Indonesia mengeluarkan amaran kepada pelancong dan penduduk supaya tidak berada berhampiran Gunung Merapi berikutan letusan yang berlaku pada Khamis pagi semalam.
Gunung berapi paling aktif yang terletak di kepulauan Jawa, Indonesia itu meletus pada jam 5.16 pagi waktu tempatan (6.16 pagi waktu Malaysia). Ia memuntahkan abu sehingga 2,000 meter, yang pada mulanya tenang namun mulai memuntahkan kepulan asap tebal yang boleh mengancam keselamatan pelancong dan penduduk tempatan.
Video ketika gunung itu sedang meletus banyak dikongsikan dilaman youtube.
Ads
Ads
Setakat ini tiada laporan mengenai mangsa yang terkorban dan tercedera dalam insiden tersebut, juga tiada arahan untuk penduduk sekitar kawasan gunung supaya berpindah. Walaupun letusan berlaku seketika, pihak berkuasa tetap meletakkan amaran pada tahap waspada.
Ads
Terletak di sempadan antara wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta, gunung berapi itu aktif sejak kebelakangan ini dengan letusan terakhir dilaporkan pada 4 Januari 2020 lalu. Indonesia antara negara yang sering dilanda bencana letusan gunung berapi dan gempa bumi kerana terletak di ‘Lingkaran Api Pasifik’. Pada 2018, negara itu dilanda sebanyak 11,577 gempa bumi, yang mengorbankan banyak nyawa. Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Pinang bakal menerima kunjungan ramai pelancong dari China dan rakyat Malaysia juga berpeluang melancong ke China menggunakan khidmat penerbangan udara daripada syarikat penerbangan China.
Ini kerana penerbangan pertama Qingdao Airlines, China, yang menggunakan pesawat Airbus A320neo untuk laluan Changsha-Quanzhou-Pulau Pinang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam (29 Oktober) dengan membawa 42 penumpang.
Penerbangan sulung Qingdao Airlines ke Malaysia adalah bersempena dengan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China pada tahun ini.
Pesawat Changsha-Quanzhou-Pulau Pinang ini akan menjadi penerbangan normal berjadual iaitu setiap Selasa dan Sabtu, selepas ini. Laluan ini pasti akan mempromosikan dan meningkatkan pelancongan serta pertukaran budaya dan ekonomi antara kerajaan, perusahaan, rakyat, termasuk individu di antara China dan Malaysia
Sementara itu, Qingdao Airlines dikatakan akan cuba memulakan lebih banyak penerbangan langsung ke Pulau Pinang dari bandar-bandar lain di China seperti Qingdao, Nanjing, Tianjin dan Nanzhou.
Ok la tu, lepas ini rakyat kita dah ada banyak pilihan penerbangan jika ingin ke China.
Agak mustahil sekiranya ditanya oleh sesiapa yang mereka tidak kenal dengan watak animasi popular kucing berwarna biru dari Jepun ni. Pasti apabila ditanya siapakah kucing berwarna biru dan takutkan tikus, ramai akan menjawab dengan tepat – dia Doraemon!
Ya, penangan animasi popular dari Jepun itu mewarnai memori setiap kanak-kanak, remaja malah dewasa dengan indah sekali. Memori indah waktu kecil, duduk di hadapan kaca television, menonton gelagat lima sahabat iaitu Doraemon, Nobita, Sizuka, Sunyo dan Giant menempuh pelbagai peristiwa berserta dengan gajet-gajet abad ke-21 dari dalam saku Doraemon.
Untuk anda yang masih mempunyai ingatan segar tentang animasi Doraemon ini, jom kita datang beramai-ramai ke gateway@klia2. Kerana buat pertama kali dalam sejarah pusat membeli-belah dalam lapangan terbang itu menerima kedatangan Doraemon dan rakan-rakannya bersempena pop-up store yang berlangsung dari 7 Mac hingga 28 April ini.
Dari kiri: Amerrudin Ahmad, Timbalan Pengarah Balai Seni Negara, Steve Chow, Pengarah Animation International (M) Sdn. Bhd., Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Balai Seni Negara, Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Jualan WCT Malls, Moon Tan, Pengarah Jualan WCT Malls Management Sdn. Bhd., dan Tian Keng Swee, Penolong Pengarah Urusan Centre Management gateway@klia2 bergambar selepas merasmikan Pop-up Store Doraemon di pusat membeli-belah gateway@klia2.Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Balai Seni Negara, menyampaikan ucapan beliau mengenai usaha kerajaan dalam mempromosikan bidang jualan sebagai salah satu cabang pelancongan di Malaysia.
Penunjung yang datang ke pop-up store Doraemon di gateway@klia2 ini akan menyaksikan 30 patung figura Doraemon bersaiz manusia dewasa dan pastinya pengalaman ini akan memberikan suasana keajaiban dan kegembiraan di kalangan pengunjung dan peminat Doraemon.
Selain itu, pop-up store Doraemon yang dibuka secara percuma ini menyajikan pelbagai jenis koleksi cenderahati termasuk koleksi edisi terhad seperti baju t-shirt, baju kemeja, gelas, bantal, buku, anak patung dan pelbagai lagi barangan Doraemon yang lain.
Jadi kepada anda yang ingin berlepas atau tiba di klia2, jom singgah sebentar ke pop-up store Doraemon ini, dan bukan itu sahaja, kipas-susah-mati Doraemon yang berada di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Bangi dan Sepang juga boleh hadir sama kerana lokasi strategik pusat membeli-belah klia2 ini memberikan akses mudah untuk anda berkunjung ke sini.
Jangan tunggu lama lagi, jom kita rasai kemeriahan Doraemon dan rakan-rakan di gateway@klia2 sekarang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anda tahu tak berapa banyak kapal terbang yang berada di udara sekarang? Menurut info daripada FlightRadar24, ada kira-kira 3300 kapal terbang yang berada di udara setiap masa.
Apabila anda melihat ke langit, biasanya ruang langit kosong dan tak kelihatan pun 3300 pesawat yang sedang terbang tu, tapi percayalah yang sebenarnya ruang udara kita sangat sibuk.
Sekiranya ruang udara itu sibuk dengan pesawat yang ulang-alik setiap masa, di mana pula lapangan terbang yang paling sibuk? Jawapanya adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta.
Pada Tahun 2018 sahaja, lapangan terbang ini mencatatkan jumlah penumpang seramai lebih 107 juta orang sekaligus menjadikan lapangan terbang ini menerima jumlah pelepasan dan pendaratan kapal terbang paling banyak di dunia.
Apa yang menjadi persoalan adalah, Atlanta bukan satu kawasan pelancongan yang popular seperti tempat-tempat lain tetapi masih menerima kedatangan pelawat yang tinggi.
Jumlah yang diterima itu meninggalkan jumlah pelawat yang diterima oleh Lapangan Terbang Beijing di tempat kedua dengan 101 juta penumpang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dengan 90 juta penumpang di tempat ketiga. Kedua-dua lapangan terbang di Beijing ini lebih popular berbanding lapangan terbang di Atlanta tersebut.
Buat masa sekarang, Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta ini tidak akan diperbesarkan sehingga tahun 2037 kerana pengurusan bandar Atlanta telah menandatangani perjanjian bersama Delta Airways yang berpengkalan di bandar tersebut untuk tidak membina sebarang lapangan terbang baharu selama 20 tahun bermula 2017.
Untuk pengetahuan anda, Delta Airlines adalah penerbangan kedua paling popular di dunia dan pernah menjadi yang pertama sebelum dipintas oleh American Airlines yang telah bergabung dengan U.S Airways.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...