Gunung Berapi Taal sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan 'bahaya'. Ahad lalu Gunung Berapi Taal menghamburkan abu sehingga satu kilometer ke udara.
Pihak berkuasa Filipina telah memindahkan lebih 6,000 penduduk sejak Ahad lalu di wilayah Batangas di selatan ibu negara Manila. Semua mereka terjejas akibat abu letusan gunung berapi.
Lebih merisaukan ramai juga rakyat Malaysia yang terkandas di sana ketika ini kerana kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup lapangan terbang Manila. Aktiviti kewangan di ibu negara tersebut juga digantungkan serta merta.