Gunung Himalaya Dapat Dilihat Dari Jarak 200km, Pertama Kali Dalam Tempoh 30 Tahun

Share

Tahap pencemaran udara turun mendadak, udara semakin bersih dan jarak penglihatan semakin baik di utara India. 

Menariknya, Pergunungan Himalaya dapat dilihat dari jarak 200km buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun. Banjaran Himalaya tersebut dapat dilihat dari beberapa bahagian di India, selepas tahap pencemaran menurun susulan arahan perintah berkurung bagi mengekang penularan COVID-19.

Seramai 1.4 bilion rakyat India diarah berkurung selama 21 hari untuk menghentikan penyebaran Covid-19, sekali gus menyebabkan kilang-kilang ditutup dan jalan raya lengang.

Di kawasan seperti Punjab, di Utara India, penduduk memuat naik gambar banjaran gunung Himalaya dari jarak 201 kilometer yang menampakkan puncaknya. Keadaan itu mengejutkan penduduk, dan kebanyakan mereka memuat naik gambar di laman sosial masing-masing.

Sumber: Dailymail|Hmetro

Oleh
Husna