Gunung Agung Meletus, Hasilkan Abu Panas Setinggi 5.1 Kilometer!

Share

Gunung Agung di Bali, Indonesia sekali lagi meletus pada pukul 3.21 pagi sehingga menghasilkan abu panas setinggi 5.1km dari aras laut.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) melaporkan abu panas tebal berwarna kelabu itu condong ke arah barat daya.

Letusan ini direkodkan menggunakan kaedah seismogram dengan amplitud maksimum 25 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 2 minit 55 saat.

Agensi itu juga memberitahu bahawa Gunung Agung kini berada dalam keadaan tahap tiga atau bersiap sedia.

PVMBG meminta masyarakat, pendaki, atau pelancong tidak berada di kawasan Gunung Agung dan tidak melakukan apa-apa aktiviti atau pendakian di dalam kawasan Zon Bahaya iaitu seluruh kawasan dalam radius 4km dari kawah puncak Gunung Agung.

Tahun lalu, Gunung Agung pernah menggemparkan penduduk apabila memuntahkan abu dan lava panas sebelum kembali reda.

Sumber: News Detik, Kabar Nusa, Bali Post

Oleh
Epul