. Ada belanga yang terpelanting jauh dari situ. Tempat itu kini disebut Belanga Pecah. Kuah gulai pula tumpah dan mengalir ke satu tempat lain. Tempat itulah yang menjadi Pekan Kuah.
Ads
Dalam pergaduhan itu tidak ada yang menang. Maka oleh kerana malu kepada orang ramai dan anak-anak mereka, akhirnya kedua-dua pahlawan itu lari untuk bertapa di dua buah gua yang berasingan. Mereka mati di sana. Mayat mereka masih belum dijumpai. Gunung pertapaan Mat Raya disebut Gunung Raya.
Menarik Di Gunung Raya..
View dari puncak Gunung Raya
Selain menikmati panorama indah Langkawi dari Gunung Raya, pengunjung boleh mengambil peluang melakukan pelbagai aktiviti seperti melihat burung, jungle trekking dan nature walk. Dicadangkan untuk mengambil nature guide sebagai penunjuk arah.
Suhu di puncak Gunung Raya sekitar 21 darjah celcius, maka sediakan pakaian yang sesuai untuk mengelakkan anda daripada kesejukan.
Jika anda sukakan cabaran, uji diri anda mendaki Gunung Raya menggunakan trek Tangga Helang.
Terdapat satu kawasan air terjun yang terkenal di Gunung Raya iaitu Air Terjun Durian Perangin.
Spesies burung helang, enggang dan cicak gekho terdapat banyak di kawasan ini.
Di puncak Gunung Raya terbinanya Pusat Kawalan Sistem Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) yang mengawal perjalanan satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2 yang sentiasa berputar 35,000km di orbit.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ribut taufan dari Laut Arab mula membadai pantai barat India dan bandar Mumbai sehingga memaksa puluhan ribu penduduknya dipindahkan.
Kejadian sebegini menjadi igauan bagi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pantai. Apakah bezanya taufan, siklon dan hurikan? Jawapannya, ketiga-tiganya adalah sama cuma membezakannya hanyalah lokasi di mana kejadian ribut itu berlaku.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), jika ribut itu berlaku di kawasan Barat Laut Lautan Pasifik, ia dinamakan ‘taufan’. Jika ia berlaku di Selatan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, ia dinamakan ‘siklon’. Dan, jika ia berlaku di Lautan Atlantik dan Timur Laut Lautan Pasifik pula, ia dinamakan ‘hurikan’. Untuk ribut dinamakan taufan, siklon atau hurikan, ia harus mencapai kelajuan sekurang-kurangnya kelajuan 120 kilometer sejam.Ia terbentuk apabila satu pusat tekanan udara rendah yang sejuk berlaku, menyebabkan udara panas di sekelilingnya berpusar dengan laju, menghasilkan angin kencang.
Di India, taufan tersebut bergerak melalui laluan yang diramalkan dan semua persiapan sudah dilakukan. Taufan Nisarga yang membawa angin dengan kelajuan 120 kilometer sejam pada 3 Jun 2020 lalu itu dikategorikan sebagai siklon tahap empat berdekatan bandar Alibagh, 98 kilometer dari selatan Mumbai.
Rakaman yang dirakam di Maharashtra memaparkan keadaan angin kencang sehingga menyebabkan pokok tumbang dan laut bergelora. Ini merupakan taufan terburuk sejak berpuluh tahun lalu, yang membadai bandar dengan kepadatan penduduk sehingga 20 juta orang.
Keadaan itu lebih membimbangkan susulan penularan COVID-19 di negara itu.
Sebelum ini, taufan Amphan membadai negara itu dan Bangladesh dua minggu lalu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 100 kematian.
Di Perlis dan Kedah, ‘nat’ merujuk kepada pasar sehari dan Nat Pokok Getah ini antara pasar yang kerap dikunjungi khususnya warga tempatan.
Tempat ini agak unik berbanding kebanyakan pasar sehari di Malaysia kerana terletak di ladang getah.
Singgah Nat Pokok Getah Di Perlis
Di pasar yang terletak di Jalan Arau-Pauh ini, pengunjung boleh melihat aktiviti masyarakat di sini dan turut menyertai dalam aktiviti jual beli.
Selain aneka makanan yang dimasak panas, di sini juga terdapat barang basah, sayuran, barangan keperluan harian dan macam-macam lagi.
Turut ada dijual ialah buah-buahan, pokok bunga, haiwan peliharaan, alatan tukang, barangan elektrik malah produk-produk terpakai seperti pakaian dan kasut.
Dalam seminggu hanya 2 hari sahaja Nat Pokok Getah ini dibuka iaitu pada hari Jumaat dan Ahad dari pukul 7 pagi hingga 2 petang sahaja.
Jadi kepada anda yang sudah sampai ke Perlis, cubalah singgah sini. Ambil peluang tengok barang rare dan merasa tempat orang berniaga macam-macam. Baru syok jalan-jalan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gemilang Candy Resort, sebuah resort menarik dan meriah di waktu malam siap dengan kolam renang yang terletak di Merbok, Kedah.
Menurut perkongsian saudara Hafiz Hazwan, kalau anda berkunjung ke Sungai Petani dan memerlukan penginapan yang sesuai bersama keluarga dan anak-anak, kena datang sini!
Apa Yang Menarik di Gemilang Candy Resort
Bilik/Chalet Depan Kolam Renang A
Cukup selesa sesuai untuk 3 orang dewasa (1 katil Queen &1 katil Single). Kalau bawa anak-anak boleh sahaja muat sehingga 3 orang anak kecil.
Setiap bilik di lengkapi dengan pendingin hawa (Aircond), kipas, peti ais, pemanas air & TV. Bilik sangat bersih & kemas. Terdapat 12 buah bilik semuanya di sini.
Kolam Mandi Depan Bilik
Kolam mempunyai dua zon, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Kolam kelihatan cantik berhadapan dengan bilik. Keluar bilik terus boleh lompat masuk kolam.
Parking
Parking cukup untuk semua kenderaan bagi mereka yang menginap di sini.
Dekorasi Menarik
Suasana malam sangat meriah dengan lampu berwarna – warni di sekitar bahagian bilik. Tak takut sebab cerah. Siap ada ‘mini garden’ lagi ala-ala I-City.
Cafe Coffee Bar
Cafe berdekatan kawasan resort di buka dari jam 9 pagi – 8 malam. Meja dan kerusi disediakan kawasan cafe sambil menikmati & healing?
Kalau satu bilik boleh duduk 3 orang dewasa, kos dalam RM60 sahaja seorang.
Secara keseluruhan tempat ini sangat direkomendasikan bagi mereka yang cari homestay, hotel atau bermalam di Sungai Petani. Tak jauh pun dari Sungai Petani nak ke Merbok ni.
Jadi sesuai untuk anda yang nak bawa anak-anak ‘bertenang’di kawasan kampung yang tenang dan damai jauh, kesibukan kota. Nak buat famili day pun boleh di sini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...