Bagi anda suka akan kedamaian dan alam hijau yang tenang, Gunung Jerai merupakan lokasi wajib singgah ada dalam senarai percutiaan anda sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda.
Nama asal Gunung Jerai iaitu Pulau Serai terkenal sebagai penanda arah buat pelayar-pelayar yang singgah berdagang di negeri Kedah. Tetapi kini ia lebih sinonim sebagai salah satu produk pelancongan di negeri jelapang padi yang mempunyai cuaca menyegarkan.
Nama ‘Jerai’ mungkin berasal dari perkataan Chera, iaitu Kerajaan India Selatan yang ketiga. Ia telah berubah kepada Serai dan kemudiannya Jerai. Terdapat peninggalan dari zaman purba di Lembah Bujang, yang berada di kaki Gunung Jerai. Kawasan Lembah Bujang mengandungi tapak arkeologi yang paling kaya dengan peninggalan purba di Malaysia.
- Buat anda yang ingin berkunjung ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh 14 kilometer dari kaki gunung ke puncak. Jika tidak berkemampuan, anda tidak perlu mendaki kerana jalan menuju ke puncak itu boleh dilalui menggunakan kenderaan.
- Gunung ini memiliki ketinggian 1,217 meter dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan itu sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.
- Gunung tertinggi di Kedah itu juga menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau.
- Gunung Jerai, kini menjadi lokasi kegemaran ramai pengunjung untuk beristirehat dan bersantai. Selain mempunyai suhu dingin yang nyaman, pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga menjadi faktor kunjungan samada penduduk tempatan dan pelancong domestik setiap hari. Dari puncak Gunung Jerai, anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah.
- Gunung tertinggi di Kedah ini juga ada menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Paling best, anda boleh membeli cenderamata berupa tumbuhan dan bunga-bunga indah yang ada di atas kawasan puncak gunung indah ini.
Tempat menarik untuk dilawati di Gunung Jerai
- Agaricles Biotech Organic Farm
- Hutan Lipur Sungai Teroi
- Masjid Gunung Jerai
- Muzium Perhutanan Gunung Jerai
- Telaga Tok Sheikh
Jom cuti-cuti ke Kedah!
image via google