Gunung berapi Anak Krakatau, yang pernah meletus pada 2018 dan mencetuskan tsunami mengorbankan beratus nyawa, kembali meletus pada malam 10 April 2020 lalu.
Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi, Mitigasi dan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, letusan itu berlaku pada jam 9.58 malam, yang mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 500 meter.
Ketika ini Gunung Anak Krakatau berada pada Status Level II (Waspada) dan penduduk sekitar tidak diperbolehkan mendekati kawah dalam radius 2 km dari kawah.
Erupsi Gunung Krakatau #Erupsi #GunungApi #Krakatau pic.twitter.com/1NMgx6SwSw
— BNPB Indonesia (@BNPB_Indonesia) April 10, 2020
Pada 22 Disember 2018, lebih 400 orang terkorban akibat letusan gunung itu yang menyebabkan berlaku runtuhan sebahagian gunung berkenaan serta pergerakan tanah di bawah dasar laut yang mencetuskan tsunami.
Pakar mengatakan Anak Krakatoa muncul pada 1928 di kaldera Krakatoa, sebuah pulau gunung berapi yang meletus pada 1883. Dengan aliran lahar yang seterusnya yang tercetus daripada submarin menjadi pulau gunung berapi kecil, dengan konnya kini berdiri pada ketinggian kira-kira 300 meter dari paras laut.
Sejak kemunculannya, Anak Krakatoa yang berada dalam keadaan aktiviti letupan separa-berterusan, semakin meningkat kerana mengalami letusan setiap dua hingga tiga tahun. Tiada sesiapa yang tinggal di pulau ini, tetapi puncaknya begitu popular dalam kalangan pelancong dan merupakan kawasan kajian utama untuk ahli vulkanologi.
Semasa Krakatoa meletus pada 27 Ogos 1883, ia memuntahkan abu sejauh lebih 20 kilometer ke udara dalam satu siri letupan hebat sehingga dapat didengar di Australia dan sehingga 4,500 kilometer jauhnya dekat Mauritius. Awan abu yang besar meliputi kawasan itu, mengakibatkan kegelapan selama dua hari. Tsunami yang dicetuskan oleh letusan itu mengorbankan lebih 36,000 nyawa, dan menjadi salah satu bencana alam terburuk di dunia.
Sumber: Bernama | Mstar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI