Nikmati suasana semula jadi dan tenang di Green Valley Eco Resort, destinasi mesra keluarga di Ulu Tiram, Johor.
Green Valley Eco Resort
Apa yang best, Green Valley Eco Resort ini jauh dari kesibukan Bandaraya Johor Bahru, terletak lebih kurang 40 minit sahaja dari Bandar Ulu Tiram hanya sekitar 15 minit.
Port paling sesuai untuk restkan stress, tambahan pula resort ini amat sesuai bagi anda yang mencari lokasi untuk buat family day, ‘re-union’ dan sebagainya.
Jangan risau soal penginapan, di sini ada pelbagai pilihan bilik termasuk dormitori dua tingkat dengan pemandangan panorama lagun dan hutan hujan.
Ads
Makanan pula, harga makanan berasingan daripada kadar bilik. Untuk dewasa (tinggi lebih 130cm), pakej 2H1M berharga RM80/orang pada hari biasa dan hujung minggu, manakala cuti khas (seperti Tahun Baru Cina) adalah RM150/orang.
Ads
Kanak-kanak (tinggi 101cm hingga 129cm) membayar RM40/orang pada hari biasa dan hujung minggu, serta RM75/orang pada cuti khas. Jika tinggal lebih dari 2H1M, tambahan RM20/orang untuk makan tengah hari.
Resort Unik Dan Selesa
Haa… tengok lah resortnya, memang unik dan cantik untuk bergambar. Suasana macam luar negara pula, memang puas hati. Di dalam pun cukup selesa!
Ads
Anda boleh tempah tempat ini untuk majlis tertentu atau buat reunion, dan perjumpaan keluarga. Kalau nak selamat, tempahan awal diperlukan sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal.
Aktiviti Yang Ada
Owh ya, di sini anda juga boleh karaoke, main paddle boat, cycling, and siap ada petting zoo. Sesuai lah untuk bawa anak-anak yang suka main air, tempatnya lapang dan ada beberapa port bergambar yang menarik di sini.
Lokasi:
Green Valley Eco Resort
Lot 752, Batu 20
Jalan Sungai Tiram
Ulu Tiram
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ribut taufan dari Laut Arab mula membadai pantai barat India dan bandar Mumbai sehingga memaksa puluhan ribu penduduknya dipindahkan.
Kejadian sebegini menjadi igauan bagi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pantai. Apakah bezanya taufan, siklon dan hurikan? Jawapannya, ketiga-tiganya adalah sama cuma membezakannya hanyalah lokasi di mana kejadian ribut itu berlaku.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), jika ribut itu berlaku di kawasan Barat Laut Lautan Pasifik, ia dinamakan ‘taufan’. Jika ia berlaku di Selatan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, ia dinamakan ‘siklon’. Dan, jika ia berlaku di Lautan Atlantik dan Timur Laut Lautan Pasifik pula, ia dinamakan ‘hurikan’. Untuk ribut dinamakan taufan, siklon atau hurikan, ia harus mencapai kelajuan sekurang-kurangnya kelajuan 120 kilometer sejam.Ia terbentuk apabila satu pusat tekanan udara rendah yang sejuk berlaku, menyebabkan udara panas di sekelilingnya berpusar dengan laju, menghasilkan angin kencang.
Di India, taufan tersebut bergerak melalui laluan yang diramalkan dan semua persiapan sudah dilakukan. Taufan Nisarga yang membawa angin dengan kelajuan 120 kilometer sejam pada 3 Jun 2020 lalu itu dikategorikan sebagai siklon tahap empat berdekatan bandar Alibagh, 98 kilometer dari selatan Mumbai.
Rakaman yang dirakam di Maharashtra memaparkan keadaan angin kencang sehingga menyebabkan pokok tumbang dan laut bergelora. Ini merupakan taufan terburuk sejak berpuluh tahun lalu, yang membadai bandar dengan kepadatan penduduk sehingga 20 juta orang.
Keadaan itu lebih membimbangkan susulan penularan COVID-19 di negara itu.
Sebelum ini, taufan Amphan membadai negara itu dan Bangladesh dua minggu lalu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 100 kematian.
Bagi yang tidak tahu, Bung Bratak yang terletak di daerah Bau merupakan destinasi ideal untuk pencinta alam semula jadi untuk melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah atau mendaki. Dengan suasana hutannya yang asli, pemandangan dari puncak Bung Bratak amat indah. Untuk sampai ke puncak Bung Bratak ia mengambil masa setengah jam berjalan kaki dari Pusat Warisan Bung Bratak.
Selain bersantai sambil menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi pengunjung berpeluang untuk menginap di dua buah rumah panjang dan sebuah Baruk dilengkapi dengan kemudahan asas yang selesa. Pakej termasuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Puncak Bung Bratak adalah tempat khas di mana upacara tradisional diadakan oleh masyarakat Bidayuh. Penduduk tempatan turut menganggap bahawa puncak Bung Bratak yang seluas sebuah padang bola sepak adalah tempat keramat.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai lokasi ini, baca perkongsian daripada Echa Cha
Bung Bratak Heritage Centre ini terletak di Kg. Tembawang, Bau (60 minit perjalanan dari Kuching menghala ke Lundu melalui Batu Kawa/Pekan Bau). Merupakan salah satu tapak warisan yang penuh bersejarah di Sarawak.
Secara ringkas sejarahnya, Bung Bratak merupakan antara penempatan masyarakat Jagoi Bidayuh sejak 750 tahun dahulu. Pada tahun 1838 ianya telah diserang oleh orang luar dimana rumah-rumah dibakar, dirompak manakala orang-orang dewasa telah dibunuh dan kanak-kanak diculik dan dilarikan. Semasa kejadian, Panglima Kulow bersama yang lain sedang menguruskan tanaman padi di kaki bukit. Rentetan kejadian itu, Panglima Kulow telah mendapatkan pertolongan Rajah James Brooke dan berjaya membawa kembali kanak-kanak yang diculik. Setelah itu Bung Bratak telah dibina semula dan kembali sejahtera dan harmoni. Namun dari masa ke semasa penduduk Bung Bratak telah berpindah ke tempat lain. Kini Bung Bratak merupakan salah satu pusat pelancongan di Sarawak dan Festival Bung Bratak diadakan pada 1 Mei setiap tahun bagi memperingati peristiwa ini.
Bayaran masuk yang dikenakan RM5/seorang sahaja. Pilihan untuk bermalam turut disediakan dengan harga RM90-140 (bergantung kepada pakej yang disediakan).
Puncak tertinggi direkodkan bagi Bung Bratak adalah 161 mdpl. Untuk ke Puncak, pengunjung boleh meneruskan pendakian dari belakang kafe di kawasan tersebut.
Untuk ke sini, boleh parking kenderaan di bawah kaki bukit dan mendaki secara santai (exercise) melalui anak-anak tangga selama 20-30 minit. Udara yang nyaman serta permandangan menghadap ke Gunung Singai dan Serapi nyata menyedapkan mata memandang dan melegakan penat pendakian. Boleh juga memandu terus ke atas jika menggunakan 4×4 atau motosikal kerana kecerunan yang tinggi.
Tarikan utama di sini adalah sambutan Festival Bung Bratak yang diadakan pada 1 Mei setiap tahun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Batu Kurau memang terkenal dengan hasil durian dan tidak asing kepada peminat raja buah itu setiap kali tiba musimnya. Malah kerajaan negeri Perak bercadang untuk menjadikan daerah Larut Matang dan Selama sebagai hub pengeluaran pelbagai durian dengan membina Taman Durian Batu Kurau.
Kalau datang bercuti ke area Batu Kurau boleh cuba meginap di chalet warna warni ala Belanda. Paling seronok boleh mandi mandi dalam dusun tepi jeram sungai yang sejuk dingin. View di sini nyata dapat menarik ramai peminat percutiaan ala agro. Dikenali sebagai Chalet Latip D’Ayer Itam, lokasinya terletak di Kampung Air Itam, Batu Kurau, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Taiping, Perak.
Konsep bilik segi tiga berwarna-warni itu terletak di kawasan seluas 3.24 hektar dikelilingi pemandangan indah pokok yang menghijau selain mempunyai jambatan gantung untuk merentasi Sungai Lata Air Hitam, yang mengalir di bawahnya. Setiap jenis bilik mempunyai harga yang berbeza bermula daripada RM 150 hingga RM 250. Kalau berhajat buat ‘family day’ atau konvoi pun menarik kerana ada banyak unit dan parking kereta berhadapan depan pintu chalet penginapan.
Jika anda bercadang bercuti ke sini, pastikan anda menempah dan menghubungi pihak pengurusan chalet ini terlebih dahulu kerana kebanyakan bilik sudah penuh pada tarikh-tarikh tertentu sehingga hujung tahun ini selain tidak mahu ada pengunjung yang datang dari jauh tetapi terpaksa balik dan hampa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!